Cis! Bedebah mana yang sekat anwaribrahimblog.com!

Memang dasar pengecut! Beberapa hari lalu blog Sang Raja Petra kena sekat. Kelmarin saya cuba layari anwaribrahimblog.com sudah tidak boleh! Janganlah ingat semua manusia di Malaysia ini bodoh. Sekat sekat begitu bukan tidak ada cara untuk saya ke blog itu, masih ada caranya, cuma saya bengang dengan sikap pengecut dan mungkir janji kerajaan tatkala terhegeh hegeh bangunkan MSC. Super Corridor konon…..porrrah!

Dengar bunyi 16 September habis gam sana gam sini. Tak cukup dengan gam blog, buat pula rombongan Kelab BBC (ahli parlimen BN) ke Australia/New Zealand. Puasa saya sudah agak kurang dua tiga hari ini kerana mencarut (di dalam hati).

29 thoughts on “Cis! Bedebah mana yang sekat anwaribrahimblog.com!

  1. hmmm…

    aiseh.

    ada org tu buat lasabela plak masa ramadhan ni.

    bapaklah sedapnya makan angin sampai ker taiwan bulan-bulan puasa ni…

    rakyat jugak yang N-G-A-N-G-A.

  2. Ye ker pergi Taiwan, Australia segala? Makan angin? Patutlah dok asyik kentut dalam parlimen!

    Hmmm teringat aku citer kengkawan pergi South Africa anjuran DPMM – Katanya rombongan Perdagangan tapi pergi makan angin. Seminggu – All paid for!

    Aku pun nak join pergi makan angin FREE ni….ada sesiapa tau kat mana boleh join?

    Anyway – Blog Anwar tu bukan kena block kot, kengkadang traffic jam because I think ramai sangat yang log especially nak tunggu bukak poser. So cool……

  3. bagi chan lah depa jalan…
    esok mungkin rezeki kita pulak..
    Semoga apa yang kita buat senantiasa dalam keredhaan Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. hendaknya. Amin Ya Rahman ya Rohim

  4. elhakim & bumilangit, saya demo bantah pemecatan Ahmad Ismail, mana boleh pecat sebelum dibicara…apa punya undang undang, kalau ikut neraca tuduh menuduh apa hal dengan tuduhan salahguna kuasa dan wang terhdap el Badawi? Siapa nak pecat dia?

  5. tuan elrastum el najibullah.

    tiada rasakah bahawa pemecatan itu seolah2 tampak macam sandiwara.

    mana ada orang kena pecat, berkali-kali memuji-muja si-pemecatnya.

    hehe

  6. bumilangit, ini undang undang gelap, mana bisa di enlighten dong……nantilah bila turun ilham bolehlah…biasanya waktu tengah malam. Untuk tidak mengecewakan, rumusannya..khusus untuk regim Pak Lelah terkandung di dalam slogannya, Cemerlang, Gemilang, Terbilang. Akhirnya bila gagal (orang Cina Hokkien) boleh tambah lagi satu frasa untuk mencantikkan slogan Pak Lelah tu…bunyinya ISAlang.
    (Lang= orang)

  7. Tuan Rastom,

    Apa punya tur la. Betul kata tuan tempoh hari pun saya tak dapat access blog anwar…tapi duduk di sini bukanlah susah mana untuk saya dpt berita, insyaAllah.

    Dulu kawan2 punya la marah..sampai begini bunyinya

    A : KJ bla bla bla
    B : Apsal kau mencarut?
    A : Bila aku mencarut?
    B : Tadi kau sebut KJ?
    A : Hah?

    Begitulah cerita marah2 kawan saya..

  8. Biasalah Yob abang putra, bila nak balik sini. Jangan jangan sudah kena serbuk di sana hah! !6 September ..entahlah, tapi yang pasti disanalah kemeriahannya bukan di sini (mungkin belum lagi)…buat aku cemburu!

    Tuan Prof Amin Ahmad, itu bukan lagi suatu lelucon malah mainan bahasa tahap tinggi – dua huruf itu ada semacam ‘semantic noise’. Bisa keluar perlbagai tafsir, KJ yang mana? K Jaafar/K.Jeffri/ kerajantan/Khir johari/ kamarudin jaafar/ atau kadir jasin hahahaha! <——gelak kuat, harap tak batal puasa.

  9. Zub, belum lagi da…..tapi sudah banyak kukutip butiran riwayat itu dari buku buku e.g William Roff., mengenai nasionalisme Melayu – yang menariknya, buku itu terjemahan ke BM oleh Ahmad Boestamam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s