2pm, July 9th, Stadium MERDEKA: Malaysia’s moment of truth

Petikan dari laman Bersih.org

Malaysians from all walks of life have travelled a very long road to reach this defining point in our nation’s history. With less than 24 hours to our intended peaceful gathering, our resolve to walk the last, most difficult mile as one united people in pursuit of clean and fair elections and a better Malaysia for all is firmer than ever.
Continue reading

Utusan: Lambang Kebodohan Bangsa

Hina Utusan: Langkah mayat kami, kata PERKASA

Perkasa, Utusan dan kebodohan memang laksana lagu dan irama. Bergerak harmonis dan wujud hikmahnya sebagai pembanding di antara yang gelap dan terang. Setiausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali pula bermadah “Utusan Malaysia bagaikan sajian dan pakaian. Ia takkan basi sampai bila bila.” Di majlis yang penuh emosi ini jelas membayangkan detik berakhirnya sebuah institusi persuratkhabaran Melayu yang selama ini tidak mampu berdikari sebagai sebuah entiti bisnes tetapi amat mengharapkan suntikan belas ehsan penguasa. Inilah model bisnes yang cukup merosakkan tetapi berleluasa melahirkan ramai CEO, jutawan segera.

Hikmahwujud atau raison d’etre sesebuah akhbar sebagai penyuluh minda, penjana minda progresif telah dilencongkan ke arah mempertahankan agenda sekumpulan bangsat yang bergerak di atas nama parti Melayu. Utusan memang layak dipadankan dengan istilah apparatchik yang di gunakan Soviet Rusia, yakni perkakas yang dpacu oleh Politburo Komunis guna untuk memandu pemikiran rakyat Soviet ketika itu.

Malangnya di Malaysia peranan apparatchik seperti ini kini mudah diperlekehkan kerana media cetak tidak lagi menguasai persekitaran. Golongan bangsat yang punyai agenda jahat untuk meneruskan kekuasaan lupa akan perkembangan meluas ICT. Maka apa yang jelas terlihat daripada usaha mempertahankan Utusan oleh golongan Perkasa ini tidak lain hanyalah usaha sia sia mengembalikan kredibiliti, cubaan lemah menarik simpati bangsa kononnya ia adalah satu institusi bangsa yang suci lagi keramat.

Salam 1Pandikutty! Kursus kewartawanan gaya Utusan

muka_hadapan10mei2011

Harga gula naik 20 sen tak jadi berita utama

Khusus untuk para pelajar kewartawanan, komunikasi, jurnalisme. Ini cara utusan bekerja. Suratkhabar terulung Melayu yang entah menjadi lidah siapa sebenarnya. Harga gula yang naik kali keempat tahun ini tidak mendapat perhatian.

Sebagai pelengkap kepada entri ini, elok juga dirujuk: Utusan rendahkan martabat kewartawanan Malaysia

Menjelang PRU 13 Utusan semakin gila

Muka depan Utusan 7 Mei 2011

Hukum Qazaf saya laksanakan terhadap Utusan dan mereka yang menjaja fitnah di dalam media. Cuma saya tidak mampu memberi 80 sebatan kepada editor senior Utusan dan tangan tangan ghaib yang mengarahkan kerja putar belit ini. Ingat kes al Maunah, kes Ayah Pin, kes video seks dan kes tanjak berlambang salib Ku Li? Semuanya dijaja menjelang pilihanraya.

Tetapi bila akhbar Utusan mengutip bahan bahan daripada blogger – blogger yang menyara kehidupan dengan menjilat apa saja suapan tuan tuan politik mereka, maka Utusan juga jatuh sebagai akhbar paria yang tidak beretika dan bermaruah. Memang patut akhbar ini diabaikan tetapi malangnya masih ada pihak yang hidupnya tidak sempurna tanpa hidangan najis tatkala bersarapan secawan kopi dan karipap.