Bahasa ganas dan brutal ditolak dalam demokrasi

Setelah merdeka sekian lama dan beramal dengan sistem demokrasi, bahasa gasar masih membudaya. Masih ada banyak alternatif yang mesra demokrasi selain daripada ayat ayat brutal yang saya gariskan. Cuba lihat contoh contoh seperti berikut:

1. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Barisan Nasional akan berusaha merampas kembali kerusi Parlimen Permatang Pauh……Utusan.
2. Mohamad Ezam Mohd. Nor berjanji untuk bertempur dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim habis-habisan……Utusan.

Kenapa perlu rampas merampas sedangkan rakyat yang menentukan di peti undi.
Budaya samseng berprofil tinggi? Kaedah demokrasi dalam memilih pimpinan adalah hasil cerakinan budaya yang inginkan keamanan, kenapa mesti gambarkan ia laksana suatu pertempuran? Persepsi rakyat terhadap seseorang calon itu yang menentukan kemenangan, calon yang bakal bertanding tidak perlulah susah payah menggempur dan bertempur. Lemah sungguh kosa kata mereka yang mau jadi pemimpin.

8 thoughts on “Bahasa ganas dan brutal ditolak dalam demokrasi

  1. pak rastom,
    mazhab demokrasi selektif bisa saja membenarkan semua itu.
    Bung karno kata demokrasi terpimpin, para pemimpin kata kita amalkan dmokrasi cara kita sendiri, tidak terikut ikut dengan demokrasi liberal Barat. Satu buku panduan komprehensif mengenai Demokrasi Cara Kita mesti diusahakan sebagai rujukan di IPT, saya harap Dr Nordin Kardi boleh mengepalai misi ini.

  2. satu lagi contoh tak baik penggunaan kosa kata oleh adihamka. kenapa nak bisa? siapa sengat siapa..

    hekhok…

    Yang ini adihamka kena jawab hehe silakan…saya nga bisa

  3. Hairan kan? Itulah tutur syok pemimpin politik masa kini.
    Hairan juga, Zub, bila bila masa saja menjelang pilihanraya, bahasa orang kuat dan gagah inilah yang diaplikasikan. Adakah ini pengaruh para ahli gusti sebelum sesuatu perlawanan?

  4. hehe..

    dr tun elrastom,

    biasala… hanya yang lemah shj menggunakan perkataan2 macam kuat itu.

    bertempur,
    merampas,
    dll.

    Tuan doktor elhakim el pushravinathan,
    Bahasa bahasa kuat itulah agaknya yang membuatkan polis selalu terlebih bersiap sedia menjelang showdown pilihanraya. Satu battalion beb!

  5. haha..tapi dari sudut komunikasi awam itu dikira bentuk pengukuhan kepada mesej..

    biasalah..Malaysia ni suka mencipta musuh. kalau tak ada Amerika, susah diktator2 di dunia ni nak kekal..tak ada modal nak berceramah..

    dalam konteks Malaysia, kalau tak ada Anwar, susah politikus hinguih (bak kata Tun) nak naik!

    Amin, dalam komunikasi juga ada istilah bravura, Melayu kaya kokok berderai derai dan ada pula dikaitkan dengan tahi di sebelah belakang tu hehehe

  6. Bahasa yang ganas dan brutal tidak memberi apa-apa luka. Asal saja tindakan yang sebenar tidak seganas kata-kata itu sendiri. 🙂

    Begitu pula. Tiada guna bahasa yang lembut mendayu-dayu.. penuh halwa romantik.. jika implikasi praktikalnya sangat melukakan. Contohnya?

    Begini. Ada seorang pemimpin itu beriya-iya menguarkan cita-cita: dari Permatang Pauh ke Putrajaya menjelang 16 September. Ohh, sungguh romantis kata-kata ini pada halwa telinga. Tak brutal dan tak ganas langsung.

    Tapi implikasinya? Tindakan itu merobek demokrasi yang dinobatkan oleh puluhan ribu pengundi Malaysia. Hanya kerana 30 orang berjaya dipalingkan hatinya (dengan umpan apa-apa sajalah…) — maka, puluhan ribu undi rakyat jelata (pemegang makkal shakti) pada Mac 2008, tiba-tiba terbatal dan menjadi tidak relevan lagi. Huh, maha brutal sungguh!

    Maka saya setujulah dengan komen ‘Adihamka’: “mazhab demokrasi selektif bisa saja membenarkan semua itu.” Cuma barangkali Adihamka terlupa.. siapa sebenarnya yang jadi penganut taat mazhab demokraksi selektif. Sesetengah manusia lahir dengan sikap tak pandai bercermin diri. Kasihan, kan? 🙂

    tuan Rem yang bijaksana,

    Demokrasi yang tuan pertahankan itu demokrasi apa? Setakat pilihanraya sajakah? Saya percaya tuan sendiri maklum bahawa sebuah demokrasi itu bukan sahaja terletak kepada pilihanraya.

