Senibina: Mesjid di Jerman

Hari ini saya persembahkan topik yang biasanya lebih segar daripada topik politik. Senibina. Kerja membina lebih baik daripada meruntuh. Membina rumahtangga dapat pahala, meruntuhkan berdosa. Di Eropah, khususnya di Jerman, walaupun berhadapan dengan para antagonis budaya Barat, kerja membina mesjid terus berjalan walaupun tiada Jakim atau Persatuan Pengguna Muslim Islam di sana. Lihatlah perkembangan terkini senibina Islam (mesjid orang Jerman sebut Moschee: semua katanama di dalam bahasa Jerman menggunakan huruf besar) di Jerman. Mesjid yang terbesar khabarnya terletak di Duisburgh.

P.S. Gambar wanita di atas ialah wajah arkitek Mubashra Ilyas 30 tahun, asal Pakistan yang mereka bentuk mesjid Berlin.

19 thoughts on “Senibina: Mesjid di Jerman

  1. Ertinya ia tidak maju jika kekal sebagai telor. Bila yang dalam memecah kepompong, lalu lahir lah keluaran satu kehidupan yang boleh menghasilkan banyak lagi telor.

    Kecuali contohnya pemimpin lelaki UMNO.

  2. senibina masjid zaman sekarang tak seberani dulu dan masih terikat dengan senibina moorish/timur tengah kerana disangka itulah senibina islam. contohnya masjid mesti ada kubah atau bentuk kubah. dah jadi macam stereotaip.

    kalau dulu masjid dibangunkan dengan senibina bentuk lokal, misalnya masjid kampung laut dan masjid berbentuk pagoda di china. tu baru nampak perbezaannya, bukan masjid orang arab, moor atau turk, tapi masjid rakyat tempatan.

    bagaimana agaknya jika masjid dibina ikut senibina jerman? bentuk gothic mungkin? hahaha

    abg jitraman;
    naik la MAS. bukan selalu dapat tengok orang melayu hidang arak.

  3. Zubli, senang senang nanti kita ke Pakistan pula. Jangan dengar khabar angin yang kata di sana tak selamat, bahkan, ada tempat yang cukup aman, damai.

    jitraman, Biergarten, Wolfgang Sauer jenis Bayern-Muenchen. Banyak sejarah di situ. Tokey bistro/pub sebenarnya perempuan yang sudah kulupa namanya – berwajah bengis menyeramkan. Zaman Langkawi amat popular dengan pelancong Jerman sudah berlalu – dulu ada direct flight Munich – Kuah…sekarang apa ada?

  4. bumilangit Contoh terbaik kreativiti senibina mesjid ada di Melaka, diluar Melaka nampaknya masih belum keluar daripada kotak (hitam?). Nampak dari link ke der Spiegel ada unsur unsur keGothikkan pada mesjid di sana. Naik MAS kalau tiket gomen bayar bolehlah, tapi kalau dengan duit sendiri hehehe kena cari yang murah, jimat dan air hostess yang “luar kotak”🙂

    jitraman Aku memang nak ke sana dalam sedikit masa lagi dengan paspot muzik klasik🙂

  5. ni apa laa..topik tak sensasi langsung

    tersasar daripada topik kesempitan rakyat.

    hehe..

    tajuk senibina la pulak..(????)

  6. elhakim, hari hari cerita politik Malaysia? Naik semak kepala. Tak ada perubahan langsung. Cakap nak reform itu, reform ini…sampai ke hari ini apa pun tak nampak, harga barang di pasar adalha naik setiap hari. Senibina di Malaysia pun ada tersembunyi banyak rahsia – contoh terbaik ialah bangunan bangunan mahal yang mudah retak dan bocor.

    anak bumi Perkembangan binaan mesjid di Jerman itu satu tempelak kepada negara yang ada banyak NGO/GLC yang berbau bau Islam tetapi turut menyokong dasar dasar yang merosakkan Islam.

    bumilangitSatu hakikat bahawa bahasa German itu besarpengaruhnya terhadap bahasa bahasa Eropah di sebelah utara seperti Belanda, Norway, Sweden, Denmark ~ bahasa Inggeris Kuno dikatakan sepupu piat dengan Jerman, dan senarionya mungkin tidak seperti hari ini jika gerombolan Perancis tidak memasukkan unsur unsur Latin ke dalam BI. Contoh: Wasser = water, Garten=garden, acht = eight, neun=nine dan banyak lagi daaaaa..

  7. Mai nama Saidee

    Radio Drai Langkawi,

    Danke,

    ________________

    Watashiwa Saidides

    Radio 3 Langkawi stomete imas

    Dozo yuroshiku onegaishimas

    Domo

  8. dear tun elrastom,

    menteri kitar-semula the Iron-Mike Tyson..bagaimana ?

    Aku hy nampak puak2 itu sudah kekurangan sumber manusia bangkali.

    hehe..

  9. Saidi – ein wenig Korrecktion …

    Mein Name ist Saidee
    Radio Drei Langkawi
    Danke (sehr gut!)

    Nihon -go aku memang kelam. Langsung tak ada peluang nak belajar. Sudah tahap mana kemajuan hang?

    elhakim Entahlah, Mr Kitar Semula kalau jadi TPM/PM Malaysia. ..banyaklah lagi Mr Mangkoks yang diangkat mengepalai pelbagai sektor awam dan swasta yang bakal menjahanamkan negara. Sekarang pun sudah nampak banyak kerosakkan, pembaziran dan pembodohan. Tepat sekali visimu itu bahawa masalah sumber manusia berotak puak puak itu sudah sampai tahap kritikal!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s