Kail panjang sejengkal pun nak berdebat

Satu sejarah penyiaran berlangsung malam tadi. Debat begini saya pasti dialu alukan oleh rakyat Malaysia. Apakakah akan ada siri ke dua dan seterusnya. Saya kira pakar pakar media sedang menganalisis untung rugi.  Peluang untuk menyerlahkan kehebatan dan (juga kebodohan) terbentang luas. Jika anda tidak kenal mesra dengan gergasi misteri yang diberi gelar media massa maka hancurlah kredibiliti anda, tidak kira anda bapa menteri atau pegawai besar universiti. Dari satu sudut, dan untuk suatu pihak, debat ini ibarat kisah Pak Long yang menggulung kain pelikatnya. Semakin digulung semakin menampakkan betis, kemudian peha dan akhirnya…………semua terbuka!

13 thoughts on “Kail panjang sejengkal pun nak berdebat

  1. ntahnye…asyik2 cerita buka-bukaan.ingin populis la tu…
    Apa? Ingin populis? Hehehe…ikut aliran arus perdana gitu….semua mau buka bukaan kan …

  2. dr elrastom,

    aku pelik. mengapa shabery tidak memainkan isu liwat di situ ?
    seolah2 shabery sudah pun mengetahui bahawa kes liwat itu adalah palsu semata2.

    hehe..

    Aku pula hairan kenapa Pak Lah kata Musa Hassan dan Gani Patail tak terlibat dengan siasatan kes liwat Anwar. Sudah nampak gambarannya? hehehehe

  3. 1. Minyak dan gas berkait. Mengapa pihak d. shabbery apa nama mamat tu, kata mantan TPM “rambling” isu-isu yang tak berkaitan. tak faham aku.

    2. Pasal x ada yang tanya kalau duit 10 billion bagi rebates pasal minyak naik tu, awat x mau buat infrastruktur untuk ” a comprehensive transportation system” untuk KL, JB atau Alor Setar. bagi kat orang balik 600 lebih dalam tiga empat hari, seminggu mungkin habis lah kot.

    1. Ada orang kata dia tak faham apa itu IPP.
    2. Soal pengangkutan awam ini aku rasa bukan tak boleh buat tetapi bila ia menjadi efisien, maka ramai tokey tokey permit bas dan teksi yang akan kantoi bila pelesenan di liberalkan. Jangan lupa permit pengangkutan awam pun alat politik.

  4. hmm, baru semalam saya tau mcm mana nak brcakap ‘gaya’ intelektual….ikutlah cara percakapan Nordin Kardi, hehe…

    Ikutlah, nescaya suatu hari nanti ada prospek diangkat jadi NC.

  5. Tentang Tan Sri Nordin Kardi, NC UUM itu…. dia pakar kaunseling. Buat apalah beliau masuk gelanggang politik.

    Kata orang sekarang, ‘cari naya’.

    Pembantu Indon saya yang cuma tamat SD (sekolah dasar / sekolah rendah) membuat komen. Katanya “Dia itu siapa?” sambil geleng-geleng kepala ke kiri ke kanan berkali-kali.

    Inikan perang, tentulah diangkat segala hulubalang untuk bertikam tikaman hehehe..

  6. sifu dan bumi,

    correct..correct..correct

    APA-APAPUN
    CARA PANDANGAN NORDIN KARDI TU RAMAI TAK BERAPA SUKA.

    CARA NORDIN KARDI MEMANDANG SESEORANG MEMANG agak “irritating” dan menyakitkan hati.

    tidak keterlaluan jika ramai yang menyatakan bahawa cara pandangan nordin kardi itu adalah cara pandangan yang agak Kurang-hajar dan bisa menaikkan kemarahan sesaorang.

    sebab itu di sini beberapa konsep penilaian terhadap sesoerang itu digunakan secara berleluasa iaitu

    1. macam bagoos
    2. separa macam bagoos
    3. terlebih macam bagooss
    4. bagooss
    5. memang bagoos.

    walaubagaimanapun terma-terma itu digunakan hanya dibelakang-dibelakang sahaja…

    hehe..

    Pasca debat, semua orang sudah kenal tahap ketokohannya. Noktah! hehehehe..

  7. TS Dr. Nordin Kardi adalah mantan Pengarah BTN di mana pada zamannya hingga kini diwarisi modul2 yang dari pagi sampai ke petang, membawa ke esok dan hari2 seterusnya untuk membelasah DS Anwar. Jika ada yg melawan atau sinikal bertanya, mereka ini akan dicam sebelum ada usaha2 lain kemudiannya untuk memastikan mereka ini sempit pergerakan mereka.

    TS Dr. Nordin Kardi khabarnya ada personal vendetta dengan DS Anwar, khabarnya isunya bermula sejak ABIM-GPMS berseteru..

    Pada satu sisi, ada bagusnya TS Dr. Nordin Kardi ini. Tapi pada sisi politik..jika kita mengerti konsep begin with the end in mind..maka dia pilih untuk melondehkan dirinya sambil menyalahkan rakyat yg melihat dirinya terlondeh.

    Maafkanlah dia kerana dia hanya cuba memuaskan juak2 politik..bukan memuaskan fikrah inteleknya, apatah lagi memahami jerit perit rakyat.

    Hadirnya di dalam debat itu tidak mencerahkan sesuatu apa pun malah menyuramkan lagi imej yang cuba dipertahankannya. Satu pembaziran tahap nasional!

  8. saudara Amin!!

    saya baru sahaja pulang dari kursus BTN semalam, bukan sahaja modul yang membosankan, yang penuh dengan fitnah terhadap saudara Anwar ,dengan kecaman agen yahudi dan kaki liwat..sepanjang panjang btn itu yang ada hanyalah kejian semata mata, saya selaku manusia di atas pagar kini yakin betapa BTN itu adalah KANSER OTAK yang menghabiskan duit pembayar cukai seperti saya..lebih baik dibicarakan bagaimana untuk memajukan Malaysia daripada mengeluarkan kata kata keji..

    andai kata pihak saudara satu masa nanti insya alllah mengambil alih negara ini, hapuskan BTN serta merta, tukarkan BTN itu kepada kewujudan Malaysia Baru!!

  9. Debat, aku tengok secara langsung di BERNAMA TV. Siapa menang debat ini pun, rakyat Malaysia kalah.

    Himpitan hidup semakin terasa kini Rastom. Sejak 5 Jun 2008, aku terkejut sahaja bila pekedai sebut jumlah harga.

    Sekarang sudah jangka, tiada lagi yang lazim RM 5 ke bawah.

    Pun begitu RM 50 juta akan dibelanjakan untuk selesai PATI di Sabah.

    Malaysia?

    Bukan isu kalah-menang. Yang pentingnya agenda itu bisa diperdebatkan di media massa – sesuatu yang belum pernah berani dilakukan. Limpahan daripada debat itu pula sesuatu yang menyedarkan, bahawa ada suara alternatif yang telah dipinggirkan. Memang rakyat Malaysia sudah lama dikalahkan dengan aliran maklumat yang tidak adil. Sabah itu satu komponen di dalam Malaysia, dan masalah PATI itu juga masalah Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s