Pak Lah kata Musa profesional

Pak Lah kata Musa Hasan profesional, ketika sidang akhbar mengenai kes Anwar vs. IGP dan AG. Mengikut hukum bahasa yang digunapakai oleh PDRM, Chief Inspector jadi Cif Inspektor, maka IGP mesti jadi Inspektor Jeneral Polis bukan Ketua Polis Negara. Saya amat meragui akan sebarang kaitan profesionalisme dengan banyak perkara di dalam negara, bukan setakat kerja polis, malah kesemua bidang kerja makan gaji baik swasta, maupun kerajaan. Daripada setinggi tinggi Jusa sampailah kepada tukang kebun dan penjaga stor atau purchaser di dalam jabatan kerajaan. Tahap mulia Yang Arif bisa di corrrect correct correctkan, inikan pula Inspektor Jeneral Polis.

Untuk meyakinkan orangramai samada seseorang itu profesional atau tidak siapakah yang layak? Apakah Pak Lah seorang politikus profesional dalam ertikata berketrampilan membawa kebijakan di dalam rumusan dasar dasarnya? Jika anda yakini akan keprofesionalan Pak Lah, maka anda boleh dengan mudah menerima kenyataannya bahawa Musa Hasan atau Ghani Patail atau towkey towkey media di Malaysia adalah golongan manusia yang profesional. Lihat statistik jenayah, lihat statistik jualan akhbar Melayu, dan jangan lupa statistik pencapaian akademik IPT.

Hakikatnya, tradisi profesionalisme di Malaysia sudah lama berkubur di dalam apa saja profesion.

Guru profesional sudah lama pencen, jurnalis-wartawan-penulis profesional sudah berkarat pena walaupun ada yang berblog tanpa lagi menggunakan pena.  Hakim profesional lebih selamat duduk diam. Ulamak profesional lebih selesa jadi pembangkang. Kesatuan Sekerja profesional habis diingkupkan. Apa lagi profesional yang ada di sini selain daripada profesional palsu yang menghuni menara menara tinggi, mewah dan berprestij (termasuk menara gading). Segi profesional apa yang Pak Lah maksudkan?

7 thoughts on “Pak Lah kata Musa profesional

  1. Agaknya Pak Lah bermaksud profesional itu ialah buat ikut cakap Boss.

    Musa Hassan profesional. Musa Hassan akan buat ikut apa Boss dia cakap.

    Pak Lah ialah Boss kepada Musa Hassan.

    Pak Lah untung jadi PM, sebab PM ni tak de Boss.

    Eh, ye ke?

  2. Jika aku seorang ahli AL-ARQAM,
    kemudian aku keluar.

    kemudian aku masuk balik
    kemudian akuk keluar

    kemudian aku masuk balik
    keluar

    masuk
    keluar

    masuk..
    keluar..

    masuk..
    keluar..

    masuk
    dan
    terus ditendang keluar,

    tidak akan aku akui Musa Hassan itu soerang professional..
    emosional, YA.

    HEHE

  3. Professional pada mereka ialah YES, YES, YES… huhuhu
    kipp ada tengok KP BPR pun ayat yang sama berulang ulang kali, “ya kita akan siasat secara profesional, profesional profesional.

  4. Jika yang kita fahamlah kan, sekarang ini Ketua Kursus Library Sains, menyiasat Ketua Kajian Mass Comm. Begitulah agaknya. Tentulah profesional kan? Pak Lah mana pernah cakap bohong. (kenyit!). Islamnya hadhari…

    Nampaknya kesemua buku mengenai Perlembagaan dan asas asas kenegaraaan patut disemak dan dicetak semula sesuai dengan tuntutan hadhari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s