Global Politics

Global politics – Ringkasan dari buku

Global politics concerns the relations between different actors in the world, the characteristics of those relations, and their consequences. It has to do with the nature of those actors, how they have changed over time, and how their interactions have changed over time. Global politics, also commonly referred to as international politics, world politics, or international relations, includes questions of international conflict (for example, why do countries and ethnic groups go to war with one another, and what contributes to peaceful relations?), questions of international economics (for example, why and how do states enter into trading agreements with one another, and how is wealth distributed in the world?), and questions that transcend actors but confront them nonetheless (for example, what contributes to global environmental problems, and how is cultural, political, and economic globalization changing world politics?).
Continue reading

Tahniah! Prof. Ahmad Murad Merican

Prof Ahmad Murad Merican

Prof Ahmad Murad Merican

Tahniah kepada Prof. Ahmad Murad Merican di atas lantikan beliau sebagai Resident Fellow pertama Yayasan Kepimpinan Perdana.

Bebanan besar menanti beliau, mengangkat wacana perihal alam Melayu serta dinamika yang menunjangi psyche bangsa dalam urutan sejarah sehingga kini. Semoga berjaya dan sekaligus menambah nilai kepustakaan ilmu di dalam bahasa Melayu.

Selanjutnya dari NST.

Israel lebih hebat daripada Nazi

gaza_mediumPolitik Barat sebagai hegemon sosio ekonomi dunia berpakat mewujudkan Israel kerana terlalu benci, marah dengan kezaliman Nazi Hitler. Yang tidak sealiran dengan arus perdana ini dipanggil dengan pelbagai label seperti revisionis, anti-semitik. Label label ini masih berperanan membahagikan dunia kepada dua kutub, yang jelas disyarahkan oleh Edward Said di dalam buku bukunya yang tidak satu pun habis saya baca seperti Covering Islam, Orientalism dan Culture and Imperialism.

Hari ini Israel berjaya menyaingi Nazi Jerman di dalam musabaqah kezaliman internasional. Kerana terlalu bencikan seseorang atau sesuatu akhirnya tanpa disedari mereka jatuh cinta dan terus dibuai keasyikkan melayan dendam citra Holocaust.

Entri berkaitan: Menongkah Arus

Intai proses demokrasi USA

election.jpg

Inilah calon calon yang bersaing untuk mengubah wajah Amerika nanti. Tidak semua dari Barat itu buruk, dan tidak pula semua yang (kononnya) dikatakan Asian Values itu baik. Proses dan disiplin menguruskan pilihanraya USA melibatkan peranan media yang bebas.

Bebas bukan untuk berbohong atau memfitnah lawan, tetapi bebas untuk memberi TAHU rakyat akan adanya pilihan pilihan rasional di dalam memilih calon pemimpin.

Юлія Володимирівна Тимошенко – wanita perkasa Ukrainia

Юлія Володимирівна Тимошенко (Yulia Volodymyrivna Tymoshenko) sekali lagi terpilih sebagai PM Ukrainia.uliya_face.jpg Ukrainia bukan Rusia walaupun pernah berada di dalam Kesatuan Soviet. Dan bahasa mereka walaupun berada di dalam rumpun Slav ia lebih mendekati bahasa Polandia Czech dan Slovakia.  Orang Ukrainia akan marah jika anda kata mereka orang Rusia. Apa yang menarik tentang Tymoshenko? Beliau diberi jolokan Joan of Arc untuk Revolusi Oren yang menggegarkan kerajaan korup Ukrainia. Korup kerana rasuah, salahguna kuasa mengugut pengundi dan penipuan di dalam pilihanraya. Revolusi Oren (para demonstran berpakaian warna oren) dilakukan  secara aman, rakyat Ukrainia bangun memprotes dengan mengadakan beberapa perhimpunan membantah di seluruh negara. Beliau mempunyai blog sendiri. Dan satu keunikan penampilannya yang pasti melekat dalam ingatan ialah gaya rambutnya! Apakah nanti di Malaysia juga bakal ada yang berkebolehan begini?

Mohamad Faisol Keling kata ada teladan dari pergolakan Pakistan

Saya setuju dalam beberapa hal yang ditulis beliau Iktibar pergolakan politik Pakistan dan ingin memperhalusi beberapa perkara yang beliau sentuh secara am yakni tidak mendasar. Sudah jelas kepada dunia bahawa Musharraf kini menampakan kecenderongan seorang diktator. Antara persamaan kelakuan beliau yang merosakan sendi sendi negara seperti yang berlaku di sini ialah Continue reading