Permatang Pauh: Batu nisah sudah terpahat

Hari ini hampir kesemua media yang berfungsi sebagai jentera kempen untuk BN terkantoi sejenak, dengan paparan kepala berita yang menggambarkan hiba, sayu dan murung (dibaca: laporan tidak ikhlas). Di dalam sebarang pengundian, kelebihan walaupun SATU undi sudah dikira menang. Kelebihan 15,579 undi dikira sebagai menang besar. Cina kata ciak bey liao – makan tak habis. Jika Arif Shah melebihi Anwar Ibrahim hanya satu undipun maka Arif Shah pasti ditabal pemenang. Bukan setakat itu malah akan riuh bergegar kemenangan itu didendangkan di dalam media dan segenap pelusuk dan cerok rantau termasuklah Cerok Tok Kun. Tagline yang mudah anda ramalkan akan dicetak besar besaran seperti bunyi, BUKTI Rakyat Menolak Politik Ganas, Mencarut, Maki Hamun, Perkauman dan apa apa yang negatif kaitannya.

Reaksi spontan Tengku Razaleigh Hamzah yang di laporkan Malaysiakini membayang sesuatu yang bakal memberi impak besar terhadap Perdana Menteri. Katanya beliau tidak memiliki lagi sekelumit kewibawaan yang perlu untuk mentadbir negara dari hari ke hari, apatah lagi mengatur arah baru yang kita semua perlukan untuk maju dalam dunia yang kompleks. Berita lengkap. Saya kira jika Ku Li berada di tempat Pak Lah sebagai PM pun beliau pasti tidak mampu menyekat momentum Makkal Sakti ini. Beliau sendiri turun padang berkempen dan hampir kesemua para panglima dan hulubalang UMNO, MIC, MCA turut hadir untuk membantu.

Jika Anwar menang dengan hanya satu undi majoriti, walaupun dikira menang, namun ia tidak bermakna apa apa kerana Permatang Pauh dilihat bukan hanya suatu pilihanraya kecil yang biasa. Ini medan pertarungan kredibiliti. Yang dipertaruhkan ialah kredibiliti Anwar dan mesej serta agenda Malaysia Barunya. Kredibiliti media massa yang sekian lama berfungsi sebagai alat mendokong status quo jelas sekali tidak berkemampuan – kerana di dokong dasar dasar editorial yang tiada langsung sekelumit etika dan sikap yang profesional. Hakikatnya, jika mereka benar benar melapor dan mengulas sesuatu isu dengan lebih kreatif contohnya berusaha menerangkan sumbangan BN selama 50 tahun untuk membangunkan negara dalam pelbagai aspek atau sudut yang tak mampu dilakukan oleh pembangkang yang tidak pernah memerintah – itu sudah dikira suatu bonus point untuk menafikan retorik atau gagasan pembangkang. Malang, terlajak perahu boleh kita undur. Agaknya media juga sudah termakan sumpah dan tidak lagi boleh dibetulkan.

Majoriti besar ini (melebihi majoriti Pak Lah di Kepala Batas -(11,246) ini punyai kaitan dengan persepsi dan pengaruh. Cita cita untuk menarik sokongan MP lain menyertai Pakatan Rakyat adalah suatu cita cita besar. Merobah agenda ekonomi dan memperbaikki hubungan antara kaum adalah antara visi yang tak mungkin dicapai jika majoriti yang meyakinkan tidak diperolehi walaupun menang. Cakap cakap mengatakan hak Melayu terancam juga telah dineutralkan dengan jumlah sokongan yang diperolehi.

Isu isu pribadi seperti desakan supaya beliau bersumpah, menerima wang rasuah Magnum dan juga kes mengurat isteri orang yang dijaja semasa kempen jelas tidak berkesan. Kematangan rakyat memilih isu yang relevan dan agenda masa depan negara seperti ekonomi dan pendidikan membayangkan suatu senario politik mendatang yang lebih segar. Tahniah!

7 thoughts on “Permatang Pauh: Batu nisah sudah terpahat

  1. adi, tak perlu lihat 16 sept. kita tengok 31 ogos, tarikh tajol rosli nak rampas kembali Perak dari PR.

    pak rastom, tun M cuba kaitkan majoriti 15k sebagai satu simptom ABU (asalkan bukan umno) dalam usaha menafikan kepimpinan anwar.
    bagi saya jika ABU yang menangkan PKR dipematang pauh, undi AKIM wajib lebih tinggi.

    15K solid buat anwar

  2. hehe…

    YB Arif bagus dlm hal ini. beliau pernah beri warning pada jentera kempen kerajaan barisan nasional supaya jangan menggunakan isu peribadi anwar utk meraih undi. Jika guna juga, cilakalah padahnya.

    anuar-musa of kelantan lagi bagus. awal-awal lagi sudah beri amaran pada ketuanya PakLah, supaya tolong jangan adakan By-Election ini. Anwar pasti menang. Jimatkan wang dan masa.

    Paklah pula bukanlah tak bijak. Bijak juga beliau tetap meminjam slogan LAWAN TETAP LAWAN.

    sekarang apa sudah jadi ???

    sudahlah kalah. Rusushan sesama BN pula terjadi di bangunan umno permatang pauh disebabkan agihan wang saku tidak sama rata juga ada yang tidak memperolehi wang.

    sebab apa?? wang sudah di songlap.

    maklumlah.. parti yang berjuang kerana DUBOR pasti akan memperolehi DUBOR juga..

    haha!

  3. Hmmm.. mana 6 kotak ezam tu, mana laporan nall tu, mana talian hayat punggung saiful tu… mana dorang pergi?… Pak Rastom boleh cari tak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s