Blog mencerminkan segalanya mengenai diri anda

TYT Dato Seri Sebol speaker Parlimen Blog Se Dunia mencatatkan sesuatu yang cukup menarik. Di dalam Bahasa Melayu Dilacurkan di Blog ADUN Melaka beliau membariskan beberapa blog ADUN (Ahli Dewan Undangan) Melaka yang pada saya bukan melacurkan bahasa tetapi lebih dahsyat daripada itu (tidak memenuhi prasyarat kelayakan yang dimaksudkan  Dr Mashitah). Perbuatan merosakkan bahasa oleh orang yang diangkat sebagai pemimpin tidak sekali kali boleh dimaafkan kerana bahasa itu jiwa bangsa. Dimana kepimpinan? Janganlah menyalahkan mat-rempit bahasa yang menggunakan bahasa sms jika orang yang diwakilkan oleh rakyat untuk memimpin juga 2×5 berterusan merosakkan bahasa. Sementara rakyat (pelbagai kaum) semakin cerdik, celik dan mampu menggunakan bahasa Melayu yang standard (Dr Ainon kata “bahasa Melayu Tinggi”) kita lihat gejala semakin banyak pula ahli politik yang lemah penguasaan bahasa mereka (seorang menteri pandai pandai terjemahkan “prestasi” sebagai “prestation”). Malulah kalau dibandingkan penguasaan bahasa Melayu mereka ini dengan generasi muda. Cuba bandingkan bahasa mereka dengan Yee Aun – lebih Melayu daripada mereka yang kononnya berkhidmat untuk perjuangan Melayu. Konon! Inilah jenis Melayu yang sebenarnya api dalam sekam yang merosakkan bahasa dan bangsa.

Saya dengan ini sebagai Menteri Kekkwa Siber Malaya mengusulkan supaya TYT mencadangkan penubuhan satu Suruhanjaya Penarafan Kelayakan MP/Adun menilai blog blog wakil rakyat Malaysia dari pelbagai aspek seperti penggunaan bahasa yang baik, isu yang relevan dan mana mana blog yang gagal ini di berikan apa apa hukuman mandatori.

18 thoughts on “Blog mencerminkan segalanya mengenai diri anda

  1. suara-suara seni rakyat marhain. suara melayu yang tenggelam dilanggar arus kemodenan. aku bangkit dari lobang gelap. dengan kain pelikat duduk menghisap rokok daun. mencari ketenangan dibawah pohon ketapang. menyuluh malam dengan ‘torchlight’. melihat Kuala Lumpur dari mata manusia Melayu yang benci pencemaran alam. yang menolak kebisingan. yang memandang sinis enjin dan ekzos. menyelusuri kaki lima dengan hanya berselipar. menolak ‘inferiority complex’. aku mencari ketenangan di tangga-tangga Masjid. meneruskan hidup dari kaca mata ‘fish-eye’. melihat intergriti dan kredibiliti sebagai hukum hakam. si pengganas intelek… bergelumang dengan sub-budaya. menelurusi peluru media. lalu aku bangkit memandang sebagai manusia Melayu. Melayu itu Islam. Islam bukan teroris!

    Aku bangkit mengutip…cabang-cabang pemikiran Melayu kontemporari. Bertahan dibawah ‘Pokok Melayu’ (malay-tree)…

    Jemput masuk blog ini: http//malay-tree.blogspot.com

  2. TYT ELrastom el-cendiakiawan el-Teriyaki
    hehe…

    dulu blog tu di panggil goblog. istilah tu juga lahir dari pakar perosak bahasa yang bertaraf pemipin.

  3. Siapakah di antara pemimpin dan parti yang diwakilinya, mahupun yang rasmi di kalangan Kementerian dan Jabatan Kerajaan, yang blognya dikemaskini secara harian? Bila upah orang lain, dan tidak dipantau, memang begitulah jadinya, gamaknya.

