UITM bukan mendidik untuk berfikir

Apa saja isu mengenai UITM dianggap sensitif kerana kaitannya dengan bangsa Melayu. Isu bangsa dan kebangsaan Melayu adalah tagline yang selama ini menjadi modal politik bagi sesetengah parti yang ruh wujudnya ditiupkan semangat kebangsaan. Istilah semangat kebangsaan bukanlah pula suatu formula atau kalimat yang sama mafhumnya untuk setiap orang.

Generasi Tun Razak dan Ghaffar Baba yang mengusulkan penubuhan RIDA dan kemudian menjadi MARA walaupun tergolong sebagai generasi old school namun mereka faham dan bertindak menurut semangat zaman yakni apa yang diungkapkan sebagai Zeitgeist (pinjaman istilah falsafah Jerman). Kekuatan mereka pula disokong oleh British yang memberi laluan mudah kepada Perikatan untuk membentuk kerajaan. Apakah pada zaman mereka tidak ada konflik seperti yang dilaporkan sekitar cadangan MB Selangor itu? Sila rujuk Perlembagaan Rakyat yang pernah digubal oleh Gabungan Putera-AMCJA, untuk lebih jelas.

Saya amat yakin bahawa demonstrasi pelajar UITM baru baru ini bukanlah sesuatu yang timbul daripada conscience gerakan pelajar sendiri melainkan ditaja untuk kepentingan politik. Institusi yang ditubuhkan untuk melatih teknokrat-birokrat tidak mungkin melahirkan pemikir yang mampu menerobos keluar daripada kepompong. Demonstrasi itu juga memperlihatkan penguatkuasaan sejauhmana double-standardnya AUKU yang kononnya maukan para pelajar menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak terlibat dengan politik.

Apa yang isinya Melayu yang masih ada di UITM selain daripada identiti pengenalan yang tertera di atas MYKAD itu? Sisi atau komponen Melayu yang mana satukah yang diperjuangkan? Jika unsur Islam yang ada pada Melayu itu yang diperjuangkan, kenapa peraturan memakai tudung sudah tidak dikuatkuasakan? Paling tidak, Islam mewajibkan penurunan Ilmu tanpa mengira kaum. Islam mengajak umat dunia bersama mentauhidkan Allah menerusi ilmu. Ramai yang sudah lupa bahawa kemuliaan seseorang itu bukan pada bangsa atau apa identiti kaumnya. Ramai pula para bloggers yang rajin menulis bab bab keugamaan tetapi bila berhadapan dengan isu ini memilih untuk lupa intisari ajaran Islam. Dengan sikap jumud begini, walaupun 50 tahun mendatang, tiadalah mungkin akan bersinar dan menjadi realiti slogan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Perjuangan Rakyat berteraskan Perlembagaan Rakyat yang melihat asas pembentukan negara bangsa yang sebenarnya tertunda sekian lama. Siapa sebenarnya yang mengkhianati bangsa?
——————————————————————-
Rentetan:
Akhbar Melayu melaporkan ada lagi demo sambil nyannyikan lagu ’Anak Kecil Bermain Api’. Rasa macam biasa dengar lagu. Dimana ya? Jentera BTN/BN sudah digerakkan?

Notakaki:

El-Hakim juga memblog mengenai hal ini, siap dengan gambar killer pose seorang intelektual.

YB Amir Amirudin Shari melihat dari perspektif double standardnya sikap terhadap demo dulu dan sekarang.

Bumilangit melakarkan grafik yang berkaitan.

Monolog:

+Prof. Ibrahim Abu Shah itu siapa?

-Oh, dia hanya satu rekaan dalam satu karya fiksyen. Itu watak sampingan.

+Siapa watak utama? Cerita tentang apa karya ini?

– Watak utama ialah saya sendiri. Saya yang wujudkan watak watak yang sebenarnya tidak ada di dalam dunia ini. Mereka ini semua hanyalah makhluk yang hidup sementara di bumi ini. Tuan tuan jangan tertipu, ini dunia maya. Bukan setakat cyberworld sahaja yang maya. Dunia WYSIWYG yang Tuan/Puan lalui itupun maya. Sekejap saja mengikut piawaian alam baqa.

+ Pandai sungguh Tuan berkata-kata….boleh ramal siapa akan menang di Permatang Pauh?

– Ah, saya sudah lama tahu, sebelum wujud Permatang Pauh. Lagipun Permatang Pauh itupun hasil rekaan saya.

+ Tolonglah saya nak buat scoop untuk suratkhabar.

– Awak dari suratkhabar mana? Saja tanya….saya sudah tahu, tetapi nak tau samada awak berbohong atau tidak……sebab suratkhabar kamu itu suka bohong.

10 thoughts on “UITM bukan mendidik untuk berfikir

  1. Orang Melayu ni sensitif Sheikh. Nak buat cam ner…

    Susah nak bincang kalau sensitif nih. Sikit sikit ngamok, sikit sikit ngamok.

    Cam ner nak Cemerlang, Gemilang, Terbilang?

