Sosiologi Melayu: Melayu modern yang syirik

Gambar senyum kambing utusan malaysia

Gambar senyum kambing utusan malaysia

Kartun ini walaupun sebuah lelucon, juga ia mencerminkan sikap, fahaman dan warna akidah sebahagian daripada manusia Melayu.

Elak derhaka kepada alam. Suatu ayat seruan yang pekat akidahnya terhadap kekuasan animisme, kuasa batin yang terdapat di dalam pokok, batu, tanah dan cakrawala alam yang kesemuanya adalah makhluk yang diciptakan. Tesis para sejarawan yang mengatakan terhakisnya segala khurafat di kalangan Melayu dengan datangnya Islam yang mengungguli kaedah saintifik dan akal rasional boleh saja kita pertikaikan.

Samada kartun Senyum Kambing itu disengajakan atau tidak, atau ia sengaja dibikin sebagai satu selingan, hakikatnya ia tidak dapat tidak, mengulas akan kejadian tanah runtuh Bukit Antarabangsa itu bukan dari sudut saintifik dan akal rasional, tetapi berusaha mempromosikan faham animisme sebagai jalan mudah untuk menamatkan sebarang spekulasi, sebarang tinjauan lanjut menggunakan kedah saintifik dan akal waras.

Jika disiasat secara bebas akan asal usul kejadian ini maka secara logiknya manusialah yang berperanan, bukan alam samada di dalam bentuk batu, kayu atau pokok yang memberi kelulusan mengeksploit kawasan tersebut untuk sesuatu projek perumahan. Akal logik lagi saintifik yang dianjurkan Islam menyuruh kita membuka mata dan minda seluas mungkin akan kejadian dan kebesaran Illahi, maka ungkapan elak derhaka kepada alam, adalah ayat Melayu animis yang syirik dan jahil lagi menjahilkan (kerana ia adalah mesej dari akhbar Melayu yang dibaca ramai). Pendek kata, inilah satu cara untuk menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan ramai!

6 thoughts on “Sosiologi Melayu: Melayu modern yang syirik

  1. pak rastom,

    pendapat saya, pembikin dialog tidak mahu dilihat terlalu Islamis, maka dia cuba elakkan perkataan ‘azab’ dan ‘bala’.

    jadi dia gunakan ayat tersebut.

    seperti langkah tempang bila orang melayu buat rambut punk, bubuh kaler warna merah. nak kata macam mat saleh tidak, nak kata ayam pun tidak.

    Islamis tidak, naturalis tidak, pagan pun tidak.

    bangang kot?

  2. errr… tak lucu, tak lawak dan tak best pun. tapi saya rasa maksud “jangan derhaka kepada alam” itu tiada kaitan dengan fahaman animisme. ia membawa maksud “jangan merosakkan alam, kelak buruk padahnya”, rasanya laa.

    apa2 hal, yg tau maksud sebenar si penulis tu cuma dia dan allah.

    yang penting, saya memang tak suka dengan lelucon senyum kambing sejak dari dulu lagi… membosankan!

  3. dah akhbar imno……what u expect ?

    hehe..

    TYT,

    Bukan saja mereka berfahaman animisme dlm penerangannya bahkan perjuangan pun berteraskan animisme.

    sebab itulah umat-umat pekida dan prowaris wiridnya bunyinya begitu

    hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s