Dato Dr. Nordin Kardi vs Muhtar bin Hj. Suhaili

Siapa pula yang memplagiat siapa? Dato Dr. Nordin Kardi dikenal ramai dan kini menjawat jawatan tertinggi di Universiti Utara Malaysia, sementara Muhtar bin Hj. Suhaili daripada artikelnya kita difahamkan adalah Mantan Presiden MPP UIAM 2003/2004.

Anda bacalah sendiri apa yang Sdr Muhtar ketengahkan didalam lamannya.  Jika benar berlaku plagiarisme, maka ini insiden kedua dalam seminggu. Yang pertama melibatkan Ketua Redaksi NST, Brendan Pereira yang dikatakan mencedok karya Mitch Albom.

Published by rastom

Panduan bahasa, penulisan terjemahan dan ehwal berkaitan bahasa modern dunia

17 thoughts on “Dato Dr. Nordin Kardi vs Muhtar bin Hj. Suhaili

  1. KEKENCINGAN
    (Apologi bahasa kepada anda semua)

    Tidaklah aku ketahui kebenaran, siapa benar dan siapa salah, dalam hal Brendan Pereira – Mitch Albom; dan Dr. Nordin Kardi – Muhtar Suhaili ini. Aku hanya percaya yang haq akan tegak, dan yang bathil akan tenggelam…pasti tenggelam.

    Tanpa menyentuh kisah di atas, jom kita cerita umum sahaja lah.

    Itulah Rastom, aku dah kata dah. Melihat gelagat orang me…layu dan juga intelek me…layu, yang sememangnya kini semakin layu, perihal etika harta intelek melayu pun tersondol sudah memang semakin banyak.

    Aduhai teringat aku akan kisah popular individu yang terkentot tapi tak mengaku. Dia kentot dalam teksi yang di dalamnya ialah, tentunya pemandu, dan 3 lagi penumpang lain. “berdengung!” Akhirnya, tertangkap dia oleh cerdiknya pemandu.

    Dalam keperihalan ngoyak kulit, kekal isi dan salin kulit baru berserta tukar nama, kelazimannya sudahpun bermula dengan Menteri Kabinet (Port Folio Agama Islam). Seandainya di peringkat kepemimpinan Universiti pun turut sama sujud kepada kepemimpinan melalui teladan (buruk), maka usahlah terkejut jika guru kencing berdiri, murid kencing berlari, dan pemimpin universiti kecing dalam seluar. Zip intact.

    Ini adalah gegara sesebuah amalan sah peraturan universiti, iaini disertasi peringkat Ph. D. 95% petikan usaha orang lain, baki pendapat sendiri, itu pun letak di bab hujung. Tradisi begini berterusan sehingga kini.

    Habis macam mana?
    Sesamalah kita tengok…siapa yang kena kencing, dan siapa kencing siapa? Pun ada yang rasa nak terkencing tetapi tak boleh kencing.

  2. OK. Aku berani cabar semua orang Me…layu yang percayakan hantu. Umur aku dengan Rastom lebih kurang saja. Tapi aku tak pernah jumpa hantu. Ini semua, propaganda beberapa orang nenek kita yang tak mahu cucu berlarian ketap-ketup-prum-pram-prem, lantai rumah depa, waktu depa baik punya nak lentok. Jika ada di antara kita yang takut hantu, ke masjid jumaat ini, dengar bebetul, yang disuruh takut sebenar takut…ialah…?

    Takut hantu konon, bertambahlah layu jadinya kamu ini semua.

    Tapi ada sejenis manusia mahu sangat jadi hantu, iaitu ghost-writers. Penulis-hantu. Aku memang nak jika ada seorang Me…layu, yang menegak atau mengembang lalu memimpin Universiti. Kata orang ada, tapi aku belum nampak seorangpun lagi.

    Sila bangun semua pemimpin universiti, yang sudahlah kredit hour mengajar paling kurang. Meeting you no think, pagi sampai malam. Tanggungjawab delegasi kepada juniowi dan al-pentadbiri. Entah apalah kerja mereka yang gaji besar ini saban hari. Tulis apa pun sudah tidak lagi. Orang lain diperah, dan sanggup diperahi, kerah ke, kerah perah, gitulah, untuk tulis segala macam, surat, borang, artikel, summary journal, papers to be presented locally and globally, buku, dan lain-lain adanya.

    Sila bangun dan berdiri atas kerusi, selama 3 tahun, semua yang pernah melakukan walau sekali kerja paling hina dan menghinakan kepemimpinan dan keintelektualan Me…layu ini.

    Aku rasa dewan besar mana-mana Universiti, tak muat jikalau barangkali mungkin semua pengguna penulis-hantu ini berdiri.