    Kalaulah Nabi s.a.w. kita dulu tu sensitif, dah lama berkubur Islam nih…

  2. tuan dr. elrastumi,

    dari segi teknikalnya, aku tak nampak apa2 advantage pada VC Uitm pada kali ini. Bagaimana beliau terlantik, aku pun tidak tahu.

    Pada firasat ku,

    Tempat selayaknya bagi beliau hanyalah kerusi Timbalan-DEKAN.

    Itupun setelah sehabis-habis 20 kali dipertimbangkan oleh lembaga mesy. universiti setelah 50 kali rayuan berserta 3-kali majlis tahlil dan do’a selamat juga bersembahyang hajat rakan sekampung.

    Kalau setakat hendak mengampu kerajaan, cikgu sekolah menengah pun boleh!

    Aku bukan memperkecil-kecilkan ilmu beliau serta professorship yang ada padanya tetapi ‘gaya’ beliau di TV pada hari itu berserta sifat-cakap-tak-serupa-bikinnya telah melenyapkan kredibiliti beliau selama-lamanya.

    Ketara sangat ! siapa tak naik meluat.
    Dato Seri el Hakim, aku sebagai alumni ITM (belum U lagi) cukuppp kenal dengan sepak terajang staf akademik mereka. Ada pengalaman pahit dengan seorang yang bergelar Dr. yang padaku amat tidak layak dan menghairankan bagaimana dia mendapat PhDnya itu hehehe..cerita lama ungkit pun tak guna…..markah aku dikantoikan kerana aku cakap dan tulis apa ilmu yang aku ada. Dia rasa terhina seperti mana pro canselor misai tebal sekarang terhina dengan proposal MB Selangor..hehehe

  3. aku tak tau apa lagi yang dia mahu kejar setelah memperoleh jawatan vice chancellor skg ini.

    jawatan pro chancellor bangkali setelah pencen.

    hehe…

    Tuan Jagdish Rajneesh Sivaguru el Hakeem….,
    You don’t dunno la… (Tuan jangan buat tak tahu lah) Gold bananas taken on a sailboat, ripen sebiji on the peti top, borrow gold can pay one , borrow budi must carry to the grave la ..hehehe

  4. tun elrastumi,

    Ramai yang tidak perasan bahawa Pada Gambar itu ada tertera sesuatu kelainan yang tidak dipunyai oleh mana-mana ahli akademik yg sekaligus berpangkaat Dato’ prof-Dr. dsbnya.

    selalunya kombinasi seseorang yang berpangkat sebegitu tidak sesekali menonjolkan dirinya se-begitu rupa secara terang-terangan.

    Sila klik gambar itu dalam blog aku dan fokus pada lengannya.

    Amat aneh sekali seseorang yang berada pada kedudukan tertinggi akademik memperlihatkan bahawa kecenderungan mereka ke arah itu kecuali mereka terdiri drpd ‘kaum sikh dan bai’.

    Yang aku tahu bentuk gelang tersebut kepunyaan teruna-casanova sahaja.(men’s bracelet) sebagai isyarat sexy dan ‘inviting’

    haha..

    google image keyword: man bracelet

    Presiden Penjaga Gurdwara Se Malaya Elhakim Ajaib Singh Siddhu, mein shair to nahi, gelang sebegitu pernah juga kupakai zaman remaja, hasil pemberian dari seorang ehm ehm yang berketurunan Punjabi. Tetapi yang Tuan VC Singh peragakan itu agak fancy dan melampaui ISO Kepunjabian Internasional. Mungkin itu yang di panggil ultra atau supremo Singh?

  5. Dia baru achah jer, bebudak sudah letupkan meriam buluh. Pun begitu, tabik kerana pos ini dapatlah aku membaca satu posting yang bertaraf melebihi Prof Universiti yang ku kenali. Tahniah Rastom!

    tuan Sheikhul Al-Arqam (Lama) Dr. Zubli, rasa aku dalam banyak para lulusan ITM (bukan UiTM), yang cerdik hanya 3 orang saja….hang, aku dan seorang lagi Khalid Jaafar. Hanya kita bertiga saja ada blog hehehe….

  6. Woit, aku pun ada, sebelum UITM jugak..
    tapi tak update, update
    satelait,satelait, satelait

    Tuan Dr Saidi, enta masuk kategori BBA (Ohio) tak sama dengan yang dapat kerahan berdemo tu. Ya, memang tepat sekali, Dr. Satelait lah biang keladi yang rosakkan ana punya CGPA, tunggu dia mai Alor Staq, ana mau futarq dia punya kepala…

  7. bukan kau aja yg exITM yg ada blog… abih aku ni apa?

    -Ex Sarjan Kesatria Baja Hijau –

    Ya maulana X Sarjan, enta sudah layak dinaikkan pangkat kerana sudah lama jadi sarjan. Sarjan Mejar boleh? Mengenai x-itm bijak yang ada blog tu, cuma provokasi saja. Berkesan juga, untuk menarik para x’ers (yang bukan Uitm). Memang ramai rakan kita di alam blog ni, cuma tak ketahuan siapa siapa….salam perkenalan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s