C’est la vie lah bahloul!

Entri ini saya tulis ketika otak saya dipengaruhi dadah. Saya bukannya penagih atau ingin menagih tetapi telah dipaksa oleh Tuan Doktor supaya menghabiskan kesemua dadah yang beliau berikan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Selesai sesi rawatan saya pun tunggu hingga nama dipanggil. RM30 saya hulurkan kepada Cik Siti yang tersenyum sambil memberi arahan kepada saya,

Cik S:Encik kena ambil pil ini 2 biji 3 kali sehari selepas makan.

Kerana mood saya dalam keadaan demam begini sukar dikawal..
Maka saya mulai satu sesi soal jawab dengan pembantu ubat itu. Saya dapati hampir kesemua klinik swasta menggunakan khidmat anak anak gadis atau mungkin juga saya yang tidak sedar diri rumah kata pergi kubur kata mari. Bab ini kita bincang di lain kesempatan. Berbalik kepada arahan cara “mengambil” ubat itu tadi.

Saya menjuruskan lagi soalan kepadanya. Daripada wajahnya besar kemungkinan ia keturunan mami combi.

Saya:Tadi adik bilang (loghat Penang untuk “kata”) saya kena ambil ubat ini 2 biji 3 kali sehari. Boleh adik terangkan cara bagaimana mengambil ubat ini.

Cik S: Ah, Encik kena makan.
Saya: Oh ya, makan….saya ingat kena ambil ambil saja…….
Sekadar mahu berseloroh dengan apa yang di dalam BI di sebut SYT (sweet young thing) saya sebenarnya rasa cukup mengantuk (tidak ada niat atau kaitan dengan mana mana Menteri) dan dengan ini menyusun sepuluh jari memohon maaf dipinta kerana telah ghaib sekian lama di atas sebab sebab kesihatan. Wa ma taufiqi illa billah wassalamualaikum.
Catatan: C’est la vie ialah frasa bahasa Perancis yang cukup terkenal. Untuk maknanya yang brutal…bayangkan wajah P Ramlee atau Nordin Ahmad dan sebut denga nada kecewa…”Oh Dunia”!

15 thoughts on “C’est la vie lah bahloul!

  1. tetuan elrastom,

    hehe…

    Ingatkan tuan telah join Al-arqam tadi.

    ghaib tapi masih wujud

    Shhhhhh.. tolong jangan sebut apa apa yang bunyi qam qam gitu,,,,,,,

  2. sepatutnya kaitkan dengan Menteri mana-mana..Menteri tu mungkin sangat terdesak nak buktikan dia masih ada pengikut! Saya memang sokong dan ikut dia. Tapi dalam tidur saja.

  3. Nasib baik Cik S tu panggil Encik. Kalau dia panggil Pak Cik macam mana la agaknya ye. Kalau dia panggil Abang pulak, agaknya terus baik, tak payah makan ubat.

    May Allah bless you with speedy recovery.

    Tuan GJ, terjawab soalan kenapa ramai orang kita yang ke sempadan utara mencari ubat. Di sana, semua orang lelaki adalah “abang”. Terima kasih diatas doa makbul Tuan, insyaallah.

  4. Aku jikalau barangkali gamaknya Bulatan Alternatif belumlah berminat lagi, tetapi Penawar Alternatif lama sudah aku amalkan. InsyaAllah.

    Aku berasa Hang kena relaks dengan kenaikan harga petrol dan diesel ini, yang merantaikan kenaikan lain-lain harga barangan dan perkhidmatan.

    Cuba bawak blogging…

    Abdullah Ahmad Badawi, Shahrir Samad, dan lain-lain lagi telah mengikuti rentak spekulator, lalu melihat fenomena global ini sebagai “Apa yang boleh kita buat?”

    Hang ada berasa tidak bahawa mereka perlu ambil, makan, kunyah atau telan pil RM 30 Hang itu. Kongsi ngan depa pun baguih!!!

  5. Yeop,

    Dari Sintok pergi ke Siam
    Singgah sebentar beli buah pala
    harimau mengantuk buaya demam
    Kucing di dapur fening kepala

  6. demam lagi ker…?
    hehe

    tn elrastom,

    sudah sampai masanya kiter menggali perigi minyak di belakang rumah…

    bagaikan wajib bangkali!!!!

  7. SEBENARNYA AKU DAH MENYAMPAH betul cerita pasal LIWAT-MELIWAT NI…

    MACAM TAK CUKUP AKAL PULAK DISURUH MEMPERCAYAI.

    Polis kata jangan………..polis akan beri ruang..polis akan bertindak secara profesional…..percayalah! hehehe

  8. pak rastom!

    sudah lah tu, tak payah la dok melangut kat tingkap tu dah. jiran awak dah tak bukak kain dah… mai sambung blogging!

    Terima kasih, ini seruan yang bersemangat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s