Kemenangan Obama apa kena mengena dengan kita?

Obama sudah menang!

Tuan Gurindam: Politik negara adikuasa (monolitik unipolar)) sejak berkurun memang begitu. Maka dasar luarnya tertumpu kepada melanjutkan keadikuasaannya dengan apa cara sekalipun. Yang menonjol sekarang bukan calonnya A atau B tetapi tahap mahu berubah dan terkantoinya kempen kempen White Supremacist dan rasisme. Ada terlihat unsur unsur yang mahu mempertahankan Ketuanan Kulit Putih WASP (white anglo saxon protestant), tetapi pujukan perkauman itu gagal juga.

ika: Pertama kali nama Obama mulai mendapat sorotan media tidak lama dulu memang saya keliru. Maka timbul entri saya Obama bukan Osama. Nama ketiga siapa ya?

elhakim_on_da_run: 🙂 Bijak, bijak! Dasar dasar Ghaffarisme masih boleh dipakai!

shah: Seronoknya dia! Kalau selalu terlalu serius sangat dalam blog….tak cool lah!

kipp: Itulah, sama juga dengan apa yang para pengundi USA harapkan. Kalau mereka masih dibuai impian Empayar Dunia Bushdom, tentu Barakah Obama tidak menang.

Rumusannya: Demokrasi Amerika sudah berjalan lebih lama daripada Malaysia. Obama naik di saat gawat ekonomi-kewangan dan gagalnya dasar dasar luar Amerika. Rakyat mahukan perubahan dan mereka berjaya mengubah. Di Malaysia? Perubahan tidak berlaku walaupun rakyat telah memprotes pada 8 Mac. Kenapa? Saya katakan demokrasi kita tempang, kaput, lingkup bahkan cacat adanya. Pandangan anda pula?

24 thoughts on “Kemenangan Obama apa kena mengena dengan kita?

  1. prof elrastumi,

    memang benar kata2 kau bahawa demokrasi malaysia adalah suatu demokrasi kaput.

    demokrasi yang hanya pada nama, tetapi ketelusannya tidak ada.

    sesuai aku istilahkan demokrasi malaysia ini adalah demokrasi-bersyarat.

    terma bersyarat itu sangat perit apabila dihuraikan satu-persatu.

    sidang dewan rakyat baru2 ini telahpun menyaksikan segala-galanya.

    THE UNTOUCHABLES itu MEMANG TIDAK BOLEH DISOAL MAHUPUN DIPERTIKAIKAN…

    Yang parahnya tukang canang dan pencacai masih terlalu ramai di samping etika kewartawanan Malaysia di tahap paling haprak.

    entahlah…

  2. Kes sidang dewan rakyat semasa sesi penggulungan hujjah amat disangsikan…

    Sebab itulah semasa kemelut ekonomi dunia sedang berleluasa, orang ke-2 negara boleh pula berkata

    “Ekonomi Malaysia TIDAK-TERJEJAS”

    Sifir dan skala apa yang dipakai ????????

    Gaya sahaja nampak berkredibiliti. Tetapi…hehe.. (malas aku nak sambung)

    Penyokong2 beliau di sini terlalu ramai. salah satunya mungkin yang bekerja di BERNAMA.

    HAHA!

  3. BUSH dah tak jadi presiden….
    patut kene tangkap…
    punca perang afgan & iraq…
    pastu sabit kat mahkamah dunia…
    mcm saddam husain….

    TP boleh ker???

  4. betul ke bumilangit??

    akhi elhakim,
    tapi DSAI lagi hebatkan, masa penggulungan ‘bajet’ awat lari keluar dewan. balik2 dengan peraturan mesyuarat. Bayangkan di parlimen tempat undang2 pun kecoh dgn peraturan lagi la yg di luar dewan ni.

    DSAI= Obama= perubahan.mungkinkah?

    oh tuhan, jauhkan hati hambamu ini dari brburuk sangka.

