Teknologi Melayu tanpa Bahasa Inggeris

Piala Monsun yang bermula pada tahun 2005 di Terengganu itu ada banyak tersembunyi rahsia. Kenapa Terengganu menjadi pilihan?

bedarOrang Terengganu tahu, di Pulau Duyong ada seorang insan yang masih meneruskan usaha membina bot bot kayu berteknologi tradisional Melayu yang dikagumi seluruh dunia. Tidak perlu beliau belajar Sains dan Matematik menggnakan bahasa Inggeris untuk membina bot layar yang menggugat syahwat para yachtists internasional. Kerja tukangnya bukan sahaja berseni halus, malah praktikal untuk merentas samudera dunia!

Entri berkaitan: Kotak Bahasa Inggeris

9 thoughts on “Teknologi Melayu tanpa Bahasa Inggeris

  1. haha! melayu ‘angkasawan negara’ pun belajar sains kat sekolah pakai bahasa melayu, sampai juga ke angkasa.

    bukan masalah bahasa, masalahnya kongkongan minda. kalau anak muda terus dibodohkan dengan AUKU, BTN dan PLKN, kau belajar la guna bahasa latin ke jerman ke, bengap jugak.

  2. Saya bercakap-cakap dengan seorang pegawai tinggi di KPM. Beliau mengakui isi mengapa PPSMI masih diteruskan adalah isu kontrak.

    Kalau tidak ada perubahan dasar, tidaklah ada kontrak baru. Apabila dasar diubah, semua perkara perlu ditukar, jadi banyaklah kontrak baru dikeluarkan.

  3. Oh ya, ada dengar juga cerita tentang pembuat bot-bot kayu di Pulau Duyong itu.

    Ramai pengkajia dan pelajar dari luar negara datang ke situ mempelajari ilmu membina kapal tanpa BUKU. Hanya guna otak Melayu mereka sahaja. Benarkah encik Rastom?

  4. Bayan, ada satu buku tersimpan di dalam bengkel tukang bot itu. Saya buka buku tersebut, masyallah! Terdapat deretan nama pengunjung dalam dan luar negeri (majoritinya). Itu buku catatan tetamu. Kerja tukang kayu Melayu tradisional rasanya tiada buku (ini satu kelemahan) – tiada pembukuan, bakal hilang segalanya nanti bila dia meninggal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s