Saya hanya dapat bersama pengundi di kawasan tersebut selama 12 hari

Saya hanya dapat bersama pengundi di kawasan tersebut selama 12 hari“. Pengakuan jujur mantan ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu (2004-2008), Datuk Aziz Sheik Fadzir. Selama  lebih kurang 4 tahun selaku ahli Parlimen beliau cuma peruntukkan 12 hari sahaja untuk kawasannya. Saya ragu juga kemungkinan wartawan Malaysiakini tersilap petik. Jika itulah ayatnya yang sebenar maka kesimpulannya kerja seorang ahli Parlimen itu sangatlah tidak membebankan malah amat menguntungkan, RM10K dan pelbagai elaun!

Membaca alasan kenapa beliau tewas kepada muka baru peguam Zulkifli Nordin pada 2008, nasib baik saya tidak memakai gigi palsu, masih yang ori. Jika tidak terpelantinglah gigi palsu kerana alasan kalahnya itu amat lucu dan dunguz.

1.Umno agak lemah pada pilihanraya umum lalu berikutan suasana politik negara dan kemelesetan ekonomi ketika itu

2. Umno bahagian lebih kuat berbanding semasa pilihanraya umum 8 Mac lalu.

3. Krisis kepimpinan Umno telah selesai apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan beliau akan menyerahkan kepemimpinan parti dan negara kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak

4. Tiada sebarang perselisihan dalam kepimpinan Umno bahagian Kulim-Bandar Baharu yang diketuai abangnya Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Hanya yang dibacanya ialah faktor UMNO kuat. Faktor penentunya yakni kekuatan dan kebarangkalian perubahan persepsi pengundi langsung tidak dibaca. Cuba lihat statistik.
statistik pilihanraya Kulim Bandar Baru 2008

Punca sebenar kekalahan beliau sudah diketahui umum terutama sekali para pengundi Cina. Kisah gambarnya itu mungkin berulang lagi jika beliau bertanding semula andainya Mahkamah Tinggi Alor Setar membatalkan keputusan 2008.

11 thoughts on “Saya hanya dapat bersama pengundi di kawasan tersebut selama 12 hari

  1. Harapnya kekalahan BN bukan kerana sesuatu yang terserlah peribadinya di Kulim Bandar Baru ini.
    Zub, gambar beraksi memberi amaran kepada wakil Selangor Chinese Assembly Hall itulah kalau hang masih ingat.

  2. 12 hari berkempen daa, bukan 12 hari dalam tempoh 4 tahun. Hehehehehe…
    Zub, perlu apa disebutkan “hanya 12 hari” kalau kehadirannya di kawasannya itu dirasai oleh para pengundi. Barangkali tidak perlu dia berkempen pun kalau selalu ada di situ.

  3. Kasihanlah kepada wakil rakyat BN, tuanku el-Rastomi. Mereka itu banyak urusan di KL, bukan hanya kena jaga rakyat di Kedah nun!

    Puan, saya kenal sangat dengan wakil rakyat yang begini.

  4. DR.

    YB ZUL itu lebih berjiwa rakyat lagi.
    nasib baik dia tak bawak KAPCAI C70 ker Parlimen
    Rasanya kapcai c70 dia dulu sudah jual. Lagi satu kelebihan dia jika dibandingkan dengan Aziz, dia ada juga tulis blog.

  5. el-SHAH,

    Datuk Aziz Sheik Fadzir tu memang berjiwa rakyat
    AKAN TETAPI…
    YB zUL tu, THE DEGREE PENJIWAAN-RAKYATnya agak lebih lagi.

    secara teori kita boleh katakan bahawa,

    TERDAPAT YB yang berjiwa rakyat BERTERASKAN ellitist atau feudal.

    dan

    ada juga YB yang berjiwa rakyat dgn berkonsepkan FULLY -populism.

    secara ilmiah, ada perbezaan tu..

    HEHE

    REGARDS

  6. dlm konteks ini mungkn dpt dirujuk sbb YB Zul menang dlm PRU. Rakyat di situ telah menghakimi mereka.

    Gimanapun, Sejauh mana keadilan dalam penghakiman itu, tiadalah aku tahu.

    akan tetapi,

    Jika kedua2 itu mesra rakyat dan pertandingan dijalankan secara saksama, kebarangkalian yang menang itulah dikatakan sbg yang paling mesra sekali dgn rakyat.

    Sebab-musabab jika beliau (Aziz) tidak dapat meluangkan masa dgn rakyat yg megakibatkan beliau (Aziz) kalah, Itu tak tahulah. Kemungkinan orang-atasan bagi Aziz Fadzir yang tidak mesra rakyat yg menyebabkan reputasi Aziz menurun.

    hehe..

    (Aku rasa masing-masing lebih tahu akan performance masing2. Hati sendiri tarak boleh tipu wooo. Aiyak!!!! )

  7. hehe..

    nak buat macam-mana. Pakatan rakyat TIDAK menang keseluruhannya.

    Setakat kemesraan sajalah yg dapat.

    at least much better than

    “sudahlah Pakatan TAK MENANG, menyombong pula.”

    hehe..

  8. Salam hormat wahai Tuan Rastom.

    “Lari tajuk…”

    Mohon dapatkan bantuan teknikal, untuk muat turun dalam wordpress. Saya kurang arif. Mohon dapatkan alamat emel Tuan. Ataupun harap Tuan dapat kirimkan emel ke – dr.kerusi@gmail.com dalam kadar segera. TERIMA KASIH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s