  7. “Demokrasi yang tuan pertahankan itu demokrasi apa? Setakat pilihanraya sajakah? Saya percaya tuan sendiri maklum bahawa sebuah demokrasi itu bukan sahaja terletak kepada pilihanraya.”

    Ya, memang benar. Demokrasi bukan setakat pilihanraya. Tapi pilihanraya adalah salah satu indikator yang sangat signifikan. Kerana ia bersifat ‘nampak’, ‘nyata’ dan ‘mutlak’. Jika elemen demokrasi yang begini dicabuli, apa ertinya mahu membahaskan perkara-perkara lain dalam demokrasi yang sifatnya spekulatif?
    “Setuju. Tuan masih hidup di alam Utopia kerana tidak sedar siapa yang mencabuli demokrasi selama ini, jentera kerajaan di gunakan untuk berkempen itu bukan mencabul?”
    Anwar kata Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ini korup dan penipu. Mereka cabuli demokrasi.

    –> Ini bukan fakta. Ini adalah persepsi. Mungkin benar, mungkin tidak.

    “Utopia lagi. Fakta yang ada sengaja tak tengok. Banyak kes daftar pengundi yang disemak sewaktu menjelang pilihanraya daripada semakan online – ada senarai pengundi umur 100+ tu apa?”
    Anwar kata BN mencuri undi rakyat dengan cara politik wang dan pengundi hantu.

    –> Ini bukan fakta. Ini satu spekulasi. Mungkin benar, mungkin tidak.

    Hahaha…Sila Google di sini–> Politik Wang.

    Saya kata Anwar BERNIAT dan MERANCANG mahu meliwat demokrasi dengan cara membentuk kerajaan federal bukan menerusi pilihanraya yang sah.

    –> Ini adalah fakta. Bukan spekulasi. Bukan sekadar persepsi. Sebab Anwar sendiri sudah mengisytiharkannya secara terbuka. Berkali-kali. Dengan penuh bangga.
    Apa bukti bukan melalui pilihanraya? Rampasan kuasakah? Kalau para MP melompat itu hak mereka yang dibenarkan di dalam perlembagaan. Kapal buruk mau karam, bodohlah kalau tak lari selamatkan diri.
    Siapa memerintah negara, itu tak penting. Semuanya sama saja. Ada lebih, ada kurang. Sama ada PAS, UMNO, PKR, DAP atau mana-mana parti. Tapi yang penting — kerajaan harus dibangunkan dengan proses yang betul. Melalui satu sistem demokratik yang sah.
    Tuan yakin sangat dengan sistem sekarang? Cubalah analisis pautan google saya tadi.
    Kalau tak percaya pada SPU, tak payahlah bertanding dalam pilihanraya. Jangan separuh-separuh, macam haiwan dua alam. Kalau menang pilihanraya, bersorak girang. Tak dengar apa-apa komplen. Kalau kalah pula, semuanya kerana konspirasi.
    Kalau tak bertanding apa cara lagi yang ada mau partisipasi, takkan mau angkat senjata, itu sudah tidak demokratik. Selagi ada laluan, cuba lah. Itu baru demokratik. Kalau SPR (bukan SPU) tidak betul kita tegurlah.

    Dunia utopia yang begini memang sangat indah. Kerana kita tak perlu proses muhasabah. Kalau berjaya — itu kekuatan perjuangan kita. Kalau gagal — itu semua adalah salah sistem/orang lain. Kita ini maha syumul. Maha sempurna. Oh, alangkah manisnya sebuah kehidupan yang begini… 🙂

    Sinis tetapi tidak berkesan efek bahasa tuan. Dunia utopia tak perlu pilihanraya, tidak perlu check and balance, tidak perlu akhbar dan media yang menjadi pecacai. Yang merasakan mereka itu syumul ialah golongan yang kebal daripada sebarang tindakan undang undang – sila rujuk Politik Wang.

    Walaupun tuan seorang yang terpelajar tetapi persepsi tuan untuk menilai fakta jadi kabur kerana dibutakan kebencian tuan terhadap seseorang. Saya tidak perlu mengutuk atau membela Anwar kerana bukan diri-tubuh Anwar yang menjadi taruhan tetapi mesejnya. Jika rakyat menerima mesejnya dengan baik segala fakta dan persepsi tuanlah yang tidak betul.

  8. “Setuju. Tuan masih hidup di alam Utopia kerana tidak sedar siapa yang mencabuli demokrasi selama ini, jentera kerajaan di gunakan untuk berkempen itu bukan mencabul?”

    Mengata dulang paku serpih. Yang kerajaan negeri PP memberi anugerah kepada atlit olimpik itu — bukan satu kempenkah? Yang ahli-ahli DAP dan exco-exco PP datang berkempen untuk Anwar — yang itu dipanggil apa? Atas kapasiti apa, dan peruntukan mana mereka terhegeh-hegeh jalan merata? Itu belum PR ambilalih kuasa federal. Kalau tak, penggunaan jentera kerajaan tambah nampak.

