S.u.m.b.a.n.g melaporkan:

Tahukah anda apa itu SUMBANG? Suratkhabar Untuk Manusia Bangang. Berita yang saya maksudkan ~ Amerika perguna Anwar (Utusan). Suratkhabar ini dan juga kenyataan Menteri ini berbunyi sangat sumbang. Ia bukan saja nampak bodoh, cuba pula memperbodohkan. Saya tahu ini sekadar kenyataan politik tetapi bunyinya s.u.m.b.a.n.g. Yang saya rujuk kepada bangang bukan pula jenis manusia yang tiada pelajaran, ramai juga dikalangan rakyat Malaysia yang berpelajaran tinggi masih bersikap seperti sekelompok ketam di dalam sangkar, termasuk sekelompok manusia di dalam Pakatan Rakyat sendiri. Saya kira Dr Rais Yatim lagi bijak. Mungkin yang ia maksudkan ialah sebaliknya, yakni Anwar perguna Amerika. Banyak bedanya. Dan mengikut para jauhari, akhbar Utusan eloklah dibaca secara menyongsang. Saya tidak nampak langsung di mana Amerikanya di dalam usaha membenteras rasuah, perbaikki sistem kehakiman dan banyak lagi yang terdapat di dalam lima perkara agenda beliau. Mungkin diantara pengkritik Anwar dan mereka yang yakin beliau agen CIA Amerika boleh nyatakan dengan lebih jelas?

Agenda turun harga minyak yang untungkan rakyat pun dikira agenda USA?
Dan jika saya turut percaya bahawa kenyataan itu benar yang memang beliau itu agen USA adakah cukup usaha “strategi penjelasan untuk menangkis tohmahan pihak asing yang menyokong Anwar” itu sekadar mengadakan seminar?

8 thoughts on “S.u.m.b.a.n.g melaporkan:

  1. Cantik pos ini. Sungguh bernas.

    Kuharap depa ini tidak ambil kesempatan menjadi siapa berani hentam Anwar Ibrahim, walaupun sumbang, untuk menang pemilihan UMNO Disember, 2008, ini…

  2. Ringgit pegging.

    Pasai apa depa kata tambatan ringgit.

    Ingat kambin kah?

    Katalah sendatan ringgit.

    Tapi ini semua tidak perlu jika wang kita ialah cengkerang.

    Kan? Rastom…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s