  5. El hakim sila berhati2 dgn penggunaan bahasa anda…km org media ada gatekeeper ma untuk menapis bahan berita sebelum diterbitkan…

    Demokrasi di Malaysia masih baru hendak hidup dan berkembang..yg mencorakkannya secara langsung pula adalah yg memerintah dan bukan media…

    in fact bernama pon best per

  6. DEAR el-shah,

    dia lari sebab kecik ati kot…
    biasala..

    kalau saya nak bercakap. tiba-tiba orang suruh tutup mulot.
    tak nak kasik ruang…bercakap..
    rasa kecil juga hati ini..

    rasa nak lari pun ader.
    —————

    dear el-basyirah,
    saya rasa sungguh kagum jika seseorang itu mengenali bahawa yang itu adalah huruf ‘A’ tetapi disuruh mengaku bahawa itu adalah huruf ‘Z’.
    MAKA Dia pun mengatakan bahawa itu adalah huruf ‘z’.

    Kenal tak suatu spesies yang dipangil sbg burung KAKATUA ???

    bijak kan burung itu ??? (hehe..)

  7. e’eleh menyindir la pulak…tak baik dijadikan amalah tambahan pula dr kalangan pendidik bangsa dan generasi pelapis…arghhhh too good..pendidik bangsa dan generasi pelapis…hurm…

    aper2 je lah..berbalik pada topik td sy pun sangat kagum bila elhakim dapat mengulas ttg huruf2 dan ayat2 tak kala el hakim on the run…dan tak kala ekonomi malaysia turut terjejas dek amalan demokrasi yg tempang, kaput, lingkup bahkan cacat adanya (bak kata abg mat)…tahniah

  8. akhi el-hakim,

    kalau sy pula, sy sanggup org suruh diam, takut bila bercakap makan byk pulak sy menipu rakyat.

    sy pula menambah: jgn disangka air yg tenang tiada buaya, terlepas mulut harimau kita masuk mulut buaya

  9. dear elshah,

    masuk ke dlm mulot buaya? hehe..
    tidak dinafikan, itu boleh jadi juga…

    kalau begitu, tiadalah mengapa…selama-lamanyalah kita di dalam mulot harimau.

    aku bukannya apa, cuma aku tak tahan mulot harimau ini kerna agak busok baunya.

    hehe…

    ————–

    EL-Bashirah,

    errr… sorry. aku sudak koreksi namamu itu…

    kenal Jamal Abdillah ???

    Aku syorkan kau supaya mendengar lagu klasiknya yang bertajuk

    Namamu di bibirku

    -salam

  10. El-hakim….Jamal Abdillah penah kata dalam melodi…biasakan telinga dgr pelbagai jenis lagu dan irama tp sy kata don’t make yourself bored to death especially with classical song, just choose what u want 2 listen..its ur ear anyway..

  11. Kipp,

    dia memang tak akan ‘kacai’ negara islam. sebab negara islam memang tak der…

    sebaliknya dia akan ‘kacau’ negara umat islam, itu mungkin terjadila…

    haha!

    —————–

    el-bashirah,

    jika kau tiada mendengar maka selama2nya kau tiada mengerti.

    sesungguhnya kau memang budak ‘bernama’ yang bagus.

    hehe

  12. wahai elhakim si budak jahat…sy dah dgr la lagu namamu abadi terukir dibibirku tu…

    dah la kita jgn gaduh2 lg ek dalam wordpress tuan rastom kang nanti dia ingat sy nie suka conteng2 blog dia plak…sy tgh jaga reputasi dan imej bersih sy nie…harap elhakim faham….hehe

  13. 1. – Penerusan Keganasan Ekspansi Luar Negara:
    Dah berapa kali dah Obama umumkan secara umum akan meningkatkan intervensi ketenteraan USA di Afghanistan, menambah jumlah angkatan tentera, menambahkan dan membesarkan lagi operasi dan penyertaan Trans border strategi serangan sistematik. Apa beza agaknya Obama dengan Bush.

