Sumpah Orang Minyak

Seniman P. Ramlee sungguh bijak melariskan produk yakni filemnya. Setiap judul dan jalan cerita punyai daya tarikan terhadap psyche atau sanubari Melayu. Hatta, cerita Sumpah Orang Minyak laku keras!….kata Sifu Ainon. Kreativiti orang tidak boleh ditiru tiru, kena asah bakat sendiri. Maka usaha bakat baru muncul saudara S.A. Saifullingam dengan filem barunya berjudul “Sumpah, Korek, Korek” ternyata amat mengecewakan. Sorotan atau pratonton yang disiarkan di TV3 baru baru ini menampilkan babak babak sumpah menyumpah di dalam mesjid bukan sahaja tidak meyakinkan malah menimbulkan kemarahan ramai pihak yakni pihak orang mesjid dan diluar mesjid.

Mak Cik Kiah yang pernah terkenal dengan episod selak kain dulu pun tidak teruja dengan bikinan filem tersebut. Katanya, “ Jangan main-main dengan sumpah. Aku bila marah hanya selak kain saja, tak main sumpah sumpah. Nanti termakan sumpah. Bukan setakat orang yang bersumpah saja yang kena. Kesemua yang berlakun, termasuk penulis skrip kena makan sumpah .”

Mungkin barangkali benar juga. Andaian saya jika penaung, termasuk promoter filem Sumpah, Korek, Korek itu sebuah parti politik apalah nasibnya jika, jikalau sumpah itu sumpah palsu? Wallahua’lam!
————————————————
Pautan yang relevan: riwayat hayat

5 thoughts on “Sumpah Orang Minyak

  1. tun elrastom,

    aku cuma takut sumpah ini menjadi satu trend pula pada pelaku-pelaku kesalahan.

    Nanti ada manusia yang ketara sudah merogol sana-sini tetapi akan jatuh pendakwaannya dengan hanya bersumpah di dalam mesjid.

    Begitu juga dengan si-pemakan rasuah dan pemberi rasuah yang bakal terlepas dari pendakwaan apabila cuma bersumpah di hadapan TV sahaja.

    ALMARHUM ! Malaysia kita..

    haha..!

    Tuan el hakim el tambi kici,

    Nampak suramlah kerjaya para peguam sivil dan syarie nanti. Habis mahkamah kena tutup, bikin panggung wayang atau kedai KFC & McD.

  2. Pagi ini dalam mesyuarat projek di pejabat di sini (Dubai), seorang mamat dari India teriak kuat-kuat, “What’s happening to your country? Disgusting and shameful. Low class man….no other thing except sodomy to kill of a political enemy?”
    Merah sekejap muka…demokrasi India adalah terbesar di dunia, seperti kata kawan itu, lebih baik tembak saja..he he he, kita belum sampat peringkat itu….tetapi kalau biarkan kezaliman melampau, ada yang akan bertindak terlampau.
    Seorang kawan Mat Saleh lagi lucu, buat jenaka tidak kelakar, “Be careful to this our Msian friend, he may be a sodomite!”
    Terimakasih Islam Hadhari!

    Hai seronoknya di Dubai…nanti insyaallah kita kesana ….mungkin selepas umrah. Kisah pendek, tetapi jelas sudah bahawa DUNIA sedang memantau kemajuan Hadhari kita hehehe

  3. orang minyak itu menakutkan. saiful pulak menggelikan. auw~

    Bahkan, atau kalau nak berlagak keInggerisan katalah Indeed! auw~ tetapi pada firasat ana – dia tak pun kelihatan seperti yang jenis auw~ auw~ , nampak jantan, tetapi entahlah, hanya yang pernah berdepan dengan dia mungkin boleh confirm. Eeuw~ eeuw~ geli gelemannnn….

  4. Masih meremang roma tengok menyaksikannya…
    Zub, zaman P Ramlee, mana ada digital effects tapi masih power puaka.

  5. ai bosan pagi ni.

    MAMAK!!! TEH TARIK WONNNNEEEKKKK !!!!

    =========

    tun restom,

    kadang2 aku nampak sumpah si epol ni macam sampah…
    haha…

    Bashirah tak dak komen pasal epol dicucuk bontot kah ???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s