Bukan wakil golongan berada: Ludwig Erhard

Kata Erhard di dalam bukunya Wohlstand für alle m.s. 137

Ich fühle mich nicht als Interessenvertreter der besitzenden Schichten, insbesondere nicht als Interessenvertreter der Industrie oder des Handels. Eine solche Annahme
wäre völlig irrig. Verantwortlich zu sein für die Wirtschaftspolitik heißt, Verantwortung gegenüber dem ganzen Volk zu tragen.

Saya tidak meletakkan diri sebagai wakil golongan berharta, apa lagi sebagai wakil atau pemegang saham sesebuah industri atau syarikat. Ini sikap yang salah. Tanggungjawab di dalam menggubal dasar ekonomi bermakna tanggungjawab terhadap kesemua lapisan masyarakat.

Intai proses demokrasi USA

election.jpg

Inilah calon calon yang bersaing untuk mengubah wajah Amerika nanti. Tidak semua dari Barat itu buruk, dan tidak pula semua yang (kononnya) dikatakan Asian Values itu baik. Proses dan disiplin menguruskan pilihanraya USA melibatkan peranan media yang bebas.

Bebas bukan untuk berbohong atau memfitnah lawan, tetapi bebas untuk memberi TAHU rakyat akan adanya pilihan pilihan rasional di dalam memilih calon pemimpin.

Mohamad Faisol Keling kata ada teladan dari pergolakan Pakistan

Saya setuju dalam beberapa hal yang ditulis beliau Iktibar pergolakan politik Pakistan dan ingin memperhalusi beberapa perkara yang beliau sentuh secara am yakni tidak mendasar. Sudah jelas kepada dunia bahawa Musharraf kini menampakan kecenderongan seorang diktator. Antara persamaan kelakuan beliau yang merosakan sendi sendi negara seperti yang berlaku di sini ialah Continue reading

Malaysia juga perlukan khidmat sami Buddha

Tok Sami Buddha di Burma sudah bertindak. Apakah mereka, tok tok samai ini boleh kita labelkan sebagai pengganas, perusuh dan anasir anasir subversif? Dari kacamata nasionalisme Malaysia 2007 memang mereka wajar dilabelkan begitu kerana telah mencetuskan huru hara. Jika kita tidak ketahui sejarah dan perkembangan dunia maka kejadian di Burma itu menunjukkan betapa jahatnya para sami itu. Begitu juga di Malaysia, mereka yang tidak tahu akan terus bertaklid dengan akhbar akhbar cari makan sesuap nasi seperti Utusan dan Berita Harian yang Inggerisnya ialah NST.

Apa pendirian kerajaan Malaysia? Sokong Tok Sami atau sokong junta tentera Burma yang seluruh dunia kutuk itu? Menteri Luar Malaysia Syed Hamid yang bijak itu berpendapat eloklajh kerajaan Burma sedar akan aspirasi rakyat. Ehem ehem! Sedap sungguh ayat.

Yang menarik perhatian saya ialah petikan kata seorang diplomat:
Kerajaan Myanmar sangat bertolak ansur terhadap penunjuk perasaan dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap sami-sami tersebut kerana menerima tekanan daripada China.

Melihat kepada peranan dan sumbangan positif tok tok sami dalam kancah politik Burma, apakah tok tok sami Malysia tidak boleh mencontohi mereka?

Kaya dalam Islam

….sungguh memualkan bukan kepalang!
berapa ramai kusaksikan bangsa
diperintah oleh para pemimpin yang tidak pedulikan nasib mereka
kezaliman serta pembohongan terhadap rakyat menjadi perkara biasa
mereka ketepikan kesejahteraan rakyat, padahal mereka adalah buruh upahan rakyat.
(Abu al-‘Ala)


Ungkapan penyair yang marah terhadap pemimpinnya ini mengandungi banyak rumusan yang telah digunapakai oleh para pakar ekonomi dan pembuat dasar di zaman ini. Dalam analisis kemakmuran sesebuah negara, rumusan Bank Dunia ialah kekayaan sesebuah negara bukan sangat terletak kepada sumber galian, hasil mahsul bumi, bangunan pencakar langit dan benda benda material. Di dalam laporan Where Is The Wealth Of Nations?: Measuring Capital for the 21st Century Kirk Hamilton dan tim penyelidiknya mendapati faktor modal insan dan taraf institusi (diukur dari segi keutuhan undang undang) adalah bahagian yang terbesar membentuk kekayaan sesebuah negara… Continue reading

Stasi 2.0

Stasi 2.0! Secara tiba tiba perkataan itu bergema di dalam blogosphere dunia. Stasi merujuk kepada mata mata gelap di zaman Jerman Timur dikuasai komunis. Setiap rakyat disyakki sebagai pengkhianat maka perlu di intip oleh Stasi. Hari ini Menteri Dalam Negeri Jerman Wolfgang Schäuble mulai menjadi sasaran para NGO dan blogger Jerman dan Eropah kerana beliau mulai memusuhi laman laman web dan blog yang kritikal terhadap dasar dasarnya. Apakah dasarnya yang menimbulkan kemarahan itu?

  • mewajarkan sesiapa saja yang disyakki teroris ditahan atau ditembak mati
  • tunduk kepada dasar Bush untuk melibatkan Jerman dalam peperangan di Iraq
  • sebagai ahli berpengaruh di dalam EU, mungkin langkah ini akan diikuti diseluruh Eropah
  • mahu setiap komunikasi intenet di intip</li

    Ada kaitan dengan ciri ciri Stasi 2.0 di negara ini seperti di pautan berikut:

  • Lima Puluh Tahun Terang Bulan Terbarai- Hishamuddin Rais
  • Norza Zakaria kata media internet dipenuhi fiksyen dan sensasi
  • Ketelusan

    Ketelusan itu satu tuntutan Islami. Banyak contoh dari kisah Rasul dan para sahabat. Orang Malaysia (bukan yang Melayu sahaja, kesemua!) menurut Tunku Abdul Aziz Ibrahim, pengasas Malaysian Society for Transparency and Integrity masih bertoleransi dengan amalan yang tidak baik ini.

    Dengan usia merdeka 50 tahun, rakyat Malaysia tidak terusik langsung kesedaran untuk memilih ketelusan sebagai keutamaan dalam kehidupan sebagai rakyat. Islam yang dianuti rakyat Malaysia tidak langsung berkesan mencegah rasuah dan penipuan di pelbagai peringkat. Kerana berbohong, Presiden Clinton dikutuk dan dinyahkan dari senario politik Amerika. Begitu juga nasib Presiden Nixon al-Watergate.

    Sekitar prosiding kes meletupkan orang yang hidup, saya terlihat banner dan poster “We are proud”.. Proud atau bangga kerana apa? Kenapa tidak ditulis “Bersabarlah, kebenaran pasti menang”. Rakyat Malaysia sudah akhirnya terlatih untuk merasa bangga dengan entah apa -apa. Mungkin kita juga merasa menjadi mangsa penipuan, menjadi konsumer kepada hidangan pembohongan media saban hari. Bangga lagi kerana mampu membeli kereta buatan nasional yang terlebih harganya di pasaran sedang model yang sama, lebih murah di negara jiran?

    Perkataan bangga yang sering kita gunakan menjelang sambutan kemerdekaan itu apakah tidak punyai lain makna atau maksud tersirat? Anda bangga kerana apa?