    2. – Pakistan akan terus berada dalam huru hara kerana menjadi target seterusnya bagi “War on Terror”
    Obama akan meneruskan keistiqamahan “war on terror” secara serangan udara ke atas Pakistan. Natijahnya lihat serangan terbaru di Pakistan dan Afghanistan dua tiga hari lepas.

    3. – Tentera USA akan dipanggil balik dari Iraq?
    Oh mungkin tidak. Sebaliknya yang dimahukannya ialah ‘penempatan semula a.k.a penempatan strategic bergantung kepada kemampuan tentera Iraq untuk menentang Mujahidin. Obama menentang idea memberikan tarikh akhir menarik balik segala kelengkapan zon kombat dan juga pengunduran tenteranya. Yang saya lihat, ini tidak akan berlaku sehinggalah polisi global di Timur Tengah terlaksana, dimulai dengan Iran, Syria dan juga selatan Lebanon. Tentera dan kelengkapan ini adalah essence penting untuk global hegemonic spesifikasi timur tengah.

    4. – Sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Negara Zionist.
    Janji cinta setia sehidup semati ini sehingga ke tahap apa sahaja kesan dan akibatnya ke atas Amerika, taat setia akan diberikan. Ini dinyatakan olehnya terhadap lobi politik pro Israel dan segala polisi colonialist. Sila rujuk kepada ucapannya ketika mesyuarat Annual AIPAC di Washington awal tahun ini. Lihat juga advisernya yang baru melalui ini: http://www.haaretz.com/hasen/spages/1034855.html

    5. – Ancaman untuk Menyerang Iran.
    Dalam dua majlis yang bebeza, ketika minggu minggu yang hampir akan hari pengundian, Joe Biden memberikan klu dengan nada yang jelas bahawa Obama akan merespon dengan kekuatan penuh terhadap punca permasalahan dunia( iaitu Iran, Afghanistan, Pakistan, Russia dan North Korea. Penasihat Obama, Dennis Ross(famous and strong supporters of Zionist) juga telah mengeluarkan report langkah kerja /program terhadap/perang Iran.

    6. – Palestinians? ……(mengeluh)
    Palestinian akan dihalau/dihambat secara total daripada trans border Cisjordania. Rasa rasanya motto “yes, we can” tu tak kemana, memandangkan kemenangan sepenuhnya bergantung kepada ketaatan kepada mentor mentornya.

    7. – Support Sepenuhnya Wall Street Bail Out?
    Berdasarkan kepada polisi nasionalnya, penasihat ekonomi Obama memberikan kredensi penuh dari Wall Street. Dia menyetujuinya tanpa ragu, bailout dengan duit pembayar cukai yang dicadangkan oleh Setiausaha Perbendaharaan Paulson sebanyak 700 billion untuk bank bank perdagangan terkaya di USA. Obama tidak mempersoalkan Paulson atau Bank berkenaan dengan penggunaan duit duit ini yang digunakan untuk membailout dan juga digunakan untuk Bank Bank ini, Timbul persoalan kenapa tidak diberikan kredit untuk manufacturers dan keluarga keluarga(rakyat) yang memerlukan untuk membayar rumah rumah mereka. Sokongan penuh kepada Paulson dan juga Wall Street adalah sama dengan cadangan tamaknya untuk menghentikan segala foreclosures selama tiga bulan, menahan/ untuk berlakunya rundingan semula akan interests. Yang hairan lagi, kenapa Obama amat amat menekankan fund ini ditransferkan kepada institusi kewangan dan syarikat mega kapitalis yang gagal( bankruptcy) dengan matlamat untuk menyelamatkan kapitalisme yang telah gagal. Sepatutnya yang diperkasakan ialah program pelaburan awam jangka panjang yang akan menghasilkan “well paid jobs” untuk golongan pekerja.

    8.- Yang lain lain:
    Dia telah subsidizedkan dan mengkayakan “ethanol manufactures”. Ini menyebabkan harga makanan meningkat kepada rakyat Amerika dan juga penduduk dunia yang lainnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s