Global Politics

Global politics – Ringkasan dari buku

Global politics concerns the relations between different actors in the world, the characteristics of those relations, and their consequences. It has to do with the nature of those actors, how they have changed over time, and how their interactions have changed over time. Global politics, also commonly referred to as international politics, world politics, or international relations, includes questions of international conflict (for example, why do countries and ethnic groups go to war with one another, and what contributes to peaceful relations?), questions of international economics (for example, why and how do states enter into trading agreements with one another, and how is wealth distributed in the world?), and questions that transcend actors but confront them nonetheless (for example, what contributes to global environmental problems, and how is cultural, political, and economic globalization changing world politics?).
Continue reading

Transformasi masih belum nampak

Sementara harga barang perlu seperti makanan dan kos perkhidmatan terus naik, transformasi yang dijanjikan itu tiadalah kelihatan kelibatnya.

Paling akrab aplikasi transformasi itu ialah di dalam amaln politik berparti. Sejauh ini, untuk berkempen di PRK Parlimen Hulu Selangor, apakah sudah ditransformasi amalan menggunakan jentera kerajaan untuk tujuan kepentingan parti?

Video Dun Perak ini bernilai emas!

Sudah lama tidak ke ladang, perak berubah jadi emas. Empat tahun lagi galian ini boleh dijual!

Dunia pun sudah tahu. New York Times. Youtube dan internet tiada semasa peristiwa begini berlaku di Kelantan. Lain ulu lain parang.

Gambar kenang kenangan.

Malaysian Insider: Democracy and rule of law in jeopardy in Perak — Param Cumaraswamy

More question legality of yesterday’s Perak Assembly decisions

Permatang Pauh: Batu nisah sudah terpahat

Hari ini hampir kesemua media yang berfungsi sebagai jentera kempen untuk BN terkantoi sejenak, dengan paparan kepala berita yang menggambarkan hiba, sayu dan murung (dibaca: laporan tidak ikhlas). Di dalam sebarang pengundian, kelebihan walaupun SATU undi sudah dikira menang. Kelebihan 15,579 undi dikira sebagai menang besar. Cina kata ciak bey liao – makan tak habis. Jika Arif Shah melebihi Anwar Ibrahim hanya satu undipun maka Arif Shah pasti ditabal pemenang. Bukan setakat itu malah akan riuh bergegar kemenangan itu didendangkan di dalam media dan segenap pelusuk dan cerok rantau termasuklah Cerok Tok Kun. Tagline yang mudah anda ramalkan akan dicetak besar besaran seperti bunyi, BUKTI Rakyat Menolak Politik Ganas, Mencarut, Maki Hamun, Perkauman dan apa apa yang negatif kaitannya.

Reaksi spontan Tengku Razaleigh Hamzah yang di laporkan Malaysiakini membayang sesuatu yang bakal memberi impak besar terhadap Perdana Menteri. Katanya beliau tidak memiliki lagi sekelumit kewibawaan yang perlu untuk mentadbir negara dari hari ke hari, apatah lagi mengatur arah baru yang kita semua perlukan untuk maju dalam dunia yang kompleks. Berita lengkap. Saya kira jika Ku Li berada di tempat Pak Lah sebagai PM pun beliau pasti tidak mampu menyekat momentum Makkal Sakti ini. Beliau sendiri turun padang berkempen dan hampir kesemua para panglima dan hulubalang UMNO, MIC, MCA turut hadir untuk membantu.

Jika Anwar menang dengan hanya satu undi majoriti, walaupun dikira menang, namun ia tidak bermakna apa apa kerana Permatang Pauh dilihat bukan hanya suatu pilihanraya kecil yang biasa. Ini medan pertarungan kredibiliti. Yang dipertaruhkan ialah kredibiliti Anwar dan mesej serta agenda Malaysia Barunya. Kredibiliti media massa yang sekian lama berfungsi sebagai alat mendokong status quo jelas sekali tidak berkemampuan – kerana di dokong dasar dasar editorial yang tiada langsung sekelumit etika dan sikap yang profesional. Hakikatnya, jika mereka benar benar melapor dan mengulas sesuatu isu dengan lebih kreatif contohnya berusaha menerangkan sumbangan BN selama 50 tahun untuk membangunkan negara dalam pelbagai aspek atau sudut yang tak mampu dilakukan oleh pembangkang yang tidak pernah memerintah – itu sudah dikira suatu bonus point untuk menafikan retorik atau gagasan pembangkang. Malang, terlajak perahu boleh kita undur. Agaknya media juga sudah termakan sumpah dan tidak lagi boleh dibetulkan.

