Agenda Perubahan Nak kemana?

Saya sedar bahawa kerja UMNO-bashing ini sudah terlalu basi namun saya anggap ia sebagai satu muhasabah bila kita mengkritik bangsa sendiri. Lebih kurang mengkritik diri saya sendiri.

Bergantang gantang nasihat telah diucapkan di PA UMNO – mauduk utamanya ialah CHANGE! Persis slogan Obama.

Malangnya sepanjang majlis itu, saya tidak nampak barang sekelumit arah mana, kepada apa, dan matalamat ubah apa yang diinginkan.

Pemimpin adalah guru dan ketika di sekolah dahulu saya cukup berminat dengan guru yang mampu menunjukkan contoh, menjelaskan sesuatu agar mudah difahami. Tetapi guru guru di dalam majlis kemuncak UMNO tidak menjelaskan rupabentuk perubahan apa yang digembar gemburkan. Bukankah pemimpin yang berjaya itu seseorang yang boleh menjelaskan visi dan misinya? Atau mungkin saya sendiri tidak faham makna perubahan?

Terlalu simplistik jika saya takrifkan kesemua ocehan di majlis itu hanyalah leteran yang kesimpulannya hanyalah Buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali. Terlalu umum. Tukang kebun dan penoreh getah pun boleh ucapkan dengan lebih lancar. Di mana pemimpin Melayu yang Agung itu berada agaknya…….

3 thoughts on “Agenda Perubahan Nak kemana?

  1. KONSEP UMNO bashing itu adalah hanya himpunan sang Mahadewa dan dewata2 berhipokrasi pada peringkat tertinggi.

    Kali ini kita boleh melihat kitab-kitab suci UMNO sekali lagi berfungsi memainkan peranan kononnya menunjukkan tuhan-tuhan umno telahpun insaf.

    Yang peliknya kali ini team sang-Pemfirman boleh tertewas.

    Selepas sesi-bashing ini, Nampak gayanya tuhan2 UMNO ini masih boleh kecundang lagi di bawah satu kekuasaan.

    iaitu dewa-dewa duit.

    dengar-dengar tak byk pun…

    hehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s