10 telaga ilham untuk menulis blog dan sebagainya

Maka telah berkata sang Bayan seperti berikut: Oh ilham, bantulah saya memenuhi kuota artikel bulan ini.
———
Saya meminati gaya penulisannya kerana faktor “luahan feminin” yang tersembunyi. Seperti mana lakaran atau stroke lukisan pelukis lelaki tidak sama dengan lukisan seorang pelukis wanita. Tulisan jantan lain unsurnya kata SifuPTS.Untuk syarahan mendalam anda mungkin temui entri tersebut tersembunyi di dalam arkibnya. Barangkali itu masalah orang yang kerjanya menulis sepenuh masa. Ada kuota yang mendesak dalam kerjayanya dan jawapannya kepada komen saya di blognya menimbulkan satu tandatanya.

Tiadakah unsur unsur ilmiah di dalam kerja memblog? Atau kita melihat dari sisi yang lain dan membahagi bahagikan genre penulisan ke dalam petak petak tertentu? Kenapa tidak kita blogkan sesuatu yang ilmiah, walhal orang lebih tertarik membaca blog daripada membaca sebuah tesis. Ada tesis yang amat membosankan tiba tiba digilai pembaca kerana diadun semula dengan sedikit perencah kas kas dan halwa. Kenapa ya?

Jawapannya terselit di sana sini ruang blogoshpere. Sesuai dengan budaya internet yang dermawan ilmu maka saya persembahkan 10 buah telaga ilham yang bakal memecahkan kebekuan otak para penulis pelbagai bidang dan jurusan. Terimalah 10 Blog Terbaik Khusus Untuk Penulis 2008/2009. Kenapa hanya blog BI? Nantilah, kita akan usahakan versi BM setelah kita pecahkan kebekuan.

Urutan populariti Top Ten Blogs for Writers
1. Copyblogger
2. Men With Pens
3. Freelance Writing Jobs
4. Write to Done
5. Confident Writing
6. The Renegade Writer
7. Remarkable Communication
8. Writing Journey
9. Freelance Parent
10. Urban Muse

Entri ini berjaya jika salah satu daripada blog telaga ilham ini berjaya mencairkan kebekuan otak Bayan.

11 thoughts on “10 telaga ilham untuk menulis blog dan sebagainya

  1. Telaga dulu sekarang sudah jadi lain di bawah wawasan corporatisation. Sekelilingnya dipagari dan masuk dikenakan bayaran pula. TAk menarik langsung!

  2. cerita pasal telaga ini,

    teringat tentang ada puteri2 mandi…

    bila ada putri2 mandi, maka datanglah ilham…

    hehe..

  3. Terima kasih encik rastom. Saya memang terkeliru antara aspek ilmiah atau tidak ilmiah. Bagi mereka yang memang bukan seorang penulis, sudah pastilah blog dilaksanakan sebagai medium untuk mencurah sesuatu, ilmiah dan tidak ilmiah.

    Bagi saya mungkin akan bezakan sikit. Kerana kerja harian yang dibayar gaji sudah pasti saya kategorikan sebagai ilmiah. Manakala blog yang saya cipta hanya untuk bersantai-santai, dikurangkan sedikit keilmiahannya.

    Ya, saya silap. Seharusnya penulisan itu harus ilmiah walau santai, dan walau dalam bentuk apapun ia disampaikan.

    Terima kasih atas paparan telaga ilham itu. Saya pasti menyelongkarnya.

  4. yennadeii.. yennagele….chit…chit…

    Mr. Sivaji the boss….

    elok kita sumerrr masuk kalu itu univerbesiti Sivaji the Boss.

    chit…chitt!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s