    “Utopia lagi. Fakta yang ada sengaja tak tengok. Banyak kes daftar pengundi yang disemak sewaktu menjelang pilihanraya daripada semakan online – ada senarai pengundi umur 100+ tu apa?”

    Pembuktian cetek. Pertama, umur 100+ tak layak hidupkah? Kedua, kena siasat — silap siapa. Sengaja atau masalah pendaftaran. Saya ada seorang kawan perempuan yang diberi IC lelaki (angka ganjil). Itu adalah technical error bahagian pendaftaran — bukan semestinya bermotif politik. Ketiga, kena siasat lagi. Itu kerja siapa? Kerja parti tertentu atau kerja individu. Organisasi tidak boleh dipertangungjawabkan pada tindakan yang dibuat atas kapasiti individu.

    “Apa bukti bukan melalui pilihanraya? Rampasan kuasakah? Kalau para MP melompat itu hak mereka yang dibenarkan di dalam perlembagaan. Kapal buruk mau karam, bodohlah kalau tak lari selamatkan diri.”

    Ya, rampasan kuasa — sebab memancing undi. Siapa kata MP ada hak melompat parti? Hak dalam perlembagaan itu satu hal. Hak semangat demokrasi dan etika politik — itu satu hal lain. Analogi tu sangat simplistik. Orang tu naik kapal sebab dia sudah berjanji pada ribuan orang bahawa dia akan jaga kapal itu. Kalau kapal tu mau karam, tolonglah selamatkan. Jangan lari. Kalau dia rasa dia tak boleh kasi selamat, berilah peluang pada orang lain untuk selamatkannya. Jangan dia lari pi kapal lain — kemudian tak bagi peluang orang lain untuk selamatkan kapal tersebut. Itu namanya mungkir janji. Dan dia menganiaya ribuan orang yang telah memilihnya untuk menyelamatkan kapal tersebut. Ingat — untuk dia dapat naik kapal tersebut — itu bukan pilihan peribadi. Itu adalah amanat dan janji ribuan orang. So, walau apa muisbah yang menimpa kapal itu — dia tak boleh main lari-lari. Gitu saja. Melainkan kalau dia itu seorang yang bacul tak bermaruah.

    “Kalau tak bertanding apa cara lagi yang ada mau partisipasi, takkan mau angkat senjata, itu sudah tidak demokratik. Selagi ada laluan, cuba lah. Itu baru demokratik. Kalau SPR (bukan SPU) tidak betul kita tegurlah.”

    Hah, kalau itu dikata demokratik baguslah. Jangan sekejap demokratik, sekejap tidak. Kalau nak tegur SPR, tegurlah. Jangan sampai mengkhianati kerja-kerja SPR sampai mahu menubuhkan kerajaan ‘bukan dengan cara memenangi pilihanraya’ — tapi mencuri MP yang telah dipilih oleh rakyat atas mandat lain. 🙂

    “Yang merasakan mereka itu syumul ialah golongan yang kebal daripada sebarang tindakan undang undang – sila rujuk Politik Wang.”

    Ini hanya persepsi. Dan tak perlu ulang-ulang tentang ini. Kalau mahu pembuktian secara spekulatif begitu — ada banyak bukti lain yang menunjukkan bahawa semua ahli politik Malaysia (termasuk ahli PR) — memang main politik wang. Setengah tu.. sampai ke peringkat antarabangsa.

    “Walaupun tuan seorang yang terpelajar tetapi persepsi tuan untuk menilai fakta jadi kabur kerana dibutakan kebencian tuan terhadap seseorang.”

    Apa kena mengena tahap pelajaran saya dengan debat kita di sini? Saya mengeluarkan pendapat atas kapasiti seorang rakyat Malaysia. Bukan atas kapasiti pendidikan saya. Itu tak relevan untuk disentuh. Boleh saya kata begini: walaupun janggut tuan lebih lebat dan panjang, bukan bermakna pandangan tuan lebih suci dan kudus? Apa perasaan saudara?

    “Saya tidak perlu mengutuk atau membela Anwar kerana bukan diri-tubuh Anwar yang menjadi taruhan tetapi mesejnya. Jika rakyat menerima mesejnya dengan baik segala fakta dan persepsi tuanlah yang tidak betul.”

    Saya percaya bahawa pemilih diri-tubuh dan mesej yang dibawa adalah sama-sama penting dan saling berkaitan. Saya sekali-kali tidak akan sudi mendengar nasihat dan mesej-mesej positif daripada seorang lelaki tentang aspek-aspek kebersihan kalau tubuh badannya sendiri berlumur najis yang hanyir.

    Siapa kata rakyat menerima mesej Anwar dengan baik? Dunia Malaysia ini bukan hanya untuk reformis. Ada manusia lain yang turut berkongsi negara ini. Dan suara mereka juga sama penting dan relevan. Keputusan PRU 2008 = 140-80. Bukankah ini menggambarkan jurang perbezaan yang sangat besar?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s