angkasawan malaysia : ulangtayang

Boleh sesiapa tolong jelaskan kepada saya apa pentingnya angkasawan kepada negara kita? Angkasawan perlukan kenderaan untuk ke angkasa, seperti mana pemandu teksi perlukan sebuah kereta untuk menjalankan tugasnya. Jika hari ini kita berjaya melatih 10 atau seribu orang angkasawan terlatih, dimana roketnya? Adakah dengan mempunyai angkasawan, kita juga perolehi teknologi membina roket atau kapal angkasa? Jika 10 orang angkasawan terlatih itu hanya akan terbang dengan kapal angkasa buatan negara lain, ertinya kita hanya melatih orang untuk menjadi pengguna teknologi. Masih bergantung ihsan. Jika jawapannya kita juga akan bina kapal angkasa sendiri dan terbangkan mereka dalam masa 10 tahun lagi, kemungkinan besar para angkasawan terlatih itu akan jadi angka-sawan (mungkin juga angka – sawang)

Ada cerita disebalik kisah angka sawan Malaysia di blog penarik beca!

Published by rastom

Panduan bahasa, penulisan terjemahan dan ehwal berkaitan bahasa modern dunia

38 thoughts on “angkasawan malaysia : ulangtayang

  1. Asalam, hebat tulisan Tuan Rustam, banyak yang tersirat. Angkasawan dengan angka-sawan. Saya berpendapat, kalaulah kita hanya tinggal sebagai pengguna kebendaan, tinggal dalam dunia kebendaan dan hanya mengejar kebendaan, maka kita akan lihat, angka mereka yang “sawan”, iaitu mereka yang tertekan jiwanya hingga tahap bunuh-diri (seperti Jepun, Sweden dan negara pertama yang lain mempunyai kes bunuh diri tertinggi) akan bertambah meningkat diMalaysia. Tetapi kalau kita imbangkan dengan kehidupan beragama, maka setinggi mana pun angkasawan kita pergi, kita masih berpijak didataran nyata. (Alhamdulillah, angkasawan Malaysia telah disediakan dengan cara-cara bersolat biarpun mereka jauh diangkasa)

  2. salam,
    kita bukankah suka pada rekod? dengan menghantar angkasawan kita terbang melihat bumi dari atas, maka lenyaplah mitos orang Melayu tidak pernah menaiki kapal angkasa!!

    kesan pro dan kontra itu, mesti ada..tetapi apa usaha kita? terutamanya yang mempunyai kuasa dan pengaruh..Iran sudah mempunyai jet pejuang buatan mereka sendiri..kita? terhegeh2 beli dgn orang lagi..

    agaknya kita ini lembab sedikit, melihatkan inilah Mahathir tukar Sc & Math ajar dalam BI, agaknya boleh jadi cepat sikit capaian terhadap Wawasan 2020 dia tu..agaknya lah, jadilah kita mengkerandakan jatidiri kita sendiri..

    macam Hang Tuah, kononnya hanya boleh dibunuh oleh keris Taming Sari sahaja..

  3. Penulisan Tuan Rustam ada benarnya.Jika dilihat dari sudut yang positif, dengan adanya angkasawan Malaysia, ini sebagai langkah pertama. sudah pasti, ia akan berkembang dari semasa ke semasa mungkin satu hari nanti malaysia bakal membuat roket sendiri, itu tidak mustahil..siapa sangka kita ada bangunan pencakar langit pada hari ini. Kita negara membangun yang aman damai..kita ada impian, biasanya sesuatu kejayaan bermula dari impian.

  4. Silap. Malaysia ada gaya tetapi tak ada roh. Pembangunan industri aerospace itu memerlukan asas matematik yang kuat di kalangan rakyat sebagai sokongan asas. Tanpa itu mustahil kerja-kerja yang memerlukan kejituan tinggi (seperti dalam hal-hal kejuruteraan aerospace) dapat diisi oleh orang tempatan.

