Perjuangan UMNO yang belum selesai

Setiap kali ada Perhimpunan UMNO saya dengar ayat perjuangan dan hal hal yang belum selesai. Perkataan lain ialah mertabat, Islam dan kali ini , mungkin untuk kesekian kalinya timbul anunya. Dan perkataan yang merujuk kepada bahagian kemaluan ini diulang ulang menjadi selingan lelucon. Kata orang tua, bila bersembang lalu timbul hal hal yang berkaitan kemaluan, najis dan sebagainya itu tanda tanda finale, atau kemuncak berakhirnya diskusi yang berfaedah.

Khabarnya sesi Perhimpunan kali ini paling hambar. Entah, sejak bila ia tidak hambar dan kali ini ucapan Presiden Umno pula tidak diberi liputan meluas akhbar kerana terpinggir oleh Deepavali. Rasanya saya tidak rugi apa apa kerana tiada apa yang baru, tiada sesuatu yang mencerahkan. Jika pimpinan UMNO sebagai teras pencerahan bangsa (andaian saya) gagal menyuluh dan memberi ilham baru, apakah ini maknanya?

Published by rastom

Panduan bahasa, penulisan terjemahan dan ehwal berkaitan bahasa modern dunia

3 thoughts on “Perjuangan UMNO yang belum selesai

  1. psstt.. tn elrastumi El-ayumi,

    hurmm… pasal perjuangan tu………

    1. memang ditakdirkan tidak akan selesai. kalau tgk muka perwakilan seornag-seorang, bisa merasain bahawa Takdir tersebut semakin lama semakin kuat dan seakan2 tidak bisa-selesai.

    sampai bila-bila.

    he.he.

    2. fasal kemaluan tu, jgnlah cakap kuat-kuat, nanti ada yang bertambah besar kemaluannya oopps silap ‘malunya’.

    he.he.

  2. Kite ni bila time berdebat, berbincang, dan berceramah … semangat bukan main!

    Tapi bile mai election, tengok yang terpangkah amenu jugak.

    U Must Not Oppose!

    Kesian …

    Ungelege Murrugakal Nandri Orivali, mafhumnya “terimakasih ini buah mungai satu ringgit” . Boleh buat gulai Itu enjin 50 tahun punya sudah ada banyak rosak. Mau kasi bersey pun itu Mr Bersey sangat marah. Ayo yo.

Leave a comment