    Lepas itu, tak usahlah bergelar Me…layu lagi. Gelarlah diri kamu, Memalu. Itulah bangsamu kini.

    Tom, ini bukan unsur lagi, memang sur-e!

  3. Zub,

    Pernah dengar “mengabsahkan kemengkalan”, itulah dia institutionalizing mediocrity, wabak yang menimpa menara gading dinosaurus Malaysia.

  4. KARYA SAYA DICIPLAK: MOHON PENJELASAN ISLAMHADHARI.NET…

    As-Sarawaki, 18 Disember 2006: Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, akhirnya maklumbalas dan duduk sebenar berkenaan isu artikel ciplak ini telah diperjelaskan. Dato’ Dr. Nordin Kardin memaklumkan bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan isu artikel atau kertas kerja ciplak tersebut. Maknanya kini, jelas bahawa pihak laman IslamHadhari.net bertanggungjawab sepenuhnya di atas penerbitan dan penyiaran entry yang tidak professional serta melanggar hakcipta dan hak harta intelek. Saya masih terus berharap agar pihak IslamHadhari.net dapat menghubungi saya dan memberi penjelasan yang sewajarnya. Berikut adalah suntingan dari Chatter Box laman http://muhtarsuhaili.tripod.com yang mudah-mudahan memberi penjelasan yang sebaiknya dan sekaligus membersihkan nama Dato’ Dr. Nordin Kardi:

    : saya baru dapat tahu isu ini. Tak ada kena mengena dengan saya. Muhtar kenal saya, adakah munasabah saya sedemikian teruk tak boleh menulis lalu menciplak karya Mukhtar? Nordin Kardi.

    : Salam Datuk Dr. Nordin Kardi.. Apa khabar Datuk yg saya hormati? Didoakan sihat sejahtera dan berada dlm hidayah dan iman yang baik serta terus diberi kekuatan ber’amal liridhalLah..

    : Alhamdulillah, sy syukur stlh Datuk sendiri mngatakn Datuk tidak ada kena mengena dgn isu ini dan itulah yg saya harapkn. Saya pernah cuba menghubungi Datuk utk mdptkn maklumbalas ttp gagal.. Alhamdulillah, terima kasih sudi memaklumkn melalui laman ini..

    : Sepertimana yang telah saya maklumkan di dalam laman KampusNegara, saya telah memohon penjelasan dari laman IslamHadhari.net lebih dari lima kali tetapi sehingga ke saat ini tiada sebarang penjelasan diberikan..

    : Once again, thank you very much Datuk and appology is offered for any inconvenience caused. Saya boleh dihubungi di al_akhyar81 @ yahoo.com. Semoga segalanya khair dunia dan Akhirat. Jazakallahu khairan kathira. Shukran ‘alaik.

    Wallahu a’la wa a’lam bissawab.

    More: http://muhtarsuhaili.tripod.com/ciplak/

  5. Alhamdulillah,

    Dato Nordin Kardi telah mengesahkan beliau tidak tahu menahu tentang kertas kerja tersebut yang disiarkan dalam Islam Hadhari.net. Perkara ini dimaklumkan oleh Muhtar Suhaili sendiri.

    Islam Hadhari.net telah membuat kenyataan mohon maaf di laman web mereka dan menekan sikap kesal atas sebilangan mereka yang ingin membawa isu ini ke peringkat publisiti lebih tinggi dengan alasan, hendak menjatuhkan nama baik tokoh akademik ini yang banyak menyumbang kepada negara.

  6. aliman,
    terima kasih, dengan penjelasan itu diharap pihak yang terlibat mencemarkan nama Dato’ itu tahu diri dan tahu apa perlu beliau lakukan.

  7. Tuan Rastom dan Tuan Aliman,

    Mengapakah kebenaran mengambil waktu begitu lama untuk disampaikan kepada umum?

    Mengapakah penafian oleh pihak-pihak yang terlibat mengambil masa begitu lama sebelum diwarwarkan?

    Mengapakah penafian itu tidak dibuat dalam media?

    Mengapakah Datuk NK tidak mengambil tindakan keras ke atas pihak yang menjatuhkan maruahnya dengan begitu serius sekali? Berapa jutakah nilai maruah seorang Naib Canselor?

    Makin dipersoalkan, makin banyak persoalan!

  8. Tuan RASTOM,

    Apakah kepentingan Islamhadhari.net mahu ‘buat dajal’ sejahat itu ke atas Dato’ NK?

    (Saya garu2 kepala nih!)

  9. Tuan tuan dan puan puan,

    Yang saya nampak, ia bermula dengan islamhadhari.net memuatkan tulisan MS tetapi byline dicatat oleh Dato’ NK. Bila Tuan MS nyatakan diatas bahawa Dato NK tidak tahu hal ini, maka laman islamhadhari.net lah yang biang keladi. Saya lagi garuk garuk kepala. Kehebatan islamhadhari mana mungkin remehkan byline penulis, apalagi seorang tokoh yang banyak berjasa?

