Apabila si bahlol mau mengurus media baru

Trend sekarang orang media suka bercakap tentang mengurus persepsi. Bolehkah kita mengurus persepsi? Persepsi adalah pinjaman BI – perception – apa yang kita rasai dan fahami daripada apa yang kita lihat dan dengar.

Orang yang bercakap tentang mengurus persepsi adalah orang yang masih berfikir bahawa sifat manusia itu mudah dipengaruhi dengan propaganda. Propaganda mungkin berkesan jika saloran maklumat dikuasai dan dikawal. maka bolehlah digembar gemburkan sesuatu sebagai benar, baik, suci walhal hakikat sebenar perkara itu tidak diketahui umum. Maka orang yang masih dibuai mimpi bahawa media masih boleh menyalorkan propaganda dan orang akan telan bulat bulat, akan bercakap mengenai mengurus persepsi – yakni mengawal persepsi.

Apabila ada orang bercakap mengenai usaha mengurus persepsi dan juga mengurus media baru (ruang bicara internet menerusi pelbagai apps/klien seperti blog, web, irc, chat, sms) maka orang itu saya labelkan sebagai bahlul yang tidak kenal apa itu media baru.

Intipati media baru adalah berputar sekitar “conversations” yakni perbualan antara satu dengan ramai. Ruang bicara individu terbuka luas. Tatkala ada pihak yang cuba mengurus (di baca mengawal) media baru seperti blog dan sebagainya, maka ertinya orang itu cuba menyekat perbualan. Orang ramai tidak boleh bebas bercakap, terutama tentang isu isu politik. Kenapa isu politik dan hal hal berkaitan orang politik amat terkesan dengan conversations orang ramai ini?

Untuk memahami situasi ini para pembaca perlu melihat latarbelakang sejarah politik dan media negara ini. Pelbagai akta telah digubalkan berkaitan penerbitan, media dan penyiaran bahan bahan berkala. Hal hal ini dikaitkan dengan soal keselamatan dalam negeri. Apabila soal keselamatan dalam negeri dibangkitkan maka sejarah menunjukkan terdapat beberapa episod penyalahgunaan akta untuk tujuan lai ndaripada yang dimaksudkan.

6 thoughts on “Apabila si bahlol mau mengurus media baru

  1. UMNO masih lagi berfikiran kuno iaitu perang siber ni perlu kepada carpet bombing sedangkan apa yg perlu sebenarnya adalah smart bomb. Carpet bombing UMNO iaitu sebaran propaganda dan putar belit fakta tidak lagi di terima. Apa yg generasi baru inginkan ialah smart bomb, terus kepada sasaran dan tepat ( maknanya fakta yg logik bukan rhetorik dan spin). Masalah UMNO ialah ia tidak ada smart bomb ( sebab semua maklumat UMNO hanya propaganda dan putarbelit) jadi walau sebanyakmana sebaran propaganda UMNO menerusi MSm, ianya sia-sia sebab generasi baru tak percaya. Selama mana UMNO hanya mempunyai propaganda dan putar belit fakta selama itulah juga UMNO akan tewas dalam perang siber. Itulah kenyataannya…. UMNO bukan tewas dgn dakyah atau fitnah pembangkang ttp UMNO tewas disebabkan putarbelit fakta dan penipuan maklumat oleh UMNO sendiri…

    • umno takkan dapat bina smart bomb, sebab ejen2 upahan mereka semuanya tak smart.

      saya dah buat sedikit kajian mengenai blog2 pro umno di internet, majoriti seperti burung kakaktua, hanya mengulang2 alasan pemimpin.

      kalau umno nak cerdikkan bloggawan mereka mudah, cerdikkan mereka. (tapi mereka yang cerdik tak akan sokong Umno, itulah risikonya!)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s