Tendang menendang bawa bahagia

Cetusan Fikrah Ketika Inflasi Yang dipropagasi kenaikan harga bahan bakar.
Dulu Anwar Ibrahim kena tendang keluar UMNO (bahasa brutal) ramai yang bahagia terutama sekali mereka yang terancam dek kehadirannya di dalam UMNO, ramai pula yang marah dan terus berdemo. Hari ini Mahathir menendang dirinya sendiri keluar, berapa ramai yang bahagia dan yang marah. Berapa ramai yang berdemo, berapa ramai yang ikut jejak langkahnya? Satu bancian kebangsaan perlu dilakukan.

Dulu ketika Mahathir berkuasa tiada hakim yang berani menongkah arus kecuali ketua mereka Saleh Abas yang juga kena tendang. Siapa yang tendang? Mahathir kata itu kena tanya Tribunallah. Bukan dia yang tendang. Ramai hakim marah dan yang beberapa kerat hakim proaktif juga turut merasai tendangan. Ada yang sudah pencen, dan ada yang sudah kembali ke Rahmatullah.  Ini semua menjadi sejarah yang termaktub di dalam beberapa naskhah yang pelbagai versi sudut pandangan pro dan kontra.

Jika anda seorang feudalis, konformis, atau mungkin oportunis, sudut pandangan anda akan berasonansi dengan segala ratib, komentar dan ulasan yang terdapat di dalam akhbar akhbar Melayu dan media lain yang sealiran dengannya. Anda pasti bersetuju untuk menyalahkan para hakim yang tertendang itu.

Selain daripada episod tendang menendang yang membawa kebahagian kepada pihak pihak tertentu episod terkini malah lebih menarik, sadis dan ada unsur unsur lucah. Beberapa babak selak menyelak sudah mulai dilakunkan. Sebelum saya kisahkan bab selak menyelak ada baik saya kisahkan satu cerita free show.

Tidak lama dahulu ketika zaman remaja saya berpeluang menyaksikan episod selak menyelak. Dua orang mak cik bertengkar jarak jauh. Mak cik Kiah rumahnya mengadap mak Cik Yah. Rumah teres. Jika tidak kerana jauh jarak pertengkaran sudah tentulah tidak berlaku selak menyelak, sebaliknya mungkin adegan tarik tarik rambut.

Mak Cik Kiah: Jaga laki hang tu cik Yah oi *&)+$#@#$% (mencarut) Jangan nak menyebok tak tentu fasal, rumah sendiri mau jagalah! &^&*(*&+5## (alat kelamin) Hang tu elok sangatkah? Comel lote kot?
Mak Cik Yah: Cis! Aku taulah jaga rumahtangga aku…..yang hang tu tiap hari dok keluar rumah sidai baju sambil berkemban tu apa hal? Laki aku dia ada mata, awat ? hang nak tayang body ka?
Mak Cik Kiah: (Dengan suara semakin meninggi) Cis! Aku cabai mulut hang sat lagi baru hang tau! Hang nak tau body aku elok tak elok? Nah! (Sambil menyelak kain batik yang dipakainya kearah Cik Yah mempamerkan khazanah sulitnya.

Wayang semakin panas, saya menarik kain langsir perlahan-lahan untuk menyaksikan adegan seterusnya. Apakah akan ada selakan balas?

Cik Yah: Pigi rah! Awat hang ingat hang saja ada (*()&^&(*(3# (mencarut)…..yang comel lote..aku pun adalah!

Belum sempat saya saksikan selakan balas tiba tiba emak saya menarik telinga, ” Hang masuk dalam! Jangan ambil tau hal orang!”. Potong stim betul!

The moral of the immoral story ialah di saat adegan selak menyelak itu seperti mana yang berlaku sekarang di antara pembesar pembesar negara, rakyat berpeluang menikmati free show, terdedahlah segala butiran yang diselindungi selama ini. Bacalah segala pendedahan yang bakal diselak oleh pihak pihak yang terbabit dan anda saya lantik menjadi Hakim Negara. Putuskanlah secara adil lagi saksama.

13 thoughts on “Tendang menendang bawa bahagia

  1. hehe..

    tn elrastom, belum apa2 dah potong-stim. Letak keyword “Mak Cik.”
    haha

    Memang pangkat mak cik pun, hanya yang veteran saja yang berani beraksi brutal begitu, kalau yang masih cik atau dara, fenomena ini tidak berlaku di kalangan kita (dulu…….sekarang tak taulah, fesyen bertudung sekarang ada pula yang menampakkan lurah bahagian bontot). Hmm, pakar antropologi/psikologi Melayu pun buat buat tak tau!