  4. blog adalah untuk mansuia kecewa seperti khir toyo.

    huahuahuaaaaa

    blogger bukan takat tulis blog. blogger adalah manusia yang jiwanya tercermin melalui blog. Blog adalah medium. Blogger adalah insan.

    Namun, aku boleh jadi tidak bersetuju 100%, blog mencerminkan empunya diri. Ianya berkemungkinan jua, tapi bukanlah semua.

    Akhlak didunia realitilah yang lebih sedikit mencerminkan siapa kita sebenarnya.

  5. Warden Pudu Jel, Tuen Rastom paku tiga.

    Bila aku menyelam kedasar Halwa Romantis, imiginasiku terus tertancap kepada seorang lelaki yang mempunyai wajah agak bengis tapi rambutnya disikat belah tepi seperti Superman. Mempunyai wajah dan tangan yang BERBULU LEBAT. Kacak dan romantis.

    Namun begitu segala-galanya terlalu BERBULU.

    Jadi aku tidak bisa lama disini kerana egoku tidak mahu lemas dengan bulu-bulu kasar yang selalu disyampu rapi. Tanpa melupakan conditioner juga. Sekali sekala dilumur minyak kacang badam.

    heheheeee

    jantan tulen gitu!

  6. Saya sebagai Menteri Telekomunikasi dan Multimedia Siber (angkat sendiri) dengan ini mencadangkan undi tidak percaya dan pemecatan sebagai Menteri Kekkwa Siber kepada Pak Rastom kerana cubaan menceroboh dan mengekang kebebasan siber seseorang individu.

    Kecualilah dinyatakan blog itu dinyatakan sebagai saluran rasmi dan formal, saya membantah supaya blogpun dipaksa menggunakan bahasa standard.

    Blog adalah saluran penyampaian peribadi, dan ia patut kekal dengan citarasa peribadi, mcm tajuk entri ini.

    Meng”cop” bahasa melayu di”lacur”kan oleh ADUN tersebut adalah keterlaluan. Kalau begitu, banyaklah penulis blog kasual lain yang tidak bersalah terjerumus ke lembah pelacuran dan banyaklah pelacur-pelacur web melayu. Suatu tuduhan GILA.

    Pada saya sipengkritik sendiri adalah “pelacur bahasa” kerana cuma mempromosikan bahasa melayu standard yang kita sendiri faham terlalu rigid dan tidak berkembang; bak pemikiran universiti-universiti Malaysia. Sipengkritik tidak ubah cuba “mentempurungkan pemikiran melayu” kepada takok lama.

    Tidakkah kita patut lihat, lenggok tulisan SMS sebagai kemajuan bahasa? Suatu pembetulan terhadap sistem tulisan yang makan abjad.

    Apa salah kalau gunakan short form sy utk saya, yg utk yg, br utk ber, utk utk untuk, sdbnya? Kalau saya gunakan hp(sms) sebagai alatan utk menulis blog, saya akan gunakan lenggok SMS (cepat + jimat). Tulisan lebih padat dan ringkas!

    Daripada mengecam kependekan ini sebagai suatu perbuatan lacur, Si Pakar-pakar bahasa sepatutnya mengeluarkan pedoman bagi menyelaraskan kependekan-kependekan ini. Saya tidak faham ini tidak boleh dibuat, sedangkan dalam bahasa lain, hatta English, pelbagai pedoman bagi lenggok tidak formal ini diterbitkan.

    Pak Rastom mengkagumi Yee Aun sebagai pengguna bahasa melayu tinggi. Tetapi Yee Aun kekal pengguna. Saya lebih mengkagumi para-para “pelacur” bahasa kerana mereka itu kreatif dan inovatif dan senantiasa berfikir untuk lebih mengembangkan bahasa melayu sebagai bahasa yang terus berkembang!