    Anda lihat saja prestasi Malaysia dalam pertandingan Matematik Olimpiad Sedunia yang baru-baru ini.

    http://www.imo2007.edu.vn/index.php?module=ViewResultByCountry.php

    Di kalangan 93 negara bertanding, Malaysia berada di tempat 76. Indonesia pun lebih hebat daripada kita. Lihat Thailand dan Vietnam. Mereka mempunyai modal orang muda yang semakin yakin dan kuat, sementara Malaysia terus tenggelam dalam polemik perkauman yang tak habis-habis.

    Asas, betulkan asas dahulu!

  5. errrrrr…

    aku rasa soalan ini elok ditujukan pada SAC II Musa Hassan memandangkan si-dia ni mempunyai konfident dalam menganalisis dan menjawab segala teori duniawi.

    Bukan setakat dunia-kepolisan, malah serba serbi. Fizik yang terutamanya.

  6. Tuanku Rastom,

    Apa hebatnya menjadi penumpang dalam kapal angkasa? Monyet dan lalat pun pernah duduk dalam kapal angkasa. Suri rumah pun pernah. Guru tadika pun pernah (malangnya kapal itu meletup semasa dilancarkan).

  7. Lupa hendak saya sebut bahawa….

    2 orang “angkasawan” kita itu tidak pun ditarafkan sebagai “Astronaut” ataupun “Cosmonaut” oleh NASA.

    Mereka berdua itu adalah pelancong angkasa….

  8. Pelancong angkasa ini juga perlu ada latihan cukup seperti angkawasan sebenar, bukan macam pelancong di bumi. Pelancong di dasar laut pun perlu tau menyelamkan?

    Saya teringat tentang satu video klip animasi angkasawan pertama malaysia. Tapi angkawasan nya perempuan.

    Mungkin orang melayu perlu di bawa untuk mengkaji adakah wujudnya makhluk halus di angkasa lepas. Dalam bidang ni kan orang melayu terlalu pakar. Jadi bersiap sedialah nanti si Syeikh Muzaffar berceritakan mendengar suara-suara halus ketika di kapal angkasa. Berita ini akan dilaporkan pula oleh majalah Mastika dan tabloid Harian Metro.

  9. Teringat pula teori Edward de Bono tentang “kesan pintu gerbang”.

    Pintu gerbang yang sempit menyebabkan sedikit sahaja antara ramai orang yang berpusu-pusu dapat masuk pintu sempit itu.

    Apabila pintu gerbang itu dibesarkan, maka ramai yang dapat masuk.

    Pintu gerbang yang sempit bukan bukti orang yang “lolos” itu “lebih istimewa” daripada yang lain. Itu hanya membuktikan yang lolos itu pandai dalam seni berebut-rebut.

    Tunggu nanti, apabila penerbangan ke luar orbit sudah menjadi murah…. teramat ramai yang dapat terbang.

    Dulu-dulu, kapal terbang tidak banyak. Melayu pertama menjadi pilot pun dianggap “orang istimewa”. Sekarang, menjadi pilot sudah perkara biasa.

    Sekali lagi saya teringat Laeral Thinking.

  10. Yahabibi..namanya Syeikh Muzzaffar tak mencerminkan melayu Malaysia. ini arab la… arab la…

  11. Ini serupalah dengan cerita ayam dan telur, ayam duhulu atau telur duhulu, dalam kontek ini pun sama, angkasawan duhulu atau roket dahulu…timbang-timbangkanlah.

    Agak simplistik memadankan isu ini dengan “ayam dan telor” kerana projek angkasawan menggunakan dana yang seperti Sifu PTS katakan memerlukan prioritiSaya melihat projek ini cuma menjadikan kita sentiasa bergantung dan selamanya menjadi masyarakat consumer.

  12. Tuan Rastom, tumpang lalu….

    Isu ayam dan telur tidak serupa dengan isu pelancongan angkasa.

    Banyak prioriti lain yang mesti didahulukan apabila membelanjakan duit negara.

  13. Penting.. sangat penting. Kalau tiada ‘angkasawan’ Melayu maka kita tak akan tahu macam mana rasa roti canai kat angkasa.. penting tu.. kenapa mereka tak cuba ‘tebar’ roti canai tu sekali .. persatuan restoran mamak malaysia boleh sponsor dan beri latihan.. errr… berapa juta kita invest utk ini?

