Mahathir dan sarkas intelektual ketuanan bangsa

Dr Mahathir al Haj telah bersabda: ‘Walaupun ia (blog) memberi kelebihan untuk menyuarakan pendapat saya, pada masa sama ia memberi peluang kepada masyarakat di luar sana untuk menghentam saya,“….Saya baca tekanan kepada perkataan walaupun. Maknanya walaupun ia bagus tetapi ada yang tidak bagusnya, yakni peluang untuk orang menghentam pandangannya. Budaya blogosphere yang demokratis sifatnya memang tidak sesuai dengan sosok Dr Mahathir kerana apa yang beliau sabdakan adalah sesuatu yang mesti diterima sebagai muktamad. Sesungguhnya beliau adalah seorang Tuan yang konsepnya KeTuanan Melayu itu diheboh hebohkan hingga dianjurkan Kongres Permuafakatan Melayu oleh sebahagian bangsa yang terancam kedudukan mereka.

Bahawa hakikat tikus bijakpandai Melayu yang membaikki labu, memandai mandai dengan dasar pendidikan berteraskan bahasa Melayu, meminda minda kuasa Raja Melayu, berdiam diri laksana tikus mondok kenyang ketika dasar bahasa dijadikan modal politik tidak dibahaskan. Antara contoh contoh kesarkasan intelektual Melayu yang inginkan Ketuanannya dipertahankan ialah saranan Dr. Zainal Kling –“Jangan sesekali ratu cantik Malaysia ke luar negara memakai baju Cina atau sari India,”….
terserlah sudah keglokalan minda intelektual kita ini dengan contoh ratu ratuan.

Urat dan otot otak saya menjadi lebih kusut dan kantoi sebentar bila terbaca saranan Lebai Agung Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady yang berkata, jika dua parti terbesar yang mewakili orang Melayu itu tidak mempunyai kematangan untuk berbuat demikian (bersatu), maka tidak mustahil kekuasaan Melayu akan hilang dalam tempoh 10 tahun lagi. Bolehkah PAS dan UMNO bersatu semata mata atas dasar Ketuanan Melayu? Entahlah, setelah 50 tahun merdeka konsep ini dijaja mengikut musim tertentu, saya sebenarnya sudah hilang rasa hormat dan keyakinan kepada makhluk makhluk di menara gading dan NGO Melayu seperti Gapena ini. Hayun sajalah!

9 thoughts on “Mahathir dan sarkas intelektual ketuanan bangsa

  1. Salam hormat hos ‘BLOG’ versi dunia siber, Tuan Rastom

    Kadang-kadang saya hanya terasa Melayu secara fizikal bila pakai baju Melayu, sebab di sini ramai sangat Pinoy yang menyangka saya sama paspot Filipina.
    Tetapi sejak tahun 2000 saya hanya ada sehelai dua baju Melayu yang jarang sekali dipakai. Lebih selesa dengan jubah Arab sebab kalau makan sedikit banyak tidak perlu londehkan seluar….sama ada sedih atau relititi, anak-anak juga tidak begitu gemar berbaju Melayu. Cuma masih berbahasa Melayu di rumah sebab WAJIB.
    Saya pernah di brain-washed kan oleh BTN mengenai ketuanan Melayu sebelum ke luar negara, apabila balik bercuti sekali lagi dipaksa ke kem BTN. Saya tidak hadir walau di ancam dengan penarikan biasiswa (tidak pasti apa kena mengena BTN dengan biasiswa) dan tidak dapat biasiswa untuk ke peringkat sarjana….dan kerana mengutuk Mahathir di TV & media NZ, dalam krisis mengubah perlembagaan untuk mengurang kuasa raja, orang bukit aman datang ke rumah saya di kampung dan memberitahu aruah ayah saya yang ‘anak tuan haji sudah jadi KOMUNIS!”
    Saya terpaksa berkurung sekejap di Airport Subang kerana sewaktu pulang sudah ada ‘orang’ menanti…itulah ‘ketuanan UMNO’.
    Baca entri terbaru saya http://dotkomania.blogspot.com/2008/04/bagus-punya-rawa.html

    (Saya bukan RAWA…..pun bukan Melayu original, moyang dulu sama kapal pelarian dengan moyang Najib Al Tantuya…)

    Bugis? Macam sekapai lah kita hehehe

  2. Assalamualaikum,
    Saya fikir betui jugak kata-kata Lebai Agung Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady yang berkata, “jika dua parti terbesar yang mewakili orang Melayu itu tidak mempunyai kematangan untuk berbuat demikian (bersatu), maka tidak mustahil kekuasaan Melayu akan hilang dalam tempoh 10 tahun lagi.” Tapi masing-masing kenelah hindari kepentingan peribadi,bersedia memperbaiki kelemahan dan meletakkan kepentingan ummah di atas.

    Perkara yang merisau saya ialah belum ada lagi dialog serius dari semua kelompok ummah untuk menjaga kepentingan keras ummah seperti kedudukan agama,Islamic +Malay values,bahasa dan budaya.

