Nasihat Melayu yang dilupakan

Kerana meninggalkan pesanan bijakpandai Melayu, sosio-politik dan budaya Melayu jadi harubiru. Kerja sia-sia seperti menghunus keris, menakut nakutkan orang dengan undang-undang dan sebagainya tidaklah perlu jika diamati kata kata Raja Ali Haji:

Segala pekerjaan pedang itu boleh dibuat dengan kalam

Adapun pekerjaan kalam itu tiada boleh dibuat dengan pedang

dan beberapa ribu dan laksa pedang yang sudah terhunus

dengan segores kalam jadi tersarung

kitab Bustan al Kaatibin

Brad Meltzer beri contoh penulis promosikan buku

fate_150.jpgIni penulis thriller yang bakal saya baca dan termasuk dalam kategori saya yang iseng iseng saja. Penulisnya boleh dicontohi dari segi promosi online yang beliau lakukan. Cara begini, jika orang yang pertama kali mendengar nama Brad Meltzer dapat meninjau apa genre tulisan beliau dengan membaca bab pertama yang disajikan percuma sekaligus mengelak dari dijeling jeling oleh mamak kedai buku jika anda cuba membuka balutan plastik. Ada klip audio, ada S & J (soal jawab mengenai buku) ada promosi T-Shirt (duit dapat untuk sedekah).
Mungkin belum ada penulis Malaysia yang melangkau jauh begini kerana masih tercari cari idea atau format bagaimana blog di internet boleh membantu. Mana tau, belum cuba.

Mati sudah seratus tahun, buku baru terbit

dumas-cavalier.jpgThe Count of Monte Cristo dan The Three Musketeers adalah antara bacaan saya sewaktu remaja yang cukup popular, kini dianggap evergreen. Hari ini nama Alexandre Dumas timbul lagi dan ada pula buku baru walaupun sudah meninggal 137 tahun lalu. Buku The Last Cavalier karya terakhir beliau hanya baru baru ini ditemui manuskripnya dan telah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh Lauren Yoder.

Intrik, balas dendam dan petualangan yang berakhir dengan kemenangan kepada pihak yang benar itulah antara elemen yang dijalin begitu rupa sehingga kesemua buku buku beliau mampu memberi kepuasan.

Previu Buku Google 


Ayuh Revolusi!

revoInilah wajah prototaip laman web baru. Desain dari ehsan ustaz emio, grafiks masih belum dirangka, dan pengisiannya akan lebih substantif menjurus disamping mengekalkan wacana general interest seperti yang sedia ada di Halwa Romantis. Komen dan kritik anda amat sangatlah dihargai. Ada beberapa entri di dalam blog tersebut yang fiksyen semata mata 🙂 sementara RSS feeds yang berada di sidebar sebelah kanan adalah sedutan daripada forum sebenar, bukan fiksyen. Sudi sudilah ke rastom.net untuk menjamu mata. Kalau tak sedap cakap lah, jangan simpan didalam hati.

Media Melayu 2.0

↑ Grab this Headline Animator

Benarkah maklumat itu memberi kuasa?

M. Bakri Musa, doktor pakar yang bermastatutin di USA telah dengan murah hati meletakkan bukunya untuk tatapan ramai di dalam blognya. Saya tertarik dengan beberapa kupasan dan kritiknya terhadap sistem pendidikan kita. Antara yang menarik ialah pandangannya terhadap kempen menerapkan (teknologi) maklumat berkalimatkan “Maklumat Itu Kuasa”.

While we have been bludgeoned with the mantra that information is power, in truth it isn’t. As Stoll so rightly points out in his book, librarians are famous for having the most information, yet they lack power. Politicians on the other hand have no or very little information, yet they are very powerful. Having the information is only the first step, the more important issue is how to evaluate that information and put it in the proper perspective. That requires a faculty for critical thinking, rational reasoning, and a high degree of skepticism.

Chap 2., An Education System Worthy of Malaysia., oleh M Bakri Musa.

Banyak catatan menarik dan pasti berguna untuk mereka yang berhajat menjadi pendidik profesional.