  7. Kalau para pemimpin sudah tidak mampu menggunakan bahasa nasional dengan baik, maka yang jadi tumpuan harapan tinggal media massa dan sastra. Bagaimanakah perkembangan sastra Malaysia sekarang ini ? Siapa-siapa saja sastrawan yang berbobot ?

    Salam hangat dari Jakarta

    Tuan Robert, media massa dan sastera juga harus berkecuali dan tidak wajar menjadi alat politik. Sasterawan yang berbobot itu antaranya dari kumpulan veteran seperti Shahnon Ahmad, Azizi Abdullah, Mohd Affandi Hassan, A Samad Said dan antara generasi baru seperti Zaid Akhtar, Faisal Tehrani sekadar menyebut beberapa nama yang terlintas difikiran.

    Salam hangat dari Malaysia juga!

  8. Nampaknya seorang pelacur bahasa lebih mulia berbanding dengan seorang pengguna kerana dikatakan kreatif dan sentiasa berfikir di luar petak. Analoginya seorang pelacur juga dipandang tinggi berbanding dengan istetri kita kerana mereka kreatif dalam memuaskan nafsu seseorang jantan walaupun kreativiti memudaratkan.

    Nampaknya juga tulisan , pandangan , pendapat dan kenyataan daripada seorang menteri dikategorikan sebagai sesuatu yang tidak rasmi.

    Dalam usaha memperkasakan bahasa kita ada juga cadangan untuk menyingkatkan sesuatu perkataan. Jika dahulu kita mengajar anak – anak yang kecil suku kata sa dan ya akan membentuk saya kini dicadangkan pula sy itu seharusnya mewakili saya tanpa sebarang sistem yang betul. Kalau saudara begitu kreatif dan mampu memperkenalkan bagaimana kita hendak menjadikan sy itu sebagai saya maka saya akan akur dan hormat padamu .

    Sebagai seorang mahasiswa Akademi Pengajian Melayu dan seorang pejuang bahasa yang jitu untuk membentuk perkataan ” saya ‘ itu mengambil langkah, cara dan pendekatan yang amat banyak sekali dan tidak semudah yang kita sebut. Prosesnya tidak semudah yang disangka oleh ramai.

    Tadi kata kita tidak kreatif tetapi sini pula memberi contoh bahasa bekas penjajah kita ada sistem untuk menyelaraskan sistem singkatan. Maknanya hendak suruh kita mengikut segala yang barat perkenalkan ? Di manakah kreatifnya sekirannya kita tidak ada prinsip , pegangan dan cara kita sendiri ?

    Tahniah. Usaha menyingkatkan dan merojakkan bahasa Kebangsaan kita ini dikatakan kreatif dan boleh berkembang. Belajar sejarah betul – betul . Perkembangan sesuatu bahasa itu dalam sesebuah tamadun adalah disebabkan oleh idea , karya , permikiran yang unggul dan hebat.

    Pengguna bahasa tetap menggunakan bahasa yang standard dalam menzahirkan idea dan pemikiran yang ideal dan kreatif. Idea yang baik hanya mampu disampaikan dalam bahasa yang baik kerana mudah difahami dan dapat diterima umum. Kalau bahasa singkatan dan rojak memiliki idea sehebat mana pun kalau disampaikan dalam bentuk yang tidak dapat diterima umum maka sukar idea itu berkembang.

    Salam.

    SESAL DAHULU PENDAPATAN . SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA LAGI.

    AKU SEDIH MELIHAT BAHASA KEBANGSAAN SAYA TERUS DIROGOL DAN DIPERKOSA SEHINGGA DIIKTIRAF SEBAGAI ASAS KREATIVITI DAN KE ARAH PERKEMBANGAN.

    PELACUR – PELACUR BAHASA KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN SEBELUM PENYAKIT AIDS MEREBAK DAN TIADA UBAT DALAM DUNIA YANG MAMPU MENGUBATI PENYAKIT INI SETAKAT INI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s