Rafiah yang terkilan, perjuangan masih belum selesai

Malaysiakini melaporkan bahawa Datuk Rafiah Salim terkilan dengan penamatan kontraknya sebagai naib canselor Universiti Malaya (UM) kerana tidak dapat menyempurnakan “pelan transformasi” bagi menaikkan kembali kualiti universiti itu.

Umur sudah 61 tahun dan mengharapkan suatu keajaiban dalam masa 2 tahun lagi untuk meningkatkan status UM (sekurang kurangnya ke tahap asal kegemilangannya). Saya angkat tabik kerana di dalam usia begitu beliau masih penuh motivasi.

Ada dua perkara yang menjadi persoalan.

1. Beliau dilantik secara kontrak dan sepatutnya beliau sudah maklum dan faham akan terma dan syarat sesebuah kontrak. Kenapa perlu terkilan?

2. Pihak pemberi kontrak pula telah meletakkan keyakinan yang tidak berasas ketika menawarkan tugas itu kepada beliau dan hari ini bertindak kelam kabut menamatkan kontrak seseorang itu, tentulah mendatangkan satu tekanan emosi. Langsung tidak ada peri kemanusiaan!

Kepada mereka yang menerima kerja kerja atas dasar kontrak eloklah fikir fikirkan terma dan syarat kontrak tersebut. Jangan ingat diri kita ini indispensable, orang lain tidak boleh buat. Budaya sudah pencen masih mahu sambung kontrak ini juga menafikan mobiliti tenaga kerja muda yang lebih cergas dan bertenaga. Ubahlah sikap mahu menongkat langit – masih ramai lagi rakyat Malaysia yang berkaliber tetapi laluan untuk naik sengaja disumbat dan dihalang kerana apa? Kerana perkhidmatan awam Malaysia masih lagi mengamalkan pengambilan kuda kuda tua sebagai pekerja kontrak yang diberi gaji amat lumayan.

P.s. Rekayasa terbaru laman web berwarna sensasi, diatas tapak CMS Joomla telah dibangunkan di sini, mungkin sesuai untuk mempamerkan buku atau mungkin lukisan?

6 thoughts on “Rafiah yang terkilan, perjuangan masih belum selesai

  1. Biasalah, nak terkilan apa pun, iklan memang sekejap. Lainlah kalau filem Bollywood, panjang ada intermission…

  2. menduduki ranking ke-230 Universiti MALAYA (UM) pada 2008 mungkin alasan kukuh ditamatkan perkhidmatan berbanding ranking ke-169 pada 2005…atau mungkin sbb UM dah cukup malu agaknya jatuh merudum year by year..

    so, sy rasa bagi sesiapa yg bercadang nak sambung lg, better try university dr ranking <100 terbaik plak…maybe kos tinggi tp puas hati aper salahnya..

  3. Memang tidak betul cara layanan yang diberikan oleh Pak Menteri kepada beliau.

    Adakah patut, sehari sebelum tarikh tamat tempoh kontrak, barulah dia diberitahu kontraknya tidak disambung. Yang beritahu pula bukan pegawai dari pejabat pak menteri, tetapi pegawai dari UM (yakni staf bawahannya).

    Bak kata pepatah, anjing pun ada maruah, inikan pula manusia.

    Tidak ada salahnya kontrak tidak disambung. Yang salah adalah cara layanan yang tidak menjaga air muka orang, sebagaimana yang dilakukan oleh pak menteri.

    (Dulu, semasa sebelum PRU-12, sewaktu UMNO hendakkan undi kaum wanita terpelajar, maka diletakkan perempuan sebagai NC-NC. Sekarang, dia “tolak tangga, berayun kaki”, ataupun “selepas meniti jambatan, tongkat pun dibuang”.)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s