Untuk berperang, guna teknologi yang merdeka daripada mana-mana syarikat.

Kata sdr Hasbullah Pit. Beliau menyingkap secara ringkas sejarah perang Netscape lwn Microsoft IE untuk memenangi hati pengguna dan para developer bahan untuk kegunaan web. Terima kasih di atas kesudian menitipkan sejarah itu walaupun ringkas tetapi ada kaitannya dengan dasar yang sedang dan akan dirumuskan oleh negara .

Dasar untuk tidak terlalu bergantung kepada produk produk keluaran sesuatu syarikat ini nampak pada sesetengah negara seperti China dan Thailand. Dasar strategis negara negara tersebut ialah dalam usaha mereka menggalakkan R & D terhadap sofwer Open Source (yang sering meletakkan Microsoft sentiasa dalam keadaan berjaga jaga). Malaysia bagaimana? Sepanjang pengetahuan saya, banyak operasi ICT yang melibatkan badan badan kerajaan hampir kesemuanya terlalu bergantung kepada Microsoft. Apakah ini bukan satu penjajahan siber?

Published by rastom

Panduan bahasa, penulisan terjemahan dan ehwal berkaitan bahasa modern dunia

4 thoughts on “Untuk berperang, guna teknologi yang merdeka daripada mana-mana syarikat.

  1. terlalu payah untuk open source menawan hati pengguna selagi kesenangan end-user tidak dititikberatkan.

    contoh tradisi paling agong,
    Games high-profile pun tidak sewenang-wenangnya dapat dimainkan pada platform open source. Terlalu banyak konfigurasi-konfigurasi yang menjadikan sistem menjadi lebih tidak stabil dan meletihkan pengguna. Pengguna amat terkeliru dalam cubaan2 ini.

    wajah GUI pada sistem windows nampak jauh lebih menarik daripada GUI open source walapun kedua2 platform menggunakan pemacu kad grafik 3D yang mahal.

    Bandingkan warna serta font yang dihasilkan antara kedua2 platform tersebut. Amat ketara perbezaannya.

    Cubalah walaupun menggunakan FEDORA Release 9 / mahupun Ubuntu (jika ada sekalipun). Warna2 mereka tetap berlainan dan tidak sama.

    Bandingkan cara installasi mereka dengan menggunakan tar-xvf mahupun rpm. Juga yum-install. juga ./configure ./make ./install

    sangatlah primitif, dhaif dan berterabur.

    dan aku adalah juga pengguna open source (yg keletihan)

    elhakim,

    Segala rungutanmu itu benar belaka. Dalam bidang games memang corot jika dilihat dari kemampuan OS untuk mengrender grafik canggih. Hakikatnya begitulah kerana asal usul OS Nix itu bukan untuk “cantik di mata” tetapi robust sistemnya untuk kendalian sistem. Aku juga tidak pernah mengidamkan apa apa games, fonts dan kemudahan instalasi dari Open Source. Kelebihannya hanya pada beberapa aspek seperti:

    Beroperasi sebagai server pelbagai guna seperti web server

    Web server Apache itu percuma dan gunaannya meluas. Lebih tahan lasak daripada sofwer server Microsoft. Lebih banyak server di dunia menggunakan Apache daripada menggunakan server keluaran Microsoft atau jenama jenama lain yang berbayar.

    Beroperasi sebagai programming machine dengan pelbagai tools yang percuma.

    Platformnya memudahkan sebab ada tools percuma daripada Gnu. Ada C, Perl, Php, Mysql, Awk, Gawk, Fortran, Pascal dan lain lain. Agaknya OS Nix ini mampu bertahan kerana tools ini banyak faedahnya kepada para sysadmin. Hackers pun suka dengan tools begini..hehehehe.

    Platform yang boleh dibikin semula untuk kegunaan khusus

    Untuk audio/video editing segalanya percuma. Jika kita buat bisnes audio/video, tak bimbang jika BSA datang melawat premis bisnes kita tanyakan lesen itu ini, hehehe..

    Cuma sedikit malanglah, aku pun tak boleh layan Counter Strike (dulu masa budak2). Games bodoh macam Doom, consoles memang banyak. Kalau rajin jenguk jenguk di Games For Linux, adalah sikit sikit..hehehehe

  2. ooppss lagi mau tambah kalu..

    pegawai kerajaan ada sesetengahnya 2 alam. Yakni, terdapat dua Operating system (OS) dalam sesebuah mesin.

    walaubagaimanapun masa mereka kebanyakannya banyak tertumpu pada XP dan Vista.

    itulah yang sedihnya…

Leave a comment