  10. Rastom,

    Aku tidak pernah dengar “mengabsahkan kemengkalan”, yang dikatakan seerti dengan institutionalizing mediocrity, wabak yang menimpa menara gading dinosaurus Malaysia.

    Mengkal ini ada persamaan dengan mangkau (Orang Perak kate, mangkor). Selainnya bebal, baghal, bangang, bongok, bodoh, tolol, tongong, tengin, mangkok hayun, tokey, jahil, dan banyak lagi.

    Kita mungkin boleh lakukan sesuatu untuk memajukan universiti di Malaysia. Mungkin, 100 tahun lagi. Buat masa ini biarlah universiti dalam keadaan begini. Harapan cerah, bila lesson kembali menjadi pendidikan.

    Sebelum kisah ciplak ini muncul, ada seorang sahabat, cerita lebih daripada 8 jam, mengenai kehebatan beliau. Khususnya memajukan universiti.

    Aku dah kata perihal ini sejak 1983 lagi. Tambahan pula, aku sudah muncul ke udara di radio dengan mantan YAB Menteri Besar Selangor, dan isu yang aku bangkitkan perihal kemajuan pendidikan di Malaysia, telahpun kemudian dibangkitkan oleh seorang ustadz, dalam perhimpunan mereka.

    Aku mula tertarik dengan beliau, bila disebut perihal yang sama. Kemajuan pendidikan di universiti. Namun selepas idea itu beliau serahkan kepada pegawai di bawah kepemimpinannya, sampai sekarang belum kedengaran khabar berita.

    Beberapa tokoh pendidikan yang aku tahu, sedar masalah dan cabaran pendidikan di negara ini, tapi mereka tidak tahu caranya. Atau lain-lain faktor yang di luar pengetahuanku.

    Aku rasa, seandainya pendidikan di Malaysia ingin dimajukan supaya bertaraf pusat pendidikan dunia, sudi apalah kiranya para Menteri berkenaan jumpa aku walaupun sekali. Sebab aku sudi jumlah mereka, walau pun berjuta kali.

    Jika tidak, sabarlah ya…

  11. Penjelasan IslamHadhari berkenaan isu ini.
    Sumber: http://www.islamhadhari.net/v4/seminar/detail.php?nkid=21
    Oleh | 18/12/2006 |

    Pihak islamhadhari.net ingin memaklumkan kepada Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili, Bekas Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UIAM sesi 2003/2004, bahawa sebaik sahaja kami menerima email daripada pihak beliau, pihak islamhadhari.net telah memohon maaf kepada beliau akibat dari kesilapan teknikal yang tidak disengajakan dilakukan oleh pihak islamhadhari.net berkaitan kertas kerja seminar yang dipaparkan bertajuk “Mengurus Kejayaan: Isu dan Cabaran.”. Malahan, pihak islamhadhari.net telah mengeluarkan kertas kerja seminar tersebut daripada laman web islamhadhari.net.

    Perkara ini seharusnya, tidak perlu diperbesarkan atau dipermainkan lagi di peringkat yang lebih tinggi untuk mendapatkan publisiti dengan menjatuhkan maruah tokoh akademik yang disegani, dikagumi serta telah banyak berjasa kepada masyarakat dan negara, seperti Y Bahagia Dato’ Dr. Nordin Kardi. Memandangkan isu ini telah menjadi isu yang sensasi dan kontrovesi maka pihak islamhadhari.net memohon maaf secara terbuka kepada Dato’ Dr. Nordin Kardi dan Saudara Muhtar B. Hj. Suhaili.

    Sehubungan dengan isu ini, dan bermula pada hari ini, kami menyeru semua pembentang-pembentang kertas kerja dalam mana-mana pembentangan seminar samaada dalam negara mahupun luar negara di harus untuk menghantar surat persetujuan untuk memaparkan bahan bercetak untuk mengelakkan sebarang kontrovesi berlaku pada masa mendatang. Malahan kami juga memohon semua rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk menghantar artikel ke laman web kami dan menegur sekirannya didapati ada unsur – unsur tidak sesuai untuk tatapan umum. Sekiranya, semua rakyat Malaysia yang beragama Islam memainkan peranan ini insya-Allah maklumat akan dapat dikongsi bersama agar mendatangkan kebaikkan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Niat kami adalah untuk memastikan semua umat Islam mendapat manfaat daripada semua artikel di dalam laman web ini. Tetapi, pihak kami amat kecewa sekiranya niat murni kami ini dijadikan agenda untuk menjatuhkan sesama insan yang beragama Islam.

    More: http://muhtarsuhaili.tripod.com/ciplak/

Leave a comment