Pol Mahathir Ukur Siapa Bodoh 2

Sudah tersebar seantero pelusuk ruang siber akan poll yang Mahathir paparkan di laman blog nya untuk mengukur sokongan terhadap langkah kerajaan memansuhkan PPSMI. Sudah jelas lagi terang dengan adanya poll itu membuktikan betapa bodohnya Mahathir kerana percaya akan keabsahan poll yang tidak kalis spam dan penipuan itu.

Poll yang kononnya memungut pendapat orang ramai tersebut terbuka kepada penipuan. Ia tidak representatif dan mudah di spam oleh sesiapa saja.

Anda atau sesiapa saja boleh berulang ulang mengundi untuk memilih YA atau TIDAK dengan menghapuskan cookies daripada PC anda. Sekiranya anda menggunakan Mozilla Firefox, cookies boleh dihapuskan dengan menekan Tools kemudian puilih Clear Private Data…nah dengan mengulang proses ini anda boleh menambah jumlah undian, pilihlah samada mau Mahathir kalah atau menang.

Apa yang jelas di sini ialah Mahathir di usia yang tua masih beranggapan dia manusia serba tahu. Bab pendidikan yang luas kaitannya dengan psikologi dan sosial juga termaktub di dalam bidang penguasaanya sehingga beliau terlalu yakin dengan formula PPSMInya. Nah sekarang di dalam bab komputer dan aplikasi pun beliau haqqul yaqin akan penguasaannya. (Saya mengesayakki beliau mendapat bantuan daripada seseorang yang bertindak sebagai penasihat ITnya, dan seseorang inilah yang kerjanya spamming undi untuk memenangi bosnya.

Orang yang belajar kaedah kajilidik secara saintifik (walaupun belajar di dalam bahasa Melayu seperti saya tidak akan mudah diperbodohkan dengan kaedah kajilidik Poll Bahlol Mahathir ini). Yang lucunya ialah orang yang fanatik BI dan Anglophile terlalu mudah diperbodohkannya. Nauzubillahiminzalik!

12 thoughts on “Pol Mahathir Ukur Siapa Bodoh 2

  1. Haiya….saya yang dulu belajar sains dalam BM pun tahu konsep delte cookies dan spamming polls kenapa penyokong PPSMI mudah tertipu?Mungkin mereka cuma hafal istilah sahaja tetapi tak tahu konsep.Hahahaha

  2. Pungutan suara yg dianjurkan di chedet.com tidak menggambarkan ia mewakili semua rakyat Malaysia. Hanya sesiapa yg mempunyai capaian internet sahaja yg ambil bahagian, bagaimana pula masyarakat kampung??. Jika kita tengok pada ilustrasi pencapaian peperiksaan subjek berkenaan semenjak PPSMI bermula nyata ia amat membimbangkan dan gagal. Tujuan PPSMI bukan utk memahirkan BI dikalangan pelajar, mcmana nak mahir klu tenaga pengajar pun tak mahir!. Jadi penekanan subjek BI memang patut ditambah. Yang paling pokok adalah ilmu yg hendak disampaikan, ilmu akan jadi ilmiah bila ia sampai ke sasarannya. Untuk itu sistem pengajaran mesti yg mudah dan difahami semua.

  3. Biar nampak sejuta yang undi tidak. Akan nampak ketidakabsahan pol Mahathir. Konon seorang doktor yang empirikal.

  4. Who cares about his stupid poll? Problem dengan dia ni, dia ingat dia punya opinion ni orang kisah sangat. Masa time dia dulu, dia ingat orang suka sangat ke policy dia? Dia tak bagi orang bersuara mcm sekarang. Semua dia cakap mesti ikut. Dah pencen pun dia ingat orang kena ikut dia. Pi surau lagi baik. At least tuhan boleh audit dia.

  5. esok mahathir cakap pilihanraya elok dibuat online. lebih syumul, telus dan beretika…

    dia boleh jadi PM semula lepas tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s