Eufemisme dan logik

Eufemisme (BI: euphemism) menggantikan kata asal dengan perkataan yang lebih sedap di dengar sedangkan maksudnya tetap merujuk kepada kata asal. Contohnya perkataan politik wang. Salah satu kajian media mengunakan teknik analisis bahan atau content analysis dimana sesuatu hipotesis itu disahkan dengan wujudnya kaitan dan kekerapan sesuatu fenomena itu dengan sesuatu pihak atau pelaku boleh kita lakukan sendiri.

Kita gunakan Google kerana ia tidak partisan kepada mana mana pihak, kerajaan atau pembangkang. Maka kita Googlelah perkataan “politik wang”, dan selepas itu bariskan dan jumlahkan siapa, parti mana dan berapa kali atau berapa banyak entri yang Google berikan. Ini yang saya dapat: KLIK.

Politik wang itu adalah rasuah yang diberi branding baru berjenama politik wang. Secara logiknya orang mengeluarkan wang untuk berhasil mendapatkan sesuatu, maka politik wang sudah terbukti berkesan mendatangkan faedah. Justeru orang yang menang, dulu kini (belum tentu selamanya) boleh kita kaitkan dengan politik wang, waulaupun hujah ini tidak terpakai untuk kesemua yang menang. Orang yang menang dan berjawatan di dalam UMNO tidak boleh dilihat kesemuanya bersih daripada politik wang. Soalnya berapa ramai yang bersih?

Dr Mahathir:

Pemimpin-pemimpin Umno yang mengamalkan politik wang patut dibuang daripada parti supaya ia menjadi pengajaran kepada yang lain

Adakah Mahathir berautoriti yang berkesan untuk menghentikan gejala ini? Apalagi yang masih belum dilaporkan, dibahaskan dan sebagainya mengenai politik wang? Senarai berikut sudah cukup untuk meyakinkan bahawa rasuah jenama politik wang ini sudah menjadi suatu amalan psikomotor laksana kita menyedut oksigen setiap hari.

Siapa tokoh, autoriti atau badan yang boleh jika Mahathir, Pak Lah gagal membasmi politik wang aka rasuah politik? BPR atau Majlis Fatwa? Majlis Fatwa sebok dengan fatwa tomboy! Kenapa ya, sedangkan banyak isu yang lebih dominan pengaruhnya terhadap kesucian Islam seperti undang undang ISA tidak difatwakan. Bagaimana rasa hormat dapat kita wujudkan terhadap Majlis Fatwa jika asyik sebok dengan isu tomboy, susuk, botox dan sebagainya? Adakah kerana tersirna dengan muluknya lapisan kata eufemisme politik wang?

11 thoughts on “Eufemisme dan logik

  1. …sehingga ada ahli umno yang berkata denganku…

    0. politik wang tidak mengapa.
    1. APA SALAHNYA POLITIK WANG?
    2. Define di mana haramnya Politik wang ?
    (wang itu, wang saya….)

    3. american politician pun politic wang.

    hehe..

  2. Results 1 – 10 of about 7,170,000 for politik wang. (0.37 seconds)

    Tuan Rastom klau susah sangat untuk Pak Lah membasmi politik wang aka rasuah politik….apa kata kita suruh halim pusing roda…

    wang….besar…wang besar….
    no 46 ….

    wahwahwahwahaahaha!!!

    kelepuk!! kelepek!!!! aduh…. (maka seluruh geng romantis telah melontar selipar saiz masing2 kearah ku)

    aku : ..apsal weh… aduh.. sakit.. benjol dah ni..

  3. saya setuju seratus peratus dengan cadangan pak rastom untuk tukar perkataan rasuah dan politik wang kepada eufemisme de toilett. ia akan membersihkan umno dari politik wang dan rasuah.

    hehehe

  4. cadangan yang kurang baik dari korg.

    ni cadangan yg lebih baik.
    apa kata di halalkan shj politik wang dlm UMNO sbb yg mengamalkan politik wang bukannya salah di sisi undang2 pun, paling kuat pun digantung ke-ahlian UMNO 3 tahun. so why not kita halalkan sahaja politik wang dlm UMNO, baru la masyukk, soruu pun masyuk…kita pun tumpang seronok.

    maka dgn itu sy istihar masuk UMNO jika politik wang dihalalkan.

    sekian.

  5. Bumilangit & shah: Ok, nanti boleh kita jemput Halalwood ke Malaysia dan beri gelaran Datok.

    elhakim & bashirah: nampak macam sekufu ni…..kalau serius insyaallah saya tolong pertemukan.

    Zubli: Kalau ada masa dan sedang mencari cari idea buat tesis, cubalah tesiskan kerja kerja Google.

  6. bashirah: isey man….stat pak rastom wat part time agen cari jodoh nie makin smart plak pak rastom akhir hayy nie…..ehh silap, akhir2 nie…….(dlm hati ingin sj membaling selipar saat beliau melontarkan pujian tak ikhlas itu)

    Pak rastom: eh yer ke smart…ala biasa la bashirah…nie la sebenarnya sumber pendapatan tetap bapak kalo bashirah nak tau…(sambil membalut rokok daun, beliau mengira2 amount bini2 beliau)…..tak cayer? ha nie nak bagitau…(sambil cakap siang pandang2 dgn bangsanya…..ehh silap lg- bangganya….si bumilangit tu pon bapak la pertemukan jodoh beliau) soksek!!!soksek!!!

    bashirah: ohhh yer ke…wahhh!!!..pak rastom…. bijak2 memanfaatkan sumber masa tebuang tuk pendapatan sampingn yg barakah…(smbil menaip beliau berfikir bilalah bapak rastom akn betobat)…hikhikhik

  7. Ho ho ho….di dalam kamus Loghat Utara inilah definisi “berletiaq”..poppet, pok pet..ada bakat jadi pensyarah UUM. Sedang cari nombor telefon Dr Kardiologi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s