generasi blog babi sejak kebelakang ini semakin menggebu gebu

Isu babi Selangor nampaknya berjaya menternak bloggers baru.
Seolah olah teknologi blog menjadi extension kepada akhbar
akhbar Melayu yang cari makan. Barangkali disangka bahawa
 blog yang demikian mampu
 menarik perhatian pengunjung dan boleh meneruskan 
agenda propaganda suratkhabar.

Ramai pula bloggers baru sejak mantan mantan VIP UMNO
 hilang jawatan kerajaan dan beralih mencari pengaruh 
menerusi blog. 
Apa yang tidak disedari ialah sikap, nada dan isu yang 
dimainkan di dalam blog itu,
 jika masih bernada patronizing, pekat dengan propaganda 
dan teknik cut and paste,
 maka tiadalah makna dan wajarnya mereka berblog.

Jika intonasi serta wadah yang dibawakan ke dalam blog itu 
masih bersifat “surat khabar lama
 entahlah, apa nasib mereka di dalam PRU 13 nanti.

Daripada menyebok menulis cerita babi, saya cadangkan
para mantan dan politikus UMNO dan BN cubalah buka
cerita yang besar sikit. Contohnya, apa akan jadi kepada
kita bila berlaku meltdown atau kemuncak
krisis ekonomi di USA. Buat unjuran kesan kesan buruk
yang bakal menimpa kita, apakah strategi ekonomi
sekarang ini mampu mengekalkan survival kita, apakah
pertumbuhan ekonomi yang diramalkan oleh Zeti Bank
Negara itu tidak akan bermakna apa apa nanti. Ini asyik politik
babi tak habis habis!

Nota: Entri ini ditulis guna browser Opera. Hampeh! Grrrrrrr!

16 thoughts on “generasi blog babi sejak kebelakang ini semakin menggebu gebu

  1. Nice posting. Tindakan para politisi yang Anda kritik itu adalah satu bentuk pengakuan terhadap tuah blogger di dunia politik Malaysia. Sebaliknya, mereka sudah mulai hilang confident pada media massa mainstream yang mereka kuasai.

    Selamat buat blogger Malaysia. Untuk peranan perubahan politik yang nyata, blogger Malaysia adalah yang paling berhasil di dunia.

    PS : aku baru memposting artikel “Anwar Ibrahim Bebas Berpolitik, Badawi Panik”. Bagi yang berminat silakan baca di http://ayomerdeka.wordpress.com/

    Bang Rastom, bagaimana kalau kita saling bertukar link di blog kita masing-masing ?

    Salam Reformasi
    Robert Manurung, Jakarta, Indonesia

  2. Lapor : linkmu sudah kupasang di blogku.

    Terima kasih sudah membalas kunjunganku

    Salam hangat dari Indonesia

    tuan Robert Manurung, terima kasih! salam hangat dari Malaysia juga! Nanti saya pasangkan balik widget untuk blogroll dan saya link juga blog saudara!

  3. Bermaknanya orang yang bekerja dengan Kerajaan dan ada blog untuk blogging secara bebas. Kami yang di swata ini masih memikirkan di antara makan mee atau nasik tengahari ini. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut bolehlah posting perihal kesan kelaparan dunia dan nilai matawang Malaysia. Rastom, mantan pemimpin Barisan Nasional jelas berblog untuk tempoh masa semasa. Selainnya, masih tidak mahu, tidak faham, dan tidak teruja untuk berblog sendiri. Mungkin masih ramai yang ingin mengulit luka kekalahan untuk beberapa tahun lagi sehingga sembuh. Nampaknya blog Bulatan Alternatif semakin menyengat. Mereka sudah melangkau jauh dengan manifesto dan harapan baru untuk Malaysia, mengatasi isu Babi. Andai ada kelapangan, silalah baca *The Chair*, perihal Malaysia selepas PRU 12 menuju PRu 13, di http://www.atotalblog.wordpress.com.

  4. Babi hanyak sejenis binatang/makhluk yang menumpang di bumi Allah SWT. Mereka berhak mendapat keadilan. Apakah babi bermasalah atau yang berperangai seperti babi bermasalah?

    Tuan Sheikh aminchehassan, Islam bawaan Melayu ini ada sedikit masalah..yang sedikit masalah itu dibesar besarkan. Cuba bayangkan seekor babi bermutasi menjadi seekor gergasi!

  5. wah! bernada marah nampak!

    Sunan Rastom, nampak sudah hilang sabar.

    bawa banyak2 mengucap Tuan. Malu nanti kalau anak murid Pak Rastom, Kiyai elhakim tengok.

    Dia sedang bersuluk tu. Tuan bagilah contoh yang baik.

    Mengucap mengucap tahniah! hehehe bukan dua kalimah syahada. Saya nampak dia bersuluk dengan sebatang Dunhil berkepul kepul asap.

    hehehe…

    p/s: Bomoh Rastom sudah bertukar jadi singa ek?

  6. Bila BN menang besar.
    Barulah “mereka” senyap.

    p/s: perkataan hampeh tu aku teringat suatu lagu hindustan. bunyi dia seakan2 macam “hampeh”. tetapi maksudnya berlainan.

    Pehin el Hakim CEO Shell Brunei, ada lain tahun itu BN boleh menang besar lagikah?

  7. sejak kebelakangan ni napa tak panggil babi tu khinzir dalam nada suara lembut dan lemak merdu seperti sebelum PRU12 dulu… napa sekarang sebut BABI secara keras dan kasar?… kenapa? mengapa?

    … cuma babi dan babi-babi jer yang tahu… khinzir dan khinzir-khinzir entah tahu entahkan tidak…

    Ya sheikh Nasron al-Jauhari, chef de mission al Qaeda, dulu media guna khinzir tetapi terpaksa dilarang kerana zaman itu PMnya bernama Mahathir….jadi ada sedikit persamaan bunyi sukukata akhir..sehinggalah ke hari ini bahasa Arab itu tidak digunakan media lagi hehehe

  8. Serangan anti-ladang-babi-moden pilihan KNB:

    “Kerajaan Selangor tak boleh teruskan. Ini akan beri kesan pada sektor pelancongan. Terutamanya Sepang yang mempunyai litar F1.”

    Tuan Rastom, saya cadangkan pihak pengurusan SIC supaya buat papan tanda baru: AWAS. BABI MELINTAS.

    tuan khairulnizambakeri Dekan Sekolah Pemikiran Pak Lah, papan tanda baru itu mesti yang high tech, ditempah dari Jerman atau Australia, ada peluang keluar negeri lagi!

  9. hahaha, Tuan Haji Rastom, kalau kita perasan komentar ‘depa’ tentang bloggers dari dulu lagi bersifat underestimate. Dan sikap mengunderestimatekan orang lain tu dibawa dalam dunia blog.

    Sikap! depa paham ka sikap?! Sikap minda tu..

    Tapi depa mungkin silap kot sebab blog ini ada ciri demokasi yang memang depa takut sejak dulu..

    Apapun kesian kat babi…hahaha

    Prof Emeritus Amin Ahmad, mereka masih perlu dalami perbedaan antara dua kebenaran yang Kant sebutkan, Transendental dan emprikal hehehe

  10. kesian babi yang diperkotak-katik oleh manusia2 pelik…dia kan makhluk Tuhan gak…
    Media Melayu mahu jadikan babi semacam satu ancaman komunis!

  11. Makan babi bukan dosa besar. Arak dosa besar. Kilang Arak di Shah Alam makin membesar. Judi dosa besar. Judi di Genting Highland makin membesar.

    Malaysia guna politik babi, di India ada politik lembu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s