Beating A Dead Horse

Tajuk entri kali ini agak lain dari biasa. Sesuai dengan kehendak sesetengah pihak yang mengimpikan seluruh rakyat Malaysia fasih, petah berbahasa Inggeris, maka saya perturunkan pepatah kata yang topikal dan segar dengan isu terkini (rujuk PRK Kuala Terengganu).

Memacu kuda yang sudah mati – ialah situasi di mana kita bercakap tentang sesuatu yang tidak boleh diubah. Kata Melayu, nasi sudah menjadi bubur. Bedanya, didalam budaya Melayu, tempelakan begitu tidaklah begitu kasar dan keterlaluan kerana bubur masih boleh dimakan.

Contoh contoh percakapan yang relevan dengan bidalan Inggeris ini saya kutip dari kenyataan kenyataan yang diucapkan mengenai kekalahan UMNO/BN baru baru ini.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pemimpin Umno kurang mesra rakyat.
    Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, Umno sudah kehilangan daya penarik khususnya kepada pengundi muda. Faktor “Wow” tiada.
    Ketua Pemuda Umno Selangor, Syukur Idrus berkata, Umno perlu memikirkan bagaimana untuk menarik semula sokongan orang Melayu dalam pilihanraya umum akan datang.

Makanya, Sang Supir Bendi masih terus mengharapkan agar kuda itu bergerak seraya memacu kuda yang sudah lama mati, dan pihak lain pula memberikan pelbagai saranan, teori dan kaedah bagaimana kuda itu boleh dipulihkan. Contoh idea idea bijak para pemikir ini terkandung di dalam istilah istilah seperti “penjenamaan semula”, “meremajakan parti” serta menambah faktor “Wow”.

Untuk rujukan definisi idiom kuda yang sudah mampus ini, ada baiknya anda rujuk – goEnglish.com. Selamat merujuk!

6 thoughts on “Beating A Dead Horse

  1. tyt,

    sbab itulah botox tidak lg perlu digunakan jika muka sudahpun begitu.

    jika badan pun dah sebesar tong, senamrobik pun tiada guna.

  2. Tuan 😉 ,
    Dalam dunia berteknologi ni bukan kuda sahaja (yg ada 4 kaki mcm dlm cerita koboi) yg boleh dipacu, kuda di kedai2 game haram masih boleh “ditunggang”……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s