Permit akhbar ialah permit untuk berfikir

Barangkali ada hikmahnya Indonesia menyebut koran untuk suratkhabar. Pagi pagi mereka sudah baca koran dan mereka punyai banyak koran, lebih daripada apa yang kita ada di Malaysia walaupun dicampur koran koran Tamil, Cina dan Inggeris. Khabarnya koran mereka lebih bebas selepas berakhirnya regim Suharto. Desas desus semakin kuat pula di Malaysia menuntut kebebasan akhbar sempena Hari Kebebasan Koran Se Dunia dan terkini kita baca daripada koran online satu cabaran daripada Natu Sili (Mandarin=Dato Seri) Ong Ka Ting…Mengapa perlukan lagi permit akhbar.… satu keberanian baru mencabar status quo daripada ahli komponen BN.

Barangkali agak tidak kena bila beliau meletakkan blog dan website setaraf dengan media massa kerana terdapat beberapa aspek kelainan dari segi sifat dan wujudnya Akujanji Pelaksanaan ICT daripada pihak kerajaan. Pun demikian saranannya selari dengan tuntutan para pengamal media se dunia. Kebanyakan negara maju, negara madani atau panggil saja negara hadhari,sekian lama punyai tahap kebebasan akhbar yang tinggi dalam ertikata kebebasan mereka tidak dihantui dengan ugutan pelesenan.

Di zaman nabi koran yang asal namanya Quran itu juga adalah sesuatu yang bersifat pembawa berita dan para penguasa Quraisy mulai terasa bahawa fikiran rakyat sudah mulai terpesong daripada amalan datok nenek mereka dengan ajaran baru yang dilihat amat subversif. Maka sedikit demi sedikit mulailah terbena sistem command and control didalam tatacara masyarakat Arab. Kisah kisah hukuman seksa terhadap mereka yang membaca koran itu sudah jenuh dicatatkan di dalam pelbagai kitab sirah. Zaman berlalu, manusia membentuk tamaddun, Gutenberg memasyhurkan percetakan yang juga turut membantu usaha subversif membanteras kebodohan. Bukan tidak ramai para padri, imperatur, maharaja, pendek kata para penguasa yang terbantai dengan adanya mesin cetak. Kerana dengan adanya mesin cetak, ilmu mencelekkan orang menjadi lebih mudah dan ekonomis. Buku sudah boleh dibaca oleh semua orang, tidak terhad kepada para padri dan golongan elit. Ini sangat bahaya kerana ilmu itu suatu kuasa lebih bisa daripada mata pedang. Regim Komunis Rusia boleh tumbang kerana rakyat celik mata dengan adanya bahan bahan bacaan daripada negara blok demokrasi Barat. Akhbar Rusia yang arus perdana pada ketika itu cukup hebat namanya – Pravda, bermakna Kebenaran. Koran Pravda membawa kebenaran resmi daripada penguasa komunis, malangnya kebenaran hakiki juga yang berjaya menembusi tembok Kremlin.

Maka tidaklah sukar untuk kita bayangkan kenapa akhbar mesti dipermit permitkan kerana manusia zaman ini berfikir atau membentuk fikiran dan pendapat menerusi bahan bacaan. Apalagi kalau yang dibacanya itu dipanggil koran. Keluasan lingkungan fikiran kita tergantung kepada keluasan permit itu.

10 thoughts on “Permit akhbar ialah permit untuk berfikir

  1. Dr. Kildare el-Rastomi De Albuqueque,

    hehe..

    seperti biasa mereka akan mengatakan bhw Keterbukaan Akhbar dalam isu-isu sensitif bakal mengundang ketidakstabilan.

    Pihak kerajaan akan counter-attack balik dgn soalan spt berikut:

    Mana lebih penting
    1. Kebenaran ?

    atau

    2. Kestabilan ?

    Senjata persoalan inilah yang menyebabkan bangsa Melayu terus-terusan tidak berani menyuarakan pendapat.

