Mahathir keluar sarkas

Tun Mahathir khabarnya keluar meninggalkan partinya.  Keluar dengan harapan semoga ramai yang tidak bersetuju dengan Pak Lah juga akan menurutinya. “Keluar dan jangan masuk parti lain sehingga Pak Lah turun”. Bunyi macam budak budak tetapi ini dikatakan strategi kerana ia tindakan orang veteran parti. Jika orang Melayu masih mudah lupa, tindakan beliau ini mungkin sesuatu yang mengejutkan. Dulu orang Melayu yang mudah lupa amat terkejut dengan strategi mematikan UMNO lama dan beliau wujudkan UMNO Baru. Jangan mudah lupa! Mahathir jadi kuat kerana permainan sentimen Melayu kerana beliau tahu psikologi Melayu sangat sentimental.  Apakah tindakannya keluar parti bakal menyaksikan exodus yang bakal memendekkan usia dan sokongan kepada UMNO?

Mahathir bukan Anwar. Beliau kuat dan mulai berkuasa dengan tunjangan jentera jentera kerajaan. Tanpa dokongan aparat kerajaan tindakannya hanyalah mengesani beberapa pihak yang pernah mengaut untung dan kuasa. Malah orang yang pernah diangkatnya sudah mulai berpaling tadah. Tanda tanda menjelang senja sudah kelihatan. Bersiap sedialah!

9 thoughts on “Mahathir keluar sarkas

  1. KEMPEN MAKAN UBI KELEDEK UMNO!!!!

    JANGAN BUANG NASIIKKKKK !!!!
    Nasi sudah jadi bubur cha cha, mambo, rhumba tango.

  2. Vicious cycle atau kitaran setan….kalau yang menubuhkan UMNO (Baru) sendiri sudah cabut, maka titanic ini mulai karam!
    Kitaran IWK ada juga faedah, ini kitaran ular sangat bahaya.

  3. Ada tiga tokoh, masing-masing pemimpin terus melakar gambaran politik di Malaysia. Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi, dan Anwar Ibrahim. Apa yang sedang berlaku sangat menarik. Sama-sama kita saksikan hasilnya kelak.
    Kalau boleh buat ramalan lagilah menarik. Cuba ramal berdasarkan gelagat lama a la sosiopsikologi ketiga tiga orang. Kalau hang buat buku Mahathir: Akhir Sebuah Perjuangan mesti laku punya!

  4. Nampak keahlian UMNO 01 telah kosong, terperanjat aku bila mendapat sms mengatakan TUN keluar dari UMNO, Tun mengikut jejak bekas-bekas 3 Presiden UMNO terdahulu jadi nampaknya TUN Razak lebih setia kepada perjuangan parti walaupun apa badai yang menempa, bagi aku sesiapa yang mengikut jejak Tun bolehlah dianggap sebagai tidak setia kepada parti tetapi lebih kepada individu. Tun akan masuk balik ke UMNO apabila Pak Lah letak jawatan, Siapa Tun sampai macam itu? walau bagaimana pun Pakatan Rakyat perlu mengambil teladan terhadap isu ini, itulah wajah UMNO yang sebenar, UMNO sekarang tengah huru-hara. Nasib baik aku dari Pakatan Rakyat. Bagaimana dengan anak TUN? nak ikut sekali ke?Sanusi dan siti hasmah dah ikut dah ….

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

  5. Mudah saja, my dear Dr Rastom d’Watson (elementary, my dear Watson..)

    “Bukankah politik itu satu seni serba mungkin?”

    Jangan kita orang Melayu jadi mudah lupa. Tun memang orang yang licik, tariannya memang susah ditelah.

    “Setiap yang mula akan berakhir…”

    Tarian apa Tun persembahkan? Tarian ular nagakah?

  6. ini sarkis sudah jinak..sudah berapa lama mereka berlatih!
    RMC – Sarkis Di Raja Malaysia tak pernah habis berlatih. Mana boleh lawan dengan MIC – Malaysian Indian Circus.

  7. pak rastom,

    mahathir tak keluar sarkas, dia masih dalam alam sarkasnya yang tersendiri.

    dulu dia haramkan sarkas lama dan buat sarkas baru.

    kali ni dia dia kena cari diri, diakah maestro sarkas atau salah satu haiwan sarkas
    bumilangit, maestro sarkas pun pernah kantoi di makan kepalanya semasa beraksi masukkan kepala ke dalam rongga singa. Kalau haiwan sarkas, masa pencen sudah tiba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s