masalah harga makanan yang akan terus meningkat

Perancangan strategik negara kita nampaknya tidak pernah tetap. Dasar pertanian sama seperti dasar pendidikan (atau pelajaran, pilih ikut mana yang sedap). Dulu sebelum Mahathir, dasar pertanian nampak juga tanda tanda strategik tetapi Mahathir kemudian mengajak rakyat supaya lebih bergaya dengan hi-tech, industri berat, dan pelbagai saranan yang dirasakan en vogue pada zamannya. Sekarang Pak Lah terimalah bahana – walaupun beliau ada juga langkah ke arah memperkasakan pertanian, tetapi, biasalah, Pak Lah. Laporan Bank Dunia, entah betul atau tidak sudah menampakkan lembayung gelap yang mendatang. Apa pun yang dikaitkan dengan Bank Dunia itu seperti agen Yahudi dan sebagainya tidak menafikan bahawa harga beras sudah naik dan akan terus naik. Oleh itu saya akan memulakan langkah untuk masa depan dengan satu rancangan untuk membuka satu skim pertanian bersepadu! Kerana itu juga entri untuk blog ini semakin kurang bermaya…tanah di Janda Baik khabarnya bertaraf prima untuk kerja pertanian, tetapi masalahnya, masih adakah ruang untuk si jembel seperti saya membeli tanah prima di Janda Baik? Dan satu lagi masalah, pemilik tanah di Janda Baik ada bikin usaha pertaniankah?

5 thoughts on “masalah harga makanan yang akan terus meningkat

  1. eltuan TYT Dr. Rastumi,

    aku ada terdengar juga bahawa kerajaan ingin membuka banyak lagi tanah bagi kawasan pertanian,

    tetapi entahlah….

    dulu pembukaan BUKU-HIJAU tanah pertanian seperti FELDA, FELCRA, FAMA banyak juga penyelewengan yang berlaku seperti tanah tidak diusahakan dengan gigih, baja subsidi dijual dsbnya.

    Dalam hal ini, aku kurang menyalahkan pihak-kerajaan (yg dulu-dulu) tetapi aku lebih menyalahkan makhluk yang bernama

    1. Melayu itu sendiri

    Sebab apa?

    Sebab aku kenal sangat dengan Melayu-Melayu itu…
    orang dekat-dekat aku juga

    hehehe…

  2. Komputer saya ada problemkah?

    Mengapakah font teks entri blog tuan ini semuanya kursif?

    Sakit mata saya membacanya!

    Maafkan saya, nanti kita betulkan.

  3. Sayang sekali bila sesebuah negara tertakluk kepada rentak peniaga. Kebergantungan begini di era siapapun, tidak bagus…khususnya kepada mereka yang berpendapat dianya berpendapatan. Biasanya, kechik.

    Prof Emeritus Zubli Zainordin serban hijau.,
    Ini buktinya perang ideologi kapitalis totok lawan sosialisme masih berlangsung. Cuma ia tidak dibahaskan dan tidak begitu ketara.

  4. kerana industrialisasi, daripada 33 million hektar yang diperuntukkan untuk beras telah merudum kepada 29 million hektar, di tambah pula dengan China yang mengimport secara besar besaran.. dan tidak lupa juga kepada spekulator di tengah yang bijak memanipulasi pasaran pada ketika manusia sedang panik..

    Rasul s.a.w telah memberikan cadangan agar memfokuskan kepada perniagaan, bukan pertanian…rezeki berada 90% padanya…opps silap..jangan sempit dan jumudkan.. namanya meniaga juga kalau beras yang dituai di eksport..saya kira 100% kerana menjual sudah 90% , menanam pula 10 %…

    tidak ada ke kalangan kita yang mempunyai mimpi si Nabi Yusuf a.s bisa ramal meramal melalui mimpi kemarau panjang bakal menjelma?

    tuan Admin, dulu orang kata Mahathir orang yang berwawasan. Sekarang tengoklah wawasan apa? Kita kena makan besi Perwaja, makan bahan prefabricated untuk body kapalterbang, makan papan litar letronik dan semua benda benda hi-tech lah!

    ………………………………………………………..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s