  2. Tuanku el-Rastomi,

    Saya malulah baca entri ini, tetapi saya baca juga sampai habis.

    Puanku apalah daya hamba, kisah berlaku yang masih terpahat di dalam memori ini kembali diaksikan semula bila babak para mantan mendedahkan realiti. Agaknya ini suatu reality show juga? Mantan ini juga dulupernah menyuruh para pakar antropologi mengkaji perihal kenapa Melayu suka melatah.

  3. Hang Rastom, lantik kami jadi Hakim Negara noo, kena pergi Boot Camp ke? Sebab di situ agaknya pelajaran tendang menendang membawa bahagia ini bermula ya? Hang bernasib baik Rastom, sebab semasa free show itu, hang tak ada telefon bimbit perakam video, jika tidak hang tak perlu tulis skrip kat sini, you tube jah. Apa pun, masa itu Mak did the right thing. Yang dikatakan potong stim itu, kami pun tak tahu apa terjadi selepas adegan tunjuk menunjuk Khazanah Nasional itu!

    Teknologi telefon zaman itu kalau Zubli ingat masih belum meroyak seperti sekarang. Kalau ada telefon awam disitulah tumpuan orang. Yang bergayut berjam jam pun ada. Zaman yang susah tetapi tidak membebankan seperti sekarang.

  4. tn elrastom satnam sai-baba vaheguru,

    hehe..

    aku rasa ada something mengenai perkara minyak petrol naik ini.

    1. Mula2 naik. kemudian diikuti
    2. Hikayat pujuk-memujuk

    Pujuk memujuk itukan strategi soft-sell untuk menarik minat kepada iMNO semula…hehehe

  5. InshaAllah akan pulang bercuti di tanahair mulai 5 Julai selama sebulan. Mahu jalan-jalan Malaysia (dengan kereta sewa), tetapi harga minyak naik. Termenung sekejap. Janji dengan anak-anak mahu buat kembara tahunan. Dari bajet, lebih murah terbang ke Vietnam atau Indonesia.
    Dua hari lepas dapat makan semeja dengan DSAI, TS Khalid dan Husam di rumah sendiri (http://1426.blogspot.com/2008/06/anwar-khalid-husam-thrilled-dubai-crowd.html), tentu cerita pasal minyak sebelum makan nasi minyak kambing Somalia (Pak sheikh dan TS Khalid suka benar dengan kelazatan kambing…).
    Banyak juga maklumat 100 hari kerajaan PR yang dirumuskan. Bagi orang yang tidak berparti dan tidak berfahaman ketuanan mahupun kepuanan Melayu seperti saya, free show sekarang ini bukan komedi yang baik, slapstik dan murahan. Kesemua yang terlibat sama sahaja!

    Ada kaitan agaknya dengan berita FDI berbilion bilion yang bakal masuk negeri Kedah?

  6. Tuan Fudzail,

    Apa itu “kepuanan Melayu”?

    Wah! Kamus Dewan harus mencatatkan data linguistik ini.
    Kamus Dewan yang bakal masukkan entri ini pastinya yang versi 2.0

  7. DEAR EL-SIFU-EL-PTS yg sangat dihurmati sekalian,
    HEHE..
    Istilah “Puan” tidak sesuai untuk merujuk ke atas mana-mana konsep.

    sebab …lebih menjurus. kepada

    “sakit puan”

    hehe…tiadalah saya seorang sexist.
    tetapi…hehe..ntahlerr…

    Sakit puan ada gynae, kalau sakit tuan? hehehehe

  8. pantun harapan pak lah pada madet..

    tendang menendang sudah biasa,
    karate ajar, bola pun sama;
    aku dan hang sama saja,
    dok diam-diam sudahla.

    madet jawab..

    hang toksah pandai kata kita sama,
    hidung hang penyek hidung aku besaq;
    dulu kita ‘kekah’ sama-sama,
    la ni hang ‘kekah’ sorang tu dah kira loqlaq!

  9. Cerita menarik tapi awat lama tak tulis? Sibuk nak mencari free show lagi ke?

    Tok ZeQ, free show begitu untuk orang tua dak tak berapa menarik lagi-melainkan free show antara politikus.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s