    Platform untuk itu sudah ada, cuma orang Islam yang tidak menafaatkannya. Di peringkat lokal kita ada mesjid yang berhimpun 5 kali/24 jam. Di peringkat global ada musim haji. Masalahnya kita anggap itu hanya ritual.

  3. Saudara Fudzail, yang perlu stand-by hanyalah sepasang baju melayu hitam dengan samping songket hitam.

    Sebab pemberitahuan untuk menjadi EXCO ataupun MB hanya akan datang very last minute.

    Harap harap keputusan bersifat last-minute ini tidak berlaku dalam era rejim baru.

  4. Maruah melayu telah lama dilacurkan bilamana Lim Guan Eng masuk penjara kerana membela seorang melayu. Sekarang ini kumpulan pelacur-pelacur ini ingin bicarakan penyatuan melayu??

    Mungkin mereka boleh memulakan langkah pertama, iaitu mereka sendiri mundur dari pentas kemelayuan dan menyerahkan kepada yang lebih layak walaupun orang itu rasnya Cina!

    Hanya menunggu Lim Guan Eng bersongkok dan bersampin.

    Bukan setakat bersongkok dan bersampin, keris pun ada disisip, disebelahnya pula Samy Vellu berserban. Orang Melayu nak kata apa?

  5. eltuan dr. elrastom…

    hehe…

    mahathir pun memblog…
    blogspot pulak tu..

    ===========
    50 tahun telahpun berlalu.

    Agenda “Memperkasakan Melayu” yang dipelopori oleh tikus-tikus bangsa memang pada dasarnya tepat.

    Yakni, Amat bersesuaian dengan namanya itu.

    “Memperkasakan —> melayu”

    hehe..
    Y.A.A Tuan Hakim Mahkamah Juvana, adalah amat menggetikkan bebeno (loghat Perak) telinga hamba mendengar perkataan “perkasa” dilekatkan kepada sesuatu bangsa. Nak perkasa tetapi caranya? Membantutkan otak bangsa dengan media massa yang propagandis isinya? Dasar bahasa di dalam pendidikan yang tak pernah selesai? Menjadikan IPT setaraf sekolah menengah? Modal basi yob!

  6. TUAN-ku el-Rastomi,

    Saya hadir sepenuhnya Kongres Permuafakatan Melayu di Johor Baru itu. Khabarnya bajet RM500 ribu (yang disponsor oleh korporat Melayu) itu telah tidak cukup.

    Yang saya lihat dalam kongres itu, penyokong-penyokong UMNO yang sangat mahukan supaya Melayu-Melayu dalam UMNO, PKR dan PAS bersatu supaya dapat memerintah negara ini. Mereka sudah kira jumlah kerusi-kerusi yang diwakili orang Melayu. Jumlah itu memang dapat menubuhkan kerajaan campuran Melayu 100%. Itu yang mereka mahu muafakatkan.

    Daripada cakap-cakap para peserta yang bukan penyokong UMNO, saya dapat simpulkan bahawa mereka yang tidak menyokong UMNO dalam kongres itu berpendapat orang-orang UMNO mahukan ‘permuafakatan Melayu’ berlaku di parlimen supaya UMNO dapat kekal berkuasa dan dapat melindungi kepentingan bisnes kroni-kroni UMNO.

    Puanku Raden Galoh Ummul Kitab PTS,
    Bahawa masa beredar serta mengubah lingkungan daya fikir manusia ke suatu arah, serta dinamisme sosio politik antara ras itu tidakkan jumud seperti mana “dulu, kini dan selamanya” gagal ditakkuli oleh para aktivis ‘permuafakatan itu” amatlah merugikan. Usaha yang eksklusif-ras bakal tidak membuahkan apa apa, melainkan ulangan slogan dan retorika. Permuafakatan yang pernah berlaku pasca Merdeka yang supra inklusif yang membuahkan Perlembagaan Rakyat dulu agak lebih waras dan rasional.

  7. hehe..

    terma “Memperkasakan—> Melayu ” itu ada double meaning. (jika sesiapa yang belum perasan)

    Hanya cynical-thinker dan pessimistic sahaja yg cepat “faham”
    pada tahap pertama

    keh..keh..

    it is not apply for those +ve thinking dan berjiwa besar yg patriotik ala2 iMNO.

    -wasalam

  8. Barangkali hang ni Rastom lebih dekat dengan informasi terkini, maka yang jelas, aku lihat hang betoi-betoi fed-up. Entahlah, aku hilang minat informasi sedemikian pada 2004, maka pada 2008 minat aku timboi. Aku rasa apa yang sedang berlaku, amat menarik, kerana rata-rata apa yang ku katakan sebelum dan sejak 2004, sedang diperkatakan. Yebedabedu!

  9. Tuan Rastom,

    Yang berhimpun di Johor tu bincang hal melayu gapena dan melayu UMNO bukan melayu yang tak makan atau bahasa melayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s