    Peminat roti bom

  14. Tuan Rastom, tumpang lalu…

    Jika begitu, lebih baik kita hantar mamak jurutebar roti canai itu sahaja…

    Persatuan Restoran Mamak tentu lebih setuju!

    Persatuan Restoran Mamak sudah lama mesra angkasa. Lihat pada logo bulan bintang dan angka 786.

  15. Susah nak komen,
    tapi SU 30 MKM jauh lebih murah dari F-18 Hornet tanpa sebarang FOC.

    Tang 95 juta tu, aku pun nak persoalkan.
    kenapa aku tak tersenarai pendek? Hanya kerana aku takde degree.

    Tapi yang ada degree, disuruh lari tak mahu lari.

    Jadi siapa yang bazirkan 95 juta tu?

    Ada degree tak ada cable boleh kah?

  16. Salaaam alaikum. Dah sejarah Melayu, melayu ini memang layu. Umat Islam yang kuat zaman dulu asalnya pun dari arab dan mesir sana. Bangsa Melayu akan sentiasa menjadi End-user.

    Banyak sebab kenapa jadi gitu, antaranya memang Allah dah nyatakan dalam Quran, bahawa bangsa yahudi dan nasrani mempunyai kelebihan dalam membuat barang. Dah Allah dah kata gitu, so kita bangsa Melayu jangan mimpi lah ya untuk melawan mereka dari segi keduniaan hehe.

    Kemudian kita bangsa yang kecil, negara pun kecil, so mesti banyak bergantung kepada negara besar. Tetapi hakikatnya semua bergantung pada Allah, cuma salurannya ALlah bagi melalui manusia.

    Tetapi dalam soal angkasawan ini, alhamdulillah, ana tumpang berbangga pada si Muzaffar tu, bukan sahaja handsome, baik, tetapi berwibawa dan dapat menaikkan imej orang Islam di mata dunia. Di Malaysia itu sudah terang 😀 Dan semoga tiada jeles, cemburu, hasad dengki pada dia yaa, pasal manusia ni x habis2 bersifat hasad dengki, sifat Iblis yang pertama ditunjukkan kepada nabi Adam, hasil dari keegoan. Tepuk dada tanya iman kita 🙂

    Sekurang2 nya kajian yang dibuat itu untuk kemaslahatan manusia, masolahul mursalah, bukan pergi ke angkasa buat jahat, bina disko dsbnya. SO, semoga Syeikh Muzaffar selamat pergi dan pulang. Dan semoga rentetan dari peristiwa ini akan menaikkan imej orang Islam di mata dunia dan tidak dilabel pengganas dan sebagainya. Islam dilabel pengganas kerana silap kita sendiri yang terlalu ganas, tidak sabar.

    Para nabi dulu berdakwah dengan sabar walaupun dicemuh, dimaki dan sebagainya. Hasil dari akhlaq mulia nabi, maka ramai orang yahudi dan musyrikin mengucap 2 kalimah syahadah, tak perlu bersembur-sembur bercakap depan muka mereka, cukup menunjukkan akhlaq yang mulia dan ketenangan. Kerana sememangnya naluri manusia perlukan ketenangan dan kedamaian. Even geng mafia pun kalau ditanya, dia pun kalau boleh nak tenang di lubuk hatinya. Tetapi kerana hati dah kotor, maka di havoc kan jugak demi nak cari harta benda dunia tanpa fikirkan kerosakan yang dibuat……

    Wallahu a’lam

    Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf zahir dan batin, taqobbalallahu minna wa minkum solehul a’maal 🙂

  17. Salam,

    50 tahun dulu, Rusia cuma hantar besi besar bola keranjang sahaja ke langit dan bertahan selama 22 jam sahaja setelah kehabisan baterinya.

    Kesan dari itu orang Amerika rasa tercabar dan terus mengubah dasar sains dan teknologi mereka sehinggakan mereka berjaya menghantar angkasawan pertama mereka ke bulan pada 1969.