    Mana pihak iMNO dapat resepi tolak kebenaran untuk kestabilan ?—- aku pun tak tau…

    hehehe..


  2. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK LAMAN WEB “Leoxa.com”
    (Themenya Terlampau Cantik Sangat & Boleh Pula Letak Adsense)

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

  3. Assalamualaikum Kiyai Rastom Martabat ke-7 futuhul ghaib,

    aku sikit pun tak heran dengan kebebasan yg dikecapi oleh media indon. malah secara jujur naik menyampah. bukan sikit-sikit punya menyampah. ini betul punya tahap menyampah.

    mereka terlampau bebas. sampai koran ‘playboy’ pun ada.

    manusia tak boleh terlalu bebas. yang bebas itu binatang namanya. kita ada norma2 nilai hidup sebagai KHALIFAH.

    zaman sekarang binatang pun dah tak bebas. semua pakat bersidai dalam zoo. apalah ertinya kebebasan kalau akhirnya kebebasan itu menjadikan kita setaraf dengan babi dan tapir.

    bebas dari segi apa? pada aku tiada ertikata KEBEBASAN MUTLAK. sebagai manusia kita tertakluk kepada dosa dan pahala. bebas maki hamun orang atas platform kebebasan media? bebas buat fitnah?

    definisi aku tentang KEBEBASAN adalah kita bebas berfikir, bercakap, melakukan sesuatu selagi kita tidak melanggar perintah ALLAH swt didalam AL QURAN dan melanggar hadith saw.

    aku ingat Pak Rstom sebenarnya lebih mahir, sebab engkau sudah bertaraf kiyai. aku ini khadam sahaja.

  4. hehe..
    3-5 kali pergi ke blog ini, baru terperasan tentang ada ‘jenama’ baru blog iaitu

    1. Leoxa.com

    hehe…

    Tak salah aku laa…

    Pemarkahan blog-hosting adalah seperti yang berikut:

    1. Blogspot (blogger).. 99.8% merkah
    2. Blogdrive ………….. 47.2% merkah
    3. Blogsome ………….. 26.4% merkah
    4. geocities……………. 34.4% merkah
    5. wordpress………….. 47.0% merkah
    6. leoxa ……………….. ????? merkah

    tak ramai yang berani untuk mencuba leoxa. Bukannya aper, ditakuti, apabila memblogging penat-penat,

    TIBA-TIBA…

    1. leoxa cannot be accessed
    2. server leoxa hacked
    3. traffic with very limited bandwidth
    4. very high latency
    5. database !!! error
    5. bla..bla..bla..

    hehe…

    maknanya di sini, penulis-penulis-blog yang bertaraf rekrut sudah semestinya akan memilih jenama blog yang mempunyai KEBOLEHPERCAYAAN yang tinggi.

    contoh blog yang mempunyai KREDIBILITY DAN KEBOLEHPERCAYAAN yang tinggi, kalau tak silap saya cuma

    1. blogspot/blogger sahaja.

    hehe…

    berdasarkan
    1. warna seragam
    2. perwatakan-google
    3. gui-interface

    sumernya superb!!!!

    dalam hal ini, kita boleh simpulkan bahawa

    a. Blogspot boleh di-samakan sebagai sebuah Empayar
    b. wordpress/leoxa/blogdrive dll hanyalah sebagai serpihan-serpihan rebellion

    hehe..

    =P

  5. Tuan Haji Rastom,

    Boleh bagi no perhubungan? Kita pekena teh tarik ka kat area Pekan Rabu..

    Saya akan balik kampung seminggu..Perlis dengan Kedah dalam 40 menet saja..hehe


  6. shocked: MALAYSIA MAKE NEW RULES FOR CHRISTIANS!!

    EVERY CHRISTIANS MUST SAY “ALLAH” RATHER THAN “GOD” & DONT SAY “TRINITY” ANYMORE..
    This is because English language not suitable anymore because the original Bible is in Arabic.

    The full story is here: ckasih.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s