Kurpen Sosiologi Melayu

Ini entri kurpen. Kursus Pendek. Perihal bangsa Melayu serta konsep yang sering di dendangkan di TV/akhbar. Untuk membaca kurpan, sila cari buku buku S. Husin Ali, Rustam A Sani dan Syed Husein Alattas (bukan Pak Habib ~ Kisah Cinta Siti dan Datuk K).

Kurpen ini menegaskan bahawa bangsa Melayu di abad baru ini sudah terbahagi kepada dua.

    1. Melayu yang menggunakan otak semaksimum mungkin. Golongan ini menggunakan akal fikiran berdasarkan apa apa ilmu yang mereka dapati daripada pelbagai sudut dan sumber. Mereka melihat perubahan, dinamika sosial dan ekonomi setempat dan global, sentiasa terbuka minda untuk menerima idea atau gagasan baru. Inllah golongan yang bakal menyelamatkan bangsa dan negara kerana mereka sentiasa mencari dan merumuskan idea. Mereka tidak terlalu yakin dengan retorik Malaysia Boleh!
    2. Melayu yang mengharapkan otak orang lain. Golongan ini ramai, wujud sebagai pengguna yang disuap idea atau bahan fikrah melalui TV/akhbar dan cakap cakap kedai kopi. Mereka mengharapkan orang lain untuk berfikir bagi pihak mereka, yakni para wakil JKK, Penghulu, Tok Sidang, tok Batin, NGO NGO bidan terjun. Mereka juga mudah terpedaya dengan lambang lambang.

Daripada dua pecahan ini, masih lagi boleh kita pecah pecahkan kepada beberapa sub menurut pengamatan yang lebih mikroskopik. Tugas ini mungkin akan anda lanjutkan mengikut teropong analisa masing masing berdasarkan pengalaman yang berbeda.

Sekian kurpan untuk hari ini.

10 thoughts on “Kurpen Sosiologi Melayu

  1. Pada aku senang sahaja Rastom.

    Kedua-duanya macam Cilpan dengan Cilkon.

    Cili Panjang Merah Mardi dan Cili Kontot Hijau Usaha Sendiri.

    Yang istimewanya ialah tanam bijik cili boleh menghasilkan pen atau pemetik api.

    Aku kagum!

  2. tun patinggi elrastom D’ Moya,

    dorongan Melayu utk berfikir ……………………. 0.4 %
    dorongan Melayu utk bergossip ……………….. 200 %

    pernah lihatkah lampu mentol sukar menyala ???

    Begitulah adanyer…

    hehe..

  3. Tom,
    Penilaian tentang “ilmu” di kalangan masyarakat kita masih kabur. Sebab itulah yang kurang atau tiada ilmu mendapat tempat tetapi yang ada ilmu terus terpinggir.

    Dua Pesanan: 1. Aku jumpa boss hang di Melaka. Dia kata tugas buat blog rtm Kedah diberikan kat hang. Aku kata, baguslah sebab hang memang kreatif (bukan ampu). Jadi aku minta hang bagi URLnya kat aku.

    2. RTM Bintulu, Sarawak dan RTM Keningau, Sabah akan mula beroperasi Januari 2009. Kalau hang minat nak jadi boss, bolehlah lobi sekarang. Tapi aku rasa hang sayang nak tinggalkan Hijau-Kuning, sebab dua kali bolot 3 Piala Bolasepak.

  4. komen tuan dalam blog saya;

    “Kalau retorik, tak rugilah saya bab bogel tu, hehehe….entahlah ..rasanya lebih baik kita bogelkan orang yang sepatutnya dibogelkan.”

    saya tunggu entri baru tuan tentang selak kain lagi.

  5. sy rasa keupayaan manusia berfikir bukan hanya terhad pada kebolehan diri sendiri saja tp pada hidayah yg diperoleh juga tuan rastom…ramai yg bijak pandai tp jika tidak diberikan hidayah tetap tidak dapat memaksimumkan juga otak semaksimum mungkin…begitu juga halnya dgn golongan kedua, mungkin pada mulanya dia kurang pendedahan atau berfikir tapi setelah mendapat hidayah melalui org dr golongan pertama dia jd sehebat golongan pertama tersebut…begitulah hidup manusia saling bergantungan memperoleh hidayah tuhan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s