Permatang Pauh: Medan baru Malaysia Baru

Hari ini Tetuan Dr Arif Shah dan Dr Anwar Ibrahim bertanding kerusi Parlimen P.44. Calon AKIM yang ketiga hanya dilihat sebagai pelakon tambahan. Banyak keistimewaan yang tiada pada pilihanraya kecil yang lain kerana ia bukan saja menjadi tumpuan dunia, malah para makhluk dan cakrawala alam, jin dan para malaikat juga mencatit. Jalur lebar pasti menjadi sempit juga lebuhraya akan menyaksikan kenderaan berhimpit himpit.

Pengaruh media massa arus perdana juga jadi pertaruhan. Gergasi media (Melayu khususnya) wajar menjadikan keputusan pilihanraya ini sebagai kayu ukur samada kerja mereka selama tempoh berkempen ini diterima khalayak atau sebaliknya.

Disamping itu juga kita boleh mengukur sejauh mana resapan teknologi maklumat berjaya diaplikasikan oleh rakyat sebagai saingan yang mampu mencabar hegemoni media arus perdana.

Selamat Mengundi!

Tanya 3 soalan sebelum mengundi

undilah

Undilah Tuan Tuan dan Puan Puan! 

Untuk calon/parti yang pernah mewakili anda, tanyalah 3 soalan ini.

1. Apa yang telah dia dilakukan (khidmatnya)  untuk anda selama ini?

2. Apakah program/projek semasa atau terkini sebelum parlimen bubar?

3. Apa program/projek yang akan dilakukannya yang berfaedah untuk anda dan masyarakat?

Selamat Mengundi!

demokrasi dan aliran maklumat

Demokrasi subur bila rakyat bermaklumat. Bukan maklumat tentang gosip artis, cerita hantu puaka atau hebatnya kerajaan langit Ayah Pin. Maklumat tentang ketelusan, amanah dan kemampuan mencelikkan rakyat tentang hak hak asasi mereka sebagai rakyat. Sejauh manakah rakyat Malaysia yang Melayu memperolehi maklumat yang seimbang untuk membuat keputusan memilih di dalam pilihanraya jika media massa amnya dikuasai oleh Media Prima. Adakah mana mana negeri demokrasi luar yang satu syarikat menguasai hampir kesemua stesen tv/radio dan akhbar?

SPR – Sedih, Pilu, Rasanya

Sebagai rakyat patriotik saya pun melawat laman web SPR. Air mata mulai menitis, sedih, pilu dan ragu. Saya diberi amaran ”

PERHATIAN!! SILA GUNA PERISIAN INTERNET EXPLORER (IE) JIKA INGIN MELAKUKAN PROSES SEMAKAN DAFTAR PEMILIH.

Amboi, sampai begitu sekali otoritarian dan terlalu taksub dengan Microsoft. Berdosakah kalau saya gunakan Firefox? Sebagai bantahan, saya gagahi masuk guna Firefox dan menyemak daftar pemilih. Setelah mengisi nombor KP terus saja saya klik! Nah, boleh juga server SPR terima permintaan saya walaupun dengan Firefox. Server lebih bijak daripada web admin SPR rupanya. Tiada diskriminasi browser.

Kemudian saya semak parti parti yang dikatakan BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA PILIHAN RAYA . Berpandukan laman tersebut, parti parti UMNO, MIC dan MCA tidak ada di dalam senarai. Apakah saya silap masuk laman web, atau ada laman web SPR yang lebih baru? Mungkin, ketiga tiga parti itu di masukkan ke dalam satu kelompok untuk memudahkan kerja – kesemuanya di dalam ruangan Barisan Nasional.

Cubalah anda layari laman web tersebut. Apakah ada mesej subliminal daripada apa yang anda temui?

Notakaki: Keadaan laman tersebut  adalah berdasarkan tarikh entri ini. Kemungkinan bakal berubah selepas tarikh ini.

Intai proses demokrasi USA

election.jpg

Inilah calon calon yang bersaing untuk mengubah wajah Amerika nanti. Tidak semua dari Barat itu buruk, dan tidak pula semua yang (kononnya) dikatakan Asian Values itu baik. Proses dan disiplin menguruskan pilihanraya USA melibatkan peranan media yang bebas.

Bebas bukan untuk berbohong atau memfitnah lawan, tetapi bebas untuk memberi TAHU rakyat akan adanya pilihan pilihan rasional di dalam memilih calon pemimpin.

Mohamad Faisol Keling kata ada teladan dari pergolakan Pakistan

Saya setuju dalam beberapa hal yang ditulis beliau Iktibar pergolakan politik Pakistan dan ingin memperhalusi beberapa perkara yang beliau sentuh secara am yakni tidak mendasar. Sudah jelas kepada dunia bahawa Musharraf kini menampakan kecenderongan seorang diktator. Antara persamaan kelakuan beliau yang merosakan sendi sendi negara seperti yang berlaku di sini ialah Continue reading