Majoriti besar ini (melebihi majoriti Pak Lah di Kepala Batas -(11,246) ini punyai kaitan dengan persepsi dan pengaruh. Cita cita untuk menarik sokongan MP lain menyertai Pakatan Rakyat adalah suatu cita cita besar. Merobah agenda ekonomi dan memperbaikki hubungan antara kaum adalah antara visi yang tak mungkin dicapai jika majoriti yang meyakinkan tidak diperolehi walaupun menang. Cakap cakap mengatakan hak Melayu terancam juga telah dineutralkan dengan jumlah sokongan yang diperolehi.

Isu isu pribadi seperti desakan supaya beliau bersumpah, menerima wang rasuah Magnum dan juga kes mengurat isteri orang yang dijaja semasa kempen jelas tidak berkesan. Kematangan rakyat memilih isu yang relevan dan agenda masa depan negara seperti ekonomi dan pendidikan membayangkan suatu senario politik mendatang yang lebih segar. Tahniah!

Permatang Pauh: Medan baru Malaysia Baru

Hari ini Tetuan Dr Arif Shah dan Dr Anwar Ibrahim bertanding kerusi Parlimen P.44. Calon AKIM yang ketiga hanya dilihat sebagai pelakon tambahan. Banyak keistimewaan yang tiada pada pilihanraya kecil yang lain kerana ia bukan saja menjadi tumpuan dunia, malah para makhluk dan cakrawala alam, jin dan para malaikat juga mencatit. Jalur lebar pasti menjadi sempit juga lebuhraya akan menyaksikan kenderaan berhimpit himpit.

Pengaruh media massa arus perdana juga jadi pertaruhan. Gergasi media (Melayu khususnya) wajar menjadikan keputusan pilihanraya ini sebagai kayu ukur samada kerja mereka selama tempoh berkempen ini diterima khalayak atau sebaliknya.

Disamping itu juga kita boleh mengukur sejauh mana resapan teknologi maklumat berjaya diaplikasikan oleh rakyat sebagai saingan yang mampu mencabar hegemoni media arus perdana.

Selamat Mengundi!

Astaghafirullah! Ennui sungguh! Muak teramat bangetlah sehari dua ini dengan berita semasa. Akta DNA kata Pak Lah,

……baik untuk kita dan untuk masa depan kerana ia akan menjadi satu pendekatan penting dalam usaha pihak berkuasa untuk meningkatkan keberkesanan tindakan membasmi jenayah

Akta itu akta ini, macam macam akta kita ada. Kebetulan pula akta ini setaraf dengan Sumpah Saiful, yakni secara kebetulan (SS). Singkatan SS ini kalau di zaman Hitler merujuk kepada satu grup elit Gestapo, digeruni oleh para tentera Jerman tak kira apa pangkat mereka. Sumpah Saiful khabarnya tidak ada kena mengena dengan pilihanraya Permatang Pauh (PP). Maka begitu jugalah, secara kebetulan dan tidak ada kena mengena dengan kes Anwar Ibrahim. Drama dan filem Melayu yang sudah berkurun tidak saya tontoni punyai banyak elemen elemen yang kebetulan. plot yang sudah boleh kita ramalkan apa kesudahannya.

Maka secara lazimnya plot dan jalan cerita yang sama juga kita dapat ikuti pada hari penamaan calon baru baru ini. Dulu di Alor Setar, entah pilihanraya 2004 saya pun tak pasti, timbul kisah Abe Jak dikatakan menyelak kain mendedahkan kelakiannya kepada seorang puteri Umno. Kes selesai begitu saja. Yang terbaru pula kes meraba. Saya amat bersimpati dengan para petugas pilihanraya BN yang sering saja menjadi mangsa raba, selak kain , caci-maki, tohmah, fitnah, pukul kepala sampai berdarah dan banyak lagi kerja jahat parti parti bukan BN. Badigol sungguh! Adakah patut Puteri Umno yang bersopan santun, lembut, ayu lagi menawan itu diperlakukan begitu. Sungguh kurang sopan!

Notakaki: Akhbar akhbar Melayu rupa rupanya masih belum belajar dari kesilapan mereka semasa pilihanraya 8 hb Mac yang lalu. Benarlah adanya cerita legenda Yunani, Sang Raja Sisyphus itu tidak kunjung hentinya membuat kerja kerja yang sia sia menolak batu ke atas bukit.

UITM bukan mendidik untuk berfikir

Apa saja isu mengenai UITM dianggap sensitif kerana kaitannya dengan bangsa Melayu. Isu bangsa dan kebangsaan Melayu adalah tagline yang selama ini menjadi modal politik bagi sesetengah parti yang ruh wujudnya ditiupkan semangat kebangsaan. Istilah semangat kebangsaan bukanlah pula suatu formula atau kalimat yang sama mafhumnya untuk setiap orang.
Continue reading