    Hari ini teknologi mereka jauh lebih ke hadapan atas wawasan dan semangat juang angakaswan mereka yang lalu.

    Malaysia, kita sudah jauh tertinggal dan masanya untuk mengejar. Jika tidak sekarang, bila lagi!

    Sampai bila lagi kita nak sebut-sebut nama angakasawan luar negara, hari ini kita berbangga punyai angkasawan sendiri. Untungnya, beliau seorang yang Berilmu dan muslim yang baik (atas usahanya menjalankan ibadah di ISS).

    jika kita rasa ia tidak memberi manfaat kepada kita, fikirkan manfaat dan semangat yang dapat di perolehi untuk generasi akan datang. InsyaAllah.

    Salam Aidil Fitri, maaf zahir dan batin.
    ———————————————————————————————-
    Saya bersetuju dengan Amir Azmi cuba di dalam kita sudah jauh tertinggal dan masanya untuk mengejar. Jika tidak sekarang, bila lagi. Tetapi barangkali ayat seterusnya ini, jika kita rasa ia tidak memberi manfaat kepada kita, fikirkan manfaat dan semangat yang dapat di perolehi untuk generasi akan datang, mengandungi suatu kontradiksi. Saya takut generasi akan datang akan menyumpah generasi leluhur kerana perbelanjaan sumber sumber yang tidak bijak. Selamat Idilfitri!

  18. Itu style Malaysia, semacam proton saga, engin orang punya, tapi cakap kereta kita bina. Lihat mereka punya blog’s comment form, spam pun tak tahu handle, kenapa bercita-cita besar?

    ciptareka, style Malaysia? Siapa punya blog’s comment form yang ada spam tu agaknya? Selamat Idilfitri semoga bahagia!

  19. “jika kita rasa ia tidak memberi manfaat kepada kita, fikirkan manfaat dan semangat yang dapat di perolehi untuk generasi akan datang. InsyaAllah.”

    Maksud kita itu adalah mereka yang melihat program angkasa itu tidak bermanfaat bagi mereka. Segelintir kita!!

  20. mula-mula guna @ ‘tumpang’ kepakaran teknologi orang, lama-lama-lama kepakaran tu pasti teruji bila kuar kapal angkasa sendiri…..MALAYSIA BOLEH

    kay,

    Bila agaknya akan keluar kapal angkasa tu? Kereta nasional pun masih banyak komponen luar negeri.

  21. Takpalah… macam kata Dolatip, teloq ka ayam
    ka dulu tak kisah.., apa pun yang positib kita
    bagi sokongan. biarlah nak cari nama ka, nak
    buat nama ka..,setidaknya kita rasa teruja bila
    terlafaz kalimah kalimah Allah di angkasa dari
    bibir saudara kita seagama sebangsa.

    LayD,
    Dari segi saintifik dan historik, peristiwa Isra’ dan Mi’raj sudah cukup membanggakan dan menyedarkan kita dan sudah mengesahkan bahawa kalimah Allah itu berada disetiap ruang, bumi dan angkasa. Tiada kelebihan dalam “saudara kita seagama sebangsa” yang berjaya melafazkannya di angkasalepas jika fardhu yang lebih afdhal dibumi tidak ditunaikan. Belanja yang tidak berlandaskan prioriti tidak seharusnya berlaku dalam Islam.

  22. oklah tu…malaysia kan kaya.duit dalam khazanah nasional ade berbilion-bilion banyaknya

    Ya ya Pak lah kaya hehehe

  23. kalau takde membawa kebaikan tentu orang tak buat..,
    kalau anto nko pun.. ko nak…
    sekorang korangnya… kita leh tgk gak channel 588 tu..
    di luar jangkowan minda kita.. kehebatan dan kekuasaan Allah.., sapa nak nunjuk kalu idak kita anto wakil kesana..
    SUBHANALLAH..terucap gak di bibio..1000 rahmat kita dapat. bila nyebut nya.
    idak ler asik nengok drama orang beranak je…. alahai…

  24. Syeikh Muzzaffar ada angkasawan Malaysia kedua, rakyat Malaysia yg pertama ke angkasa ialah Ayoh Pin. Ayoh Pin lama dah naik ke langit. Baru ni pun dia raya kat angkasa tak balik-balik.

    idayu, Ayah Pin lagi hebat, dia terus ke langit, entah ke lapis yang ke berapa?

  25. waktu DR.SMS naik kapal soyuz, mak su dan mak cik saya menangis.lepas mereka nangis mereka buat solat hajat supaya DR.SMS selamat sampai.tapi walaupun , saya tetap ucapkan syabas & tahniah kerana impian DR sudah tercapai dan telah menjadi realiti.saya minat sgt dgn DR. CERITA LAWAK:
    EEEEEE……..RASANYA KAN KITA
    KITA RAYA LAH KUT BESOK
    SBAB ANAK BULAN TAK
    DIBAGI KELUAR OLEH MAKNYA
    SBAB MAK BULAN TERKEJUT
    TENGOK DR.SHEIKH MUZADFAR
    SHUKOR NAIK KE BULAN NAK
    RAWAT MAK BULAN YANG
    TENGAH SAKIT.MAK BULAN
    TERUS CUTI BILA DR. SHEIKH
    MUZADFAR SHUKOR SURUH CUTI.TAPI DGN ADANYA DR. MAK BULAN TERUS SURUH ANAK BULAN KELUAR.LEPAS SEHARI TU PULAK AYAH BULAN PULAK SAKUT.SAKIT CEMBURU.ISH….ISH….ISH….ISH….ISH.KESIAN BETUL LAH AYAH BULAN.SAMPAI HATI DR TAK RAWAT AYAH BULAN.

  26. Kalau ia pun dah sampai keangkasa tak usah lah telor sebiji riuh sekampung,kalau hanya pelancong org pun pergi tapi tak lah kecoh sangat org barat ketawakan kita menumpang teknologi mereka tapi kita seolah kita punya jadi berpada pada lah tiada apa yg nak dbangga singapore indon, brunei pun boleh jika mau soal nya duit saja

  27. saya rasa kita tak payahlah dok ungkit perkara lepas, future ni yang perlu kita fikirkan camana nak maksimumkan teknologi angkasa ni..ingat, barat dah tinggal kita 10 tahun ke depan, kalo tak caya tanya lah mana2 otai gadjet dan tech junkies, Mesia kita mmg banyak ketinggalan sebenarnya…oleh itu, sama2lah kita fikir positif dan buang aje yg negatif

  28. kita mesti bebangga dgn belia kerana telah mengangkat nama negara Malaysia………………………………………….thankzzzzzzzz abg muzafar

  29. kita mest berterima kasih dgn beliau kerana telah mengangkat nama negara malaysia…. thankzzzzz abg muzzafar

    from:adik yadz(14tahun)

  30. bodoh2… semuanya bodoh.. melayu malas.. cakap lebih, malas berusaha, gila politik, mana agama Islam nak letak muka kalau org Islam macam ni..

    tengoklah pendidikan, mana org melayu?

    tengoklah ekonomi, mana org melayu?

    tengoklah sains, mana org melayu?

    asik2 melayu je yg xbgus..

    bosan2.. asik salahkan org lain, PAS salahkan UMNO, UMNO salahkan PAS, 2 2 xpenah mengaku salah, sume bajet betol, kalau betol diorg dijalan benar, mengaku la kelemahan bila buat!!

    ak pun org melayu, ak da bosan tgk melayu banyak cakap, tapi kurang tindakan, asik2 lepak, kat cafe ke kedai kopi ke mana ke?

    pas2 ejek bangsa lain suke ati, lepas 2 xpatriotik, ejek bangsa sendiri, macam ak la, ak tau ak salah tapi apa cara lagi nak buat?
    selain tegur korg macam ini?

    itula masa kecik suruh belajar, pegi lepak main police n thief, adoi2… ape la nk jawab dgn allah bila da